Kenapa Jualan Basikal Meningkat Dengan Mendadak Ketika Pandemik?

Aktiviti berbasikal kini menjadi trend yang sangat popular di seluruh dunia. Negara kita juga tidak terkecuali mengalami trend yang sama ketika dunia dilanda dengan pandemik Covid-19.

Kebaikan aktiviti berbasikal ini untuk kesihatan telah terbukti melalui kajian sains yang dilakukan. Di antara kelebihan yang utama bagi mereka yang berbasikal adalah ianya dapat mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular dan juga dapat menguatkan otot-otot penting di dalam badan kita.

Kredit Gambar: Gempak

Di Malaysia, kerajaan telah membuat moratorium pada awal tahun yang lalu menyebabkan ramai mempunyai lebihan simpanan duit untuk membeli basikal. Ianya menjadi semakin popular kerana ramai selebriti tempatan yang mula menggunakan media sosial mereka untuk mempromosikan aktiviti tersebut.

Di Amerika Syarikat pula, aktiviti ini menjadi popular disebabkan perintah kawalan pergerakan yang dibuat pihak kerajaan. Banyak pengangkutan awam yang terpaksa beroperasi secara terhad bagi menghalang penyebaran wabak pandemik ini.

Pengguna yang kini lebih selesa bergerak ke tempat yang dituju menggunakan basikal untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Kredit Gambar: Sun Gazette

Jualan basikal di Amerika Syarikat telah meningkat dengan mendadak sepanjang tiga bulan pertama tahun ini. Peningkatan sebanyak 31% membawa ini berjumlah USD1.3 bilion berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu.

Ketika pandemik Covid-19 ini bermula pada awal bulan Februari, banyak kilang terutamanya dari China telah menutup operasi kerana menyambut perayaan tahun baru China. Ianya kemudian disambung pula dengan krisis pandemik yang menular di negara tersebut.

Kilang ditutup dengan lebih lama dari yang sepatutnya bagi mengurangkan penularan wabak ini dan menyebabkan permintaan terhadap basikal melebihi pengeluaran sekali gus menyebabkan stok sedia ada habis dalam tempoh masa yang singkat di Amerika Syarikat.

Kredit Gambar: FT

Harga saham-saham yang berkaitan basikal juga naik mendadak.

Dengan penutupan pusat gimnasium, permintaan terhadap basikal meningkat. Tinjauan yang dilakukan oleh syarikat Trex yang merupakan syarikat pengeluar basikal terbesar di Amerika Syarikat, 50% yang ditemubual menyatakan berminat untuk meneruskan aktiviti berbasikal walaupun krisis pandemik ini telah berakhir.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakan orang ramai untuk berbasikal ketika musim pandemik ini bagi mengurangkan jangkitan virus terbabit. Selain itu juga, kesan rumah hijau dapat dikurangkan dengan aktiviti berbasikal yang dilakukan terutamanya di bandar-bandar besar seperti London, New York, Paris, Berlin dan Milan.

Negara-negara maju mula memberi keutamaan kepada penunggang basikal dengan menyediakan kemudahan jalan yang khusus bagi mereka. Amerika Syarikat dan Britain telah berbelanja besar dalam menyediakan infrastuktur bagi memudahkan rakyat mereka melakukan aktiviti berbasikal dengan selamat.

Bagi rakyat Malaysia pula, ramai yang mula meminati aktiviti bersukan ini sewaktu krisis pandemik ini. Walaupun aktiviti ini baik untuk kesihatan, ramai penunggang basikal yang baru masih lagi tidak mempunyai kesedaran sivik tentang keselamatan diri mereka ketika berada di atas jalan raya.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.” – National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.