Jimat Dengan 5 Makanan Bujang Ini

‘’Makanan bujang’’ memang menjadi pilihan popular bagi mereka yang sedang belajar atau pun masih bujang. Istilah ‘’makanan bujang’’ ini membawa maksud hidangan makanan yang murah dan menjimatkan.

Sekiranya anda berada dalam keadaan terdesak ketika sedang menyimpan dan mengawal perbelanjaan anda, ‘’makanan bujang’’ ini memang menjadi pilihan utama. Ianya cukup untuk mengalas perut daripada kelaparan.

Berikut merupakan ‘’makanan bujang’’ yang boleh anda ambil apabila sedang berdepan dengan poket yang kekeringan.

1. Mi Segera

Paling popular dan amat dikenali ramai adalah Maggie, walaupun ada juga jenama lain yang popular. Ia bukan setakat murah, tetapi juga mengenyangkan. Penyediaan yang  mudah dan ringkas, memang mi segera menjadi pilihan ramai.

Harga untuk sebungkus mee segera masih berada di sekitar RM4, dengan sebungkus mengandungi 5 paket. Cukup untuk hidangan beberapa hari.

2. Nasi Bujang

Jika zaman belajar, nasi bujang ini memang sangat popular. Hanya nasi putih, telur dadar, sup dan sedikit sambal belacan. Ada sesetengah penjual, mereka akan letak sedikit ulam seperti timun.

Harga satu set nasi bujang sekitar RM3.00 sahaja. Jika anda memang seorang yang kena makan nasi dan tekak tak boleh terima makanan lain, nasi bujang adalah pilihan yang terbaik. Makan tengahari boleh kenyang sampai malam.

3. Nasi Lemak

Dulu-dulu, nasi lemak hanya dijadikan sebagai hidangan pada waktu pagi sahaja. Namun, nasi lemak kini dijual pada setiap masa – tidak kira waktu siang atau malam.

Denga harga nasi lemak yang masih berpatutan, ada kedai yang masih menjualnya pada harga RM1. Kalau betul-betul nak berjimat, boleh makan sebungkus di waktu pagi, sebungkus tengahari dan sebungkus lagi di waktu malam.

4. Roti + Kaya

Roti campur kaya, kelazatan yang sangat enak untuk dinikmati. Roti sebungkus yang berharga bawah RM3, biasanya boleh bertahan selama seminggu.

Kaya pula boleh tahan berbulan lamanya, tengok pada tarikh luput kaya tersebut. Makanan ringkas seperti ini boleh dijadikan sebagai bekal ketika anda ke tempat kerja, dan juga sebagai bekal untuk anak-anak yang bersekolah.

5. Biskut Kering + Air Panas

Hidangan biskut kering bersama air panas seperti teh atau kopi, ternyata dapat memukau mereka yang menikmatinya. Waktu kelihatan berjalan amat perlahan, ketika anda sedang mencicah dan menyuapkannya ke dalam mulut.

Jika biskut kering dimakan bersendirian, atau teh dan kopi diminum secara bersendirian; memang tak kena dan tak kenyang. Tapi bila digabungkan bersama, memang amat jimat dan mengenyangkan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tiada Lagi Caj RM1 Pengeluaran Wang Di Semua Mesin ATM Mulai 1 Julai

KUALA LUMPUR: Pelanggan semua bank di Malaysia boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana mesin teler automatik (ATM) atau mesin kitar semula pintar (SRM) tanpa dikenakan caj RM1 mulai 1 Julai 2026.

Pengumuman itu dibuat Persatuan-Persatuan Bank di Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.

Menurut ketiga-tiga pihak itu, inisiatif berkenaan membolehkan pemegang kad debit di Malaysia mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM di seluruh negara, tanpa mengira bank pengeluar kad mereka, dengan pengeluaran tunai percuma tanpa had.

“Pengecualian caj itu terpakai bagi ATM dan SRM yang dikendalikan oleh bank-bank di Malaysia,” menurut kenyataan bersama itu.

ABM, AIBIM dan ADFIM berkata, inisiatif itu yang dilaksanakan dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mencerminkan komitmen berterusan industri perbankan untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses, insklusif dan berpatutan kepada pelanggan.

Ia berkata, industri perbankan mengiktiraf bahawa wang tunai masih kaedah pembayaran yang penting dan asas bagi ramai rakyat Malaysia dalam mengurus kehidupan harian mereka.

Justeru, katanya, pemansuhan caj pengeluaran tunai ATM antara bank mencerminkan komitmen industri dalam memastikan akses yang boleh dipercayai, mudah dan berpatutan, di samping membantu meringankan beban kewangan harian rakyat.

Inisiatif itu menegaskan usaha berterusan sektor perbankan untuk menyokong semua lapisan masyarakat dengan memastikan pelanggan mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan yang praktikal, insklusif dan berfokuskan pelanggan.

Walaupun wang tunai masih merupakan pilihan penting bagi banyak komuniti, industri turut mengalu-alukan peningkatan penggunaan pembayaran digital dan tanpa tunai di seluruh negara.

ABM, AIBIM dan ADFIM berkata, seiring dengan kemajuan Malaysia ke arah ekonomi yang lebih digital, bank akan terus memperkukuh dan mempromosikan penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang selamat, lancar dan mudah sebagai alternatif yang sesuai untuk transaksi harian.

Katanya, industri kekal komited untuk memperkasakan pelanggan dengan kebebasan memilih kaedah pembayaran yang paling sesuai dengan keperluan mereka, di samping memajukan keterangkuman kewangan dan meningkatkan pengalaman perbankan secara keseluruhan untuk semua rakyat Malaysia.

— Berita Harian