Top 10 Portal Carian Hartanah di Malaysia Tahun 2019

Hari ini, terdapat puluhan portal hartanah yang bukan sahaja mempunyai senarai hartanah dari pasaran undercon, subsale dan lelong; bahkan juga ilmu hartanah dalam bentuk artikel, infografik dan juga video.

“Fungsi utama portal hartanah adalah menghubungkan anda (pembeli) dengan senarai hartanah idaman anda daripada pemaju.”

Baca : 5 Sebab Hartanah Adalah Pelaburan Terbaik

Untuk itu, kami sediakan senarai portal hartanah paling popular di Malaysia sebagai panduan untuk anda yang ingin membuat carian hartanah dan mempelajari sedikit sebanyak ilmu hartanah.

1. iProperty

Merupakan anak syarikat REA Group Limited dari Australia dan merupakan portal hartanah paling popular di Malaysia dengan 3 juta lawatan bulanan oleh pengguna yang mengunjungi portal ini.

Daripada segi jumlah hartanah yang terdapat di dalam portal iProperty, terdapat hampir 250,000 untuk dijual dan 150,000 hartanah untuk disewa.

Jumlah hartanah yang banyak terdapat dalam portal ini menjadikan iProperty merupakan salah satu portal paling popular di Malaysia.

Di antara ciri-ciri menarik yang terdapat pada iProperty adalah anda mampu :-

  • Membuat carian hartanah untuk dibeli.
  • Membuat carian hartanah untuk disewa.
  • Membuat tinjauan harga hartanah di luar negara.
  • Membaca artikel berkenaan hartanah.
  • Mengira kelayakan anda untuk membeli rumah menerusi LoanCare.
  • Mencari ejen hartanah berdaftar yang sah untuk urusan jual beli hartanah.

2. PropertyGuru

PropertyGuru merupakan pesaing utama iProperty, yang beribu pejabat di Singapura dan menjadi salah satu portal utama carian jual beli hartanah di Singapura.

Bermula pada tahun 2007 di Singapura, oleh dua rakan baik Steve Melhush dan Jani Rautiainen yang menghadapi kesukaran mencari kediaman idaman mereka di Singapura.

Semenjak itu, PropertyGuru telah membantu ramai ejen hartanah, agensi hartanah dan juga pemaju mendapatkan pembeli yang tepat untuk hartanah idaman mereka.

Apa yang menarik tentang PropertyGuru adalah mereka bukan sekadar membantu anda membuat carian hartanah dan menyajikan input terkini tentang hartanah, mereka juga membantu bakal pemohon rumah pertama untuk mengira kelayakan mereka menerusi Home Loan Calculator.

Konsep forum yang terdapat pada PropertyGuru telah membantu persoalan ramai bakal pembeli hartanah dengan persoalan – persoalan mereka yang kritikal.

3. PropSocial

Jika anda gemar mencari informasi yang jujur dan tidak berat sebelah tentang sesebuah kawasan dan projek berdasarkan ulasan dari komuniti, PropSocial adalah portal yang sesuai untuk anda.

Ditubuhkan pada tahun 2014 oleh IdeaRiverRun Group, PropSocial menekankan akan konsep ulasan jujur secara terus dari komuniti setempat akan sesebuah kawasan mahupun hartanah.

PropSocial mengumpul ulasan dan maklumat dari kawasan kejiranan dan pembeli rumah supaya bakal pembeli masa depan mampu membuat pilihan yang lebih baik.

Dengan hampir 100,000 jumlah hartanah untuk dijual dan disewa, PropSocial merupakan portal yang anda wajib kunjungi untuk mendapatkan segala informasi setempat seperti fasiliti kediaman, keadaan parkir pada waktu malam dan juga kesibukan trafik pada waktu puncak.

4. EdgeProp

EdgeProp adalah sebuah portal carian hartanah yang membantu anda membuat keputusan akan sesebuah hartanah berlandaskan isu, berita hartanah semasa dengan data dan analisis secara percuma.

Dahulunya dikenali sebagai TheEdgeProperty.com, Edgeprop.my telah menjadi salah satu daripada portal hartanah paling berpengaruh dalam industri hartanah di Malaysia dengan memberikan input yang berguna kepada pengguna portal berkenaan.

Portal hartanah ini dapat disimpulkan sebagai sebuah portal hartanah yang menawarkan :-

  1. Senarai hartanah
  2. Isu dan berita semasa
  3. Data harga rumah
  4. Kiraan kelayakan harga rumah berdasarkan gaji

Produk yang paling luar biasa daripada EdgeProp adalah projek Fund My Home yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed pada November 2018 yang lalu, dengan fokus menyelesaikan ketidakcekapan pasaran yang sedang berlaku. Ia menemukan pembeli rumah pertama dan institusi kewangan dan perumahan dengan satu platform yang mudah.

Selain itu,  bakal pembeli rumah hanya perlu membayar 20% daripada harga rumah dan boleh terus masuk ke rumah tersebut. Oh ya! Tiada bayaran bulanan dikenakan seperti cara konvensional.

Manakala baki 80% lagi harga rumah akan disumbang oleh pembiaya yang terlibat yang akan berkongsi pulangan berdasarkan harga masa hadapan hartanah tersebut kelak.

Baca : 8 Saham Pelaburan Hartanah Di Malaysia

5. StarProperty

StarProperty merupakan sebuah portal hartanah yang menyediakan analisis penyelidikan hartanah, forum dan peta untuk pelaburan hartanah di Malaysia selain daripada senarai hartanah seperti portal-portal sedia ada.

Baru-baru ini, PropWall telah menjadi sebahagian daripada aset StarProperty milik penuh Star Media Group Berhad.

Portal hartanah ini menawarkan isu semasa dan akan datang hartanah, tips dan strategi hartanah, panduan hartanah dan juga review kawasan perumahan, pembeli, pelabur dan juga pembeli warga asing di Malaysia.

Sekiranya anda ingin melabur dalam hartanah dan ingin mengetahui lokasi yang ideal untuk pelaburan hartanah, anda boleh dapatkan akses review hartanah gred A seperti Bukit Jalil, Putrajaya, Jalan Klang Lama, Bukit Bintang, Cheras dan Shah Alam di portal ini.

6. Bumbung.co

Seiring dengan revolusi teknologi 4.0, industri hartanah turut menerima impak positifnya di mana Bumbung menggunapakai teknologi dalam pasaran hartanah.

Bumbung dalam bahasa mudahnya, membantu ejen hartanah dan pengguna mendapatkan pembeli yang tepat dan hartanah yang tepat di dalam pasaran semasa.

Dengan 6,000 senarai hartanah di sekitar Lembah Klang, adalah penting untuk ejen hartanah mendapatkan pembeli yang tepat, begitu juga dengan pembeli yang inginkan hartanah idaman mereka.

Bumbung.co membantu pemilik hartanah yang ingin menjual atau menyewakan hartanah mereka, ejen hartanah yang ingin  untuk mengiklankan hartanah dan juga bakal pembeli yang ingin mencari hartanah idaman mereka dan terus mengikat temu janji untuk melihat hartanah tersebut.

7. Speedhome

Pasti ramai di antara kita yang pernah terlihat billboard Speedhome atau Speedrent di lebuh raya utama di sekitar Lembah Klang.

Speedhome yang dahulunya dikenali sebagai Speedrent dan diasaskan pada tahun 2015, adalah platform yang menghubungkan pemilik rumah dengan penyewa tanpa mengenakan caj deposit dan pemilik rumah dilindungi insurans daripada Allianz.

Dengan melebihi 3,000 senarai hartanah di dalam Speedhome, bakal penyewa kini mampu untuk berhubung secara terus dengan tuan rumah tanpa perlu melalui ejen.

Baca : Buat 5 Perkara Ini Sebelum Nak Sewakan Rumah Anda

8. Mitula

Bayangkan Google untuk carian hartanah dan itulah Mitula. Buat pengetahuan anda, Mitula berfungsi sebagai carian enjin untuk hartanah dan terdapat kira-kira 1,316, 294 senarai hartanah!

Apa yang menjadikan Mitula lain daripada yang lain, adalah kerana senarai hartanahnya berhasil daripada rakan kongsi portal lain seperti iProperty, Propertyguru, Sppedhome, DurianProperty, PropWall, Next Property, Property Hunter, EdgeProp, PropSocial dan juga PropertyQueen.

Di dalam portal ini juga anda mampu melihat graf terkini harga rumah semasa di Malaysia dan juga harga rumah yang ingin dijual di Malaysia.

Dengan senarai hartanah yang sangat banyak, patutlah Mitula menjadi antara platform utama carian hartanah bukan sahaja di Lembah Klang, bahkan di bandar-bandar besar lain.

Baca : Miliki Hartanah Secara Tidak Langsung Dengan Melabur ke Dalam REIT

9. iBilik

iBilik sudah begitu sinonim dengan rakyat Malaysia yang ingin mencari bilik, homestay dan sewaan jangka pendek.

Dengan senarai hartanah sekitar 100,000 di dalam portal ini, iBilik telah menjadi platform utama di kawasan-kawasan tumpuan seperti Ampang, Bangsar, Cheras, Setapak, Damansara, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Pulau Pinang.

Sama seperti PropWall, iBilik merupakan milikan penuh Star Media Group Berhad dan mempunyai laman sesawang antarabangsa untuk pasaran lain khususnya negara Brunei, Singapura dan Indonesia.

10. Hartabumi

Hartabumi.com adalah sebuah portal carian hartanah yang tidak asing lagi dalam industri hartanah tempatan. Berfungsi sebagai sebuah portal carian hartanah yang mengumpulkan kesemua hartanah berstatus Bumiputera daripada pemaju, ejen hartanah dan juga bank.

Ditubuhkan pada 30 November 2015 bertujuan menangani masalah penjualan dan pembelian hartanah Bumiputera diantara pemaju, ejen hartanah dan pembeli.

Portal carian hartanah ini boleh dikatakan antara yang paling unik kerana menawarkan konten percuma yang terkini melalui artikel, infografik dan video buat bakal pembeli rumah pertama dan juga untuk mereka yang ingin melabur dalam hartanah.

Dengan pelbagai jenis senarai hartanah berstatus Bumiputera di seluruh Malaysia, Hartabumi telah membantu ramai pembeli rumah untuk mendapatkan hartanah idaman mereka pada harga yang bersesuaian dengan pendapatan isi rumah mereka.

Kempen dan produk yang paling signifikan adalah kempen HI HOME yang dilancarkan pada Julai yang lalu.

Hi HOME adalah platform kupasan idea, perbincangan solusi baharu dan pengenalan teknologi terkini bagi membantu kerajaan dalam menangani isu pemilikan rumah di negara ini terutama bagi golongan belia.

Ditulis oleh Mehmed Aezhad, beliau merupakan seorang Digital Marketing Specialist yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran digital hartanah.

Nak tahu ranking sesebuah website, boleh guna Alexa atau SimilarWeb. Kita boleh tahu jumlah pengunjung dan buat perbandingan dengan laman-laman web lain di dalam industri yang sama.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.