Intipati Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2024

KAJANG, 9 September 2024 – Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2024 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) menunjukkan pertumbuhan tertinggi bilangan dan nilai transaksi harta tanah Malaysia dalam tempoh lima tahun, menokok 8.0% dan 23.8% kepada 198,906 transaksi bernilai RM105.65 bilion berbanding Separuh Pertama 2023.

YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan, telah menyempurnakan Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2024 dan merasmikan International Real Estate Research Symposium (IRERS 2024), serta Sambutan Jubli Perak Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) di Institut Penilaian Negara (INSPEN) hari ini.

“Pencapaian tertinggi pasaran harta tanah pada Separuh Pertama 2024 didorong oleh pertumbuhan kukuh 5.9% ekonomi Malaysia yang membuktikan Malaysia berada pada landasan yang betul untuk mencapai transformasi ekonomi negara berdasarkan kerangka Ekonomi MADANI. Sokongan berterusan kerajaan melalui pelaksanaan langkah Belanjawan 2024, termasuk menyediakan jaminan sehingga RM10 bilion di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), pengekalan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0% serta dasar fiskal termasuk pengecualian duti setem dokumen pindah milik bagi pembelian rumah pertama, menjadi pemangkin pasaran harta tanah yang lebih kukuh,” YB Timbalan Menteri Kewangan mengulas berhubung prestasi Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2024.

Intipati lain prestasi pasaran harta tanah Separuh Pertama 2024 adalah:

  • Prestasi aktiviti pasaran mengikut subsektor menunjukkan peningkatan dengan mencatat pertumbuhan yang kukuh tahun ke tahun iaitu subsektor kediaman (6.1%), komersial (22.4%), industri (2.3%), pertanian (6.5%) dan tanah pembangunan (12.1%).
  • Nilai transaksi merekodkan peningkatan lebih tinggi bagi semua subsektor iaitu subsektor kediaman (10.4%), komersial (41.5%), industri (23.4%), pertanian (37.8%) dan tanah
    pembangunan (59.3%).
  • Prestasi kediaman siap dibina tidak terjual (overhang) turut memperlihatkan momentum yang lebih memberangsangkan. Unit siap dibina tidak terjual merekodkan penurunan kepada kepada 22,642 unit bernilai RM14.24 bilion, berbanding 25,816 unit bernilai RM17.68 bilion pada H2 2023.
  • Setakat ini, 22,827 unit perumahan telah dilancarkan. Sebanyak 5,978 telah terjual atau mewakili 26.2%.
  • Rumah dengan julat harga RM500,001 – RM 1 juta paling banyak dilancarkan iaitu dengan 6,842 unit, mewakili 30% dari semua rumah yang dilancarkan.

  • Segmen aktiviti pembinaan bagi harta tanah kediaman sangat menggalakkan apabila semua peringkat pembinaan menunjukkan pertumbuhan positif.
  • Malaysia mempunyai 1,079 buah kompleks perniagaan, 33 buah akan dibina dan 9 lagi sedang dalam perancangan.
  • Prestasi penghunian kompleks perniagaan merekodkan peningkatan marginal. Kadar penghunian kompleks perniagaan merekodkan 78.1% berbanding 76.6% pada tempoh sebelumnya. Sebaliknya, kadar penghunian pejabat binaan khas milik persendirian mencatat 71.6% berbanding 72.4% yang direkodkan pada tempoh sebelumnya.
  • Data awalan Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) pada H1 2024 berada pada paras 218.7 mata (harga purata RM471,918 seunit) dengan pertumbuhan tahunan pada kadar 0.9%. Semua negeri menyaksikan pertumbuhan positif yang sederhana kecuali WP Kuala Lumpur, yang mencatat penguncupan 0.8%.
  • Mengikut jenis harta, rumah berkembar, teres dan sesebuah kekal stabil dengan pertumbuhan positif masing-masing pada 2.6%, 1.1% dan 0.5%, manakala jenis rumah bertingkat tinggi merekod penurunan marginal.

Aspirasi Ekonomi MADANI Pemangkin Pasaran Harta Tanah Bertambah Baik Prestasi pasaran harta tanah bertambah baik secara keseluruhan, didorong oleh prestasi transaksi yang positif di semua subsektor, dan aktiviti pembinaan yang menggalakkan. Namun masih ada risiko dan cabaran ekonomi global serta persekitaran luaran yang sukar diramal.

YB Puan Lim Hui Ying berkata kerajaan MADANI telah memperkenalkan pelbagai usaha dan inisiatif bagi memacu ekonomi Malaysia dan sekaligus menggalakkan pengembangan pasaran harta tanah di seluruh negara melalui kerangka Ekonomi MADANI, menambahbaik fleksibiliti syarat-syarat permohonan bagi program Malaysia My Second Home (MM2H), membangunkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), projek perindustrian utama di wilayah utara, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan mewujudkan Zon Kewangan Khas di Forest City. Bagi menyokong permintaan harta tanah, perkembangan positif dalam pembangunan seperti projek Rapid Transit Link (RTS) di Johor dan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak dijangka akan terus memangkin peningkatan ekonomi dan pasaran harta tanah negara.

Laporan Pasaran Harta dan semua penerbitan lain boleh dilayari melalui portal rasmi NAPIC di
https://napic2.jpph.gov.my.

Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC)
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
Kementerian Kewangan Malaysia
9 September 2024

Banyak perkara yang perlu anda ambil tahu sebelum memiliki rumah. 


InshaAllah, kami berhasrat untuk berkongsi ilmu yang kami ada mengenai hartanah kepada pembaca setia Majalah Labur.

Kunci pertama sebelum beli rumah adalah ilmu, ilmu dan ilmu. 

Lebih awal belajar, lebih cepat dapat menilai sesebuah rumah.Jika berminat boleh isi borang .

ILMU PREMIUM HARTANAHSEKARANG!

Previous ArticleNext Article

ACSR Keluar Laporan Kemampanan Ilustrasi untuk Membimbing Syarikat mengenai Piawaian ISSB

Jawatankuasa Penasihat Pelaporan Kemampanan (ACSR) hari ini mengeluarkan Laporan Kemampanan Ilustrasi (ISR) berdasarkan Piawaian ISSB , untuk menyokong pendedahan kemampanan di bawah Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).

Dua ISR tersebut disediakan untuk sektor perladangan dan pembinaan. Matlamat keduadua laporan adalah untuk menyediakan rujukan ilustrasi kepada syarikat apabila menggunapakai keperluan IFRS S1 dan IFRS S2 dalam pendedahan kemampanan mereka.

Laporan ini adalah sebahagian daripada PACE (Dasar, Andaian, Kalkulator, Pendidikan), iaitu inisiatif ACSR yang menyediakan panduan dan pembinaan kapasiti untuk pelaporan kemampanan.

ISR telah disediakan dengan memberi fokus kepada industri untuk mencerminkan laporan sejajar ISSB praktikal. Dalam membangunkan ISR, ACSR telah melibatkan pemain industri untuk memahami cabaran praktikal dalam keperluan pelaporan.

Pengerusi SC dan ACSR Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata, “ISR menawarkan panduan tepat pada masanya dan menyediakan contoh terperinci untuk membantu syarikat menyediakan laporan kemampanan mereka selaras dengan Piawaian ISSB.”

Inisiatif PACE lain termasuk Program Penyedia NSRF (NPP). RFN telah dilancarkan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC), cabang latihan SC. Sesi pertama telah dijalankan pada 15 Julai 2025, dengan sesi selanjutnya dijadualkan sepanjang tahun.

Ia termasuk modul mengenai pelaporan kemampanan menurut Laporan Kemampanan Ilustrasi, pengiraan dan pelaporan pelepasan GHG Skop 3, dan analisis senario berkaitan iklim.

ISR boleh didapati di www.sc.com.my/nsrf/resources. Untuk pertanyaan, sila hubungi Sekretariat ACSR di [email protected].