Kajian PropertyGuru: Pembeli Rumah Berdepan Isu Kemampuan Beli Rumah

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) — Kajian Sentimen Pengguna oleh PropertyGuru Malaysia pada separuh kedua 2022 mendapati bakal pembeli rumah berdepan masalah kemampuan dalam usaha pemilikan rumah dengan 51 peratus responden menyedari tidak layak memohon skim perumahan mampu milik kerajaan.

Malah, kajian itu menunjukkan bahawa mereka tidak mampu membeli hartanah tanpa bantuan kewangan.

Susulan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada Julai dan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang meningkat kepada paras tertinggi sehingga 4.4 peratus tahun ke tahun, PropertyGuru berkata bakal pembeli rumah mungkin akan terus berdepan isu kemampuan dan kebimbangan mengenai kemelesetan global dan kadar inflasi yang berterusan.

“Ini dibuktikan melalui Kajian Sentimen Pengguna bagi separuh kedua 2022 apabila kira-kira separuh daripada responden yang dikaji menyatakan mereka tidak layak untuk skim perumahan kerajaan dan mungkin tidak mampu untuk membeli hartanah tanpa bantuan,” menurut PropertyGuru dalam kenyataan hari ini.

Dalam kajian yang dijalankan dua kali setahun itu, 73 peratus daripada responden mempunyai pemahaman yang jelas mengenai syarat kelayakan untuk perumahan mampu milik, sekali gus membuktikan bakal pembeli rumah akan terus mencari inisiatif lain perumahan kerajaan untuk membantu mereka dalam perjalanan memiliki rumah. 

Pengurus Negara PropertyGuru.com.my and iProperty.com.my Malaysia, Sheldon Fernandez berkata pengguna mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap inisiatif kerajaan dan kelayakan bagi perumahan mampu milik.

“Berikutan kemelesetan, inflasi, kenaikan harga dan kenaikan OPR yang berterusan, kami menjangkakan bakal pembeli rumah akan terus mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehingga keseluruhan kos sara hidup kembali stabil.

“Susulan pembentangan Bajet 2023 yang akan diadakan tidak lama lagi, kami berharap terdapat peruntukan yang boleh membantu memacu pasaran hartanah dan membantu mereka yang merancang untuk memulakan perjalanan pemilikan rumah mereka,” katanya.

Menurut Sheldon, kajian itu juga menunjukkan bahawa lebih 69 peratus daripada responden dalam kajian itu bercadang membeli rumah sekiranya Kempen Pemilikan Rumah kembali dilaksanakan.

— BERNAMA

Artikel asal: https://thekapital.my/kajian-propertyguru-pembeli-rumah-berdepan-isu-kemampuan-beli-rumah/

Previous ArticleNext Article

Hartanah: Keadaan Pasaran Masih Seimbang

Saranan WAJARAN TINGGI; Saham Pilihan Utama: Sime Darby Property (SDPR) dan Eco World Development (ECW)

Faktor-faktor pendorong utama:

  • Aliran liputan berita, permintaan hartanah dan urus niaga tanah semakin kukuh di Iskandar Malaysia, dipacu oleh projek Sistem Transit Laju (RTS) yang bakal siap dibina
  • Warganegara asing, mereka yang menaik taraf kediaman dan pemilik rumah yang beralih kepada rumah lebih murah akan memacu permintaan untuk rumah kediaman mewah yang luas di kawasan-kawasan perumahan yang premium
  • Hartanah sebagai langkah perlindungan baik daripada kenaikan tekanan inflasi
  • Keadaan kadar faedah dijangka terus kondusif, dibantu oleh kadar tukaran mata wang USD/MYR yang kukuh.

Kesan perolehan amnya diambil kira

Pemulihan harga saham sektor baru-baru ini menunjukkan pelabur sudah melihat melepasi kesan konflik AS-Iran. Harga saham mengalami pembetulan pada Mac-April berikutan jangkaan kemerosotan margin. Walau bagaimanapun, berbeza dengan sektor-sektor lain, pemaju hartanah selalunya mempunyai ruang untuk mengubah suai reka bentuk, bahan binaan, dan harga produk mereka supaya dapat mengurangkan kesan tersebut terhadap margin.

Pelan penyenaraian REIT berjalan baik

Walaupun berdepan kekangan pasaran, pemaju meneruskan usaha-usaha mengewangkan aset mereka. Usaha-usaha merungkai nilai seperti yang dimaklumkan pada suku lalu, terus menjadi pendorong penting kepada sektor ini. Tiga pemaju utama termasuk SDPR dan SP Setia, menyenaraikan aset-aset hartanah dengan nilai keseluruhan mencecah ~MYR13bn selepas menyuntik aset-aset itu ke dalam REIT, sepanjang dua tahun berikutnya

Permintaan di Iskandar Malaysia masih kukuh

Nilai MYR dilihat semakin mengukuh, namun tekanan inflasi yang meningkat di wilayah itu terus menjadi faktor yang menarik para pelancong dari Singapura untuk berbelanja dan/atau tinggal di Iskandar Malaysia sekurang-kurangnya untuk jangka sederhana. Tambahan itu, pemilik tanah utama seperti UEM Sunrise (UEMS), KSL (KSL MK, TIADA SARANAN) dan Crescendo (CCDO MK, TIADA SARANAN) muncul sebagai saham pelaburan yang menawarkan nilai RNAV yang baik. Harga tanah dijangka terus meninggi memandangkan jualan tanah baru-baru ini oleh ECW dan CCDO kepada pemainpemain pusat data (DC) masih dijual pada harga tertinggi dalam sejarah (di kawasan sekitar mereka). Oleh itu, tiada sebarang petanda bahawa permintaan akan mereda

Hartanah-hartanah mewah di kawasan perumahan premium akan mendapat sambutan

Hartanah-hartanah berkelas tinggi di kawasan-kawasan perumahan premium sepatutnya mendapat sambutan baik, seperti Mont’ Kiara, Damansara Heights, KLCC and kawasan-kawasan tertentu di Iskandar Malaysia yang menerima permintaan tinggi, manakala ASP untuk unit-unit di pelancaran hartanah baharu(ParkCity Damansara PJ dan Pavilion Damansara) dilihat terkawal. Pihak pemaju yang mempunyai pendedahan di kawasan-kawasan ini termasuklah Eastern & Oriental (EAST), ECW, Sunway, Mah Sing, UEMS dan LBS Bina.

Persekitaran kadar faedah yang kondusif sepatutnya menyokong permintaan keseluruhan

Hartanah tetap menjadi langkah perlindungan nilai yang baik daripada tekanan inflasi. Disebabkan oleh nilai MYR lebih kukuh, kami menjangkakan persekitaran kadar faedah akan terus kondusif, yang sepatutnya memberikan kelebihan kepada pelabur dan pembeli hartanah. Malahan, permintaan daripada pelabur hartanah dijangka terus kukuh apabila pelancaran-pelancaran baru-baru ini oleh UEMS (rumah kedai Aspira Place di Iskandar Malaysia), SDPR (rumah kedai REKA di Elmina), dan 77 unit kedai dengan ketinggian empat tingkat berharga MYR8j dan ke atas di Bandar Puteri oleh satu lagi syarikat pemaju besar, semuanya mencatat kadar ambilan lebih 90%.

Memenuhi Jangkaan Prestasi Ketika Pasaran Tidak Menentu

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.