Katanya Sektor Hartanah Nak Crash – Nak Beli Rumah atau Sewa Saja?

Dalam situasi seperti sekarang dengan keadaan ekonomi tidak menentu, pastinya ramai yang mempunyai persoalan seperti di atas kan? Nak beli rumah sekarang atau tunggu rumah turun harga terlebih dahulu? Sambil-sambil tu, sewa rumah dulu tunggu keadaan reda.

Untuk tujuan perbincangan, kita akan gunakan data dan statistik yang dibekalkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Boleh muat turun data ini di laman web NAPIC (National Property Information Centre) yang merupakan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara. Ianya dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, sebuah jabatan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Harga Rumah Berterusan Naik

Pertama, kita tengok dulu harga rumah di seluruh negara dari tahun 2009. Pada ketika itu, paras harga rumah negara berada pada RM204,470.

Dalam masa 8 tahun sahaja, iaitu pada tahun 2017 – harga melonjak naik ke paras RM404,643. Kenaikan sebanyak RM200,173 atau 97.9% dicatatkan sepanjang tempoh tersebut, atau 12.24% setahun.

Ada ke pelaburan yang boleh beri pulangan setinggi ini secara konsisten setiap tahun?

Harga Rumah Pernah Jatuh Teruk Pada Tahun 1998 & 1999

Jika dilihat kepada indeks harga rumah Malaysia mengikut jenis rumah pula, kejatuhan harga pernah berlaku pada tahun 1998 dan 1999.

Kita semua sedia maklum bahawa ekonomi Malaysia dan dunia jatuh teruk akibat daripada Krisis Mata Wang Asia yang sedang berlaku pada masa itu.

Kejatuhan kecil turut dikesan pada tahun 2002 dan 2009, tetapi lebih kepada rumah non-landed, banglo dan semi-D. Rumah teres maintain naik harga mengikut sejarah.

Bagi tahun 2018 pula, harga rumah jatuh sedikit, tetapi hanya untuk rumah non-landed dan rumah banglo.

Apa kata kita pecahkan ikut negeri pula, tengok bagaimana prestasi hartanah.

Di Kuala Lumpur, peningkatan indeks harga rumah sangat tinggi. Dalam tempoh hanya 7 tahun (indeks berada pada paras 100 mata pada tahun 2010), ianya telah naik sebanyak 97.7 mata pada tahun 2017. Ini bermakna, harga rumah telah naik 97.7% dalam masa 7 tahun atau 13.96% setahun.

Nampaknya Selangor juga mencatatkan kenaikan yang tinggi. Dalam tempoh 7 tahun, ianya telah naik sebanyak 91.5 mata pada tahun 2017. Ini bermakna, harga rumah telah naik 91.5% dalam masa 7 tahun atau 13.07% setahun.

Kenaikan harga rumah di Johor lebih tinggi, mesti ramai yang tak sangka kan? Dalam tempoh 7 tahun, ianya telah naik sebanyak 106.2 mata pada tahun 2017. Ini bermakna, harga rumah telah naik 106.2% dalam masa 7 tahun atau 15.17% setahun.

Pulau Pinang pun naik banyak juga, dengan kenaikan sebanyak 89.8 mata dicatatkan dalam tempoh 7 tahun. Ini bermakna, harga rumah telah naik 89.8% dalam masa 7 tahun atau 12.83% setahun.

Jom tengok indeks harga rumah di Melaka pula. Ingatkan naik tak banyak, rupa-rupanya naik sebanyak 52.4 mata pula. Kenaikan dicatatkan sebanyak 52.4% dalam masa 7 tahun atau 7.49% setahun.

Pasaran Hartanah Akan Crash? Macam Takde Crash Pun

Johor naik 15.17% setahun, Kuala Lumpur naik 13.96% setahun, Selangor naik 13.07% setahun, Pulau Pinang naik 12.83% setahun, Melaka pun naik juga sebanyak 7.49% setahun.

Bagi mereka yang mengharapkan sebarang crash berlaku, pasti akan kecewa. Ingat harga rumah akan turun, tapi harga rumah akan terus naik dengan konsisten.

Kalau crash berlaku pun, hanya untuk setahun dua saja. Itu pun ia pernah berlaku di Malaysia pada tahun 1998 dan 1999, di kemuncak krisis Mata Wang Asia. Lepas itu harga rumah akan naik seperti biasa.

Usah Berlengah Lagi, Beli Rumah Hari Ini

Sudah terbukti dengan data dan statistik bahawa harga rumah akan meningkat naik secara konsisten, jom kita beli rumah hari ini.

Jika anda menyewa, harga sewa juga akan meningkat seiringan dengan harga rumah di pasaran. Harga rumah semakin naik setiap tahun, takkan sewa kekal selama-lamanya? Bila kita sewa, selepas berpuluh tahun bayar sewa pun, rumah tersebut masih bukan milik kita.

Sementara masih boleh bekerja, memang mampu nak bayar sewa. Tapi bila dah tak bekerja atau bila dah nak pencen nanti, mana nak cari pendapatan untuk bayar sewa rumah pula?

Dengan membeli rumah, selepas 30 atau 35 tahun atau mungkin juga lebih awal lagi, kita menjadi pemilik rumah tersebut apabila tiada lagi hutang dengan pihak bank. Boleh berehat di usia tua nanti, tak perlu lagi kerja. Lagi best kalau ada 2-3 buah rumah, satu rumah dijadikan tempat kediaman dan selebihnya dijadikan rumah sewa. Dapat juga merasa pendapatan pasif setiap bulan.

Jemput baca Kelebihan Rumah Baru Berbanding Dengan Rumah Second-Hand Untuk Bakal Pelabur pula. Kami ada ceritakan berkenaan Debt to Service Ratio (DSR) dan Formula 200 untuk pelaburan hartanah. Juga ada senarai rumah baru dengan harga berpatutan, di bawah paras RM300 ribu.

Jangan terkejut ada hartanah berharga RM208,800 dengan keluasan 1000 kaki persegi, 3 bilik, 2 bilik air dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden seperti kolam renang, gimnasium, gelanggang badminton, futsal, taska dan bermacam-macam lagi.

Projek yang dinamakan ialah Sri Melaka Residensi yang terletak di Bukit Serindit, Melaka. Hanya 3km daripada bandar Melaka Raya, di mana terletaknya tarikan pelancong seperti Jonker Walk, Mahkota Parade, Dataran Pahlawan dan bermacam-macam lagi. Ianya juga berhampiran dengan kemudahan-kemudahan lain seperti sekolah, hospital dan taman rekreasi.

Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman web Sri Melaka Residensi atau Facebook Sri Melaka Residensi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.