8 Langkah Jana Pendapatan Melalui Sublet

Masih ramai yang tidak memahami bagaimana nak jana pendapatan melalui sublet ini. Namun, anda boleh mencuba walaupun ianya tidaklah sesusah namun tidak juga mudah untuk dimulakan.

Berikut adalah 8 langkah yang boleh ada lakukan melalui sublet ini.

Langkah 1: Matlamat

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan menetapkan matlamat anda dalam sublet ini. Paling mudah, berapa jumlah keuntungan yang anda mahukan daripada sublet ini.

Sebagai contoh, jika anda mahukan RM3,000 sebulan melalui sublet ini, anda perlu merancang dengan baik untuk dapatkan jumlah tersebut.

Jika sebuah rumah mampu memberi anda keuntungan sebanyak RM500 sebulan, anda perlu melakukan sublet untuk 6 buah rumah.

Langkah 2: Modal

Kemudian, anda boleh mengambil kira semua kos yang terlibat untuk mulakan sublet ini.

Untuk permulaan, anda hanya perlu ‘siapkan’ satu rumah dahulu terutama rumah pertama untuk mengurangkan risiko kerugian.

Antara kos yang anda perlu masukkan adalah seperti berikut:

1. Cat rumah serta alasan mengecat
2. Katil
3. Tilam
4. Bantal
5. Almari
6. Peti ais
7. Mesin basuh
8. TV
9. Wifi
10. Meja makan
11. Dapur masak
12. Barang-barang dekorasi rumah

Kos lain yang mungkin terlibat adalah kos untuk membaik pulih atau menambah baik rumah tersebut. Oleh sebab itu, jika anda memilih rumah yang tidak mempunyai kerosakan, anda lebih jimat.

Jika bajet anda tidak mencukupi, cukup sekadar menyediakan perkara asas. Lebih banyak barang yang anda sediakan, lebih tinggi permintaan terhadap rumah tersebut.

Langkah 3: Lokasi

Amat penting bagi menentukan sama ada sublet anda akan beri keuntungan yang banyak atau tidak.

Lokasi yang baik dan mendapat permintaan yang tinggi biasanya lebih mudah disewakan. Untuk penyewaan jenis bilik, permintaan sewa adalah dari golongan individu bujang yang bekerja.

Mereka lebih suka menyewa bilik untuk lebih jimat. Jika kawasan tersebut tidak mempunyai peluang pekerjaan yang tinggi, permintaan terhadap sewa bilik juga akan menjadi lebih rendah.

Selain itu, faktor kemudahan pengangkutan awam seperti bas, KTM, LRT dan MRT juga akan memberi kesan terhadap permintaan rumah tersebut.

Bagaimana dengan universiti? Juga merupakan salah satu booster terbaik yang akan membantu meningkatkan permintaan terhadap sewa bilik.

Langkah 4: Iklan

Langkah seterusnya yang anda perlu lakukan adalah dengan membuat ‘dummy iklan’ untuk melihat permintaan terhadap bilik tersebut.

Jika iklan anda mendapat permintaan yang tinggi, kawasan tersebut adalah baik untuk sublet. Tetapi jika tiada sambutan terhadap iklan yang anda lakukan, kawasan tersebut mungkin kurang sesuai.

Paling penting, pastikan kadar sewa yang anda tentukan adalah sesuai dan memberi keuntungan. Jika terlalu mahal, permintaan mungkin akan berkurang.

Langkah 5: Perjanjian Dengan Tuan Rumah

Selepas kenalpasti kawasan yang sesuai untuk melakukan sublet, anda boleh terus mencari tuan rumah yang menawarkan sewa rumah di kawasan tersebut.

Paling penting, anda memberitahu tuan rumah berkenaan tujuan anda iaitu ingin melakukan sublet. Anda hanya boleh melakukan sublet jika tuan rumah setuju.

Jika tuan rumah tidak setuju, anda perlu mencari rumah lain. Membuat sublet tanpa kebenaran tuan rumah adalah merupakan satu kesalahan.

Langkah 6: Tapis Penyewa

Seterusnya, selepas selesai urusan dengan tuan rumah, anda boleh mula mencari penyewa dan menapis bakal penyewa anda.

Berikut adalah antara kriteria penyewa yang anda boleh ambil dan pertimbangkan:

1- Datang untuk melihat rumah/bilik pada masa yang ditetapkan.
2- Mempunyai deposit yang cukup seperti yang tertulis.
3- Menghormati anda sebagai tuan rumah
4- Menghormati penyewa lain di dalam rumah
5- Mempunyai pekerjaan tetap

Kriteria lain-lain mungkin mengikut citarasa anda sendiri sebagai seorang tuan rumah. Jika anda berjaya tapis penyewa yang baik dari awal, anda telah menyenangkan kerja anda di masa hadapan.

Langkah 7: Sistem

Seterusnya, kena ada sistem yang teratur seperti berikut:

A) Perjanjian Sewa
Pastikan anda mempunyai perjanjian sewa rumah/bilik dengan penyewa anda. Lebih penting, penyewa anda faham terhadap isi kandungan perjanjian tersebut.

B) Kerosakan rumah
Pastikan anda mempunyai sistem anda sendiri untuk mengatasi masalah kerosakan rumah seperti mempunyai kontraktor sendiri yang boleh menyenangkan kerja anda.

C) Keluar masuk
Kawasan yang mendapat permintaan tinggi biasanya tiada masalah dari segi rumah/bilik tidak berpenghuni. Namun, anda masih perlu memastikan sistem keluar masuk penyewa dalam keadaan yang efisyen.

D) Mentor
Jika anda masih baru dalam sublet, sebaiknya mempunyai mentor anda sendiri supaya dapat membantu anda ketika waktu kecemasan dan masalah yang berat.

E) Kawasan Anda
Jika anda serius dalam melakukan sublet, menguasai sesuatu kawasan adalah lebih baik. Maksudnya, anda fokus kepada satu kawasan sahaja kerana lebih mudah untuk anda menjaga dan mengurus.

Langkah 8: Tuai Hasil

Akhir sekali, anda boleh merasa semua keuntungan hasil dari sublet anda. Jika sebuah rumah mampu memberikan keuntungan sebanyak RM500 setiap bulan, anda hanya perlu melakukan perkara yang sama untuk 6 buah rumah.

Ramai yang sudah membuat sublet sebagai pekerjaan sepenuh masa sehingga ada yang berjaya mengurus sehingga 50 buah rumah.

Sumber: Duit Kertas

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pasaran Hartanah Kekal Kukuh Walaupun OPR Naik – Rehda Malaysia

PETALING JAYA, 13 Mei (Bernama) — Pasaran hartanah Malaysia kekal kukuh walaupun kadar dasar semalaman (OPR) dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus, kata Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Malaysia. 

Presiden Rehda Datuk NK Tong berkata keadaan kesan dorongan di tengah-tengah persekitaran inflasi terutamanya selepas sektor hartanah dibuka selepas tiga tahun pandemik. 

“Bagaimanapun, saya fikir orang ramai menyedari hartanah adalah cara terbaik bagi melindungi mereka daripada inflasi. Jadi saya rasa pelaburan dalam hartanah masih lagi menguntungkan. 

“Kami melakukan tinjauan setiap enam bulan dan keputusan yang keluar pada Februari untuk akhir 2022 menunjukkan kebanyakan pemaju lebih optimistik mengenai separuh kedua 2023,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Rehda di Wisma Rehda hari ini. 

Tong ketika mengulas mengenai harga simen bersubsidi berkata langkah kerajaan mengurangkan harga simen bagi pemaju yang membina rumah mampu milik berharga RM300,000 dan ke bawah merupakan inisiatif terpuji dalam menggalakkan pembeli memiliki rumah pertama mereka. 

Pemaju telah giat membina rumah mampu milik selama hampir 50 tahun dengan majoriti daripada perumahan itu dibina oleh ahli-ahli Rehda. 

Rehda Malaysia berpandangan sudah tiba masanya untuk pemain industri berkaitan menawarkan inisiatif dalam usaha menjadikan perumahan lebih mampu milik. 

“Mekanisme itu masih perlu diusahakan. Pemaju ingin tahu berapa banyak yang sebenarnya dapat kita jimat daripada diskaun yang diberikan kepada simen?. 

“Adakah ia berbeza-beza bergantung kepada sama ada iabya adalah hartanah strata disebabkan terdapat lebih banyak konkrit dan simen yang terlibat berbanding harta tanah,” katanya lagi. 

Pada 18 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan inisiatif itu berkata langkah itu akan memberi manfaat kepada kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) serta kumpulan berpendapatan 40 pertengahan (M40) kerana ia akan menyaksikan pengurangan maksimum RM5,000 dalam harga rumah bergantung kepada jenis dan harga rumah tersebut.

— BERNAMA