4 Tanda Seorang Pengurus Dana (Fund Manager) Yang Hebat

Pelaburan merupakan suatu yang dilakukan dalam tempoh masa yang panjang, dari beberapa bulan sehinggalah berpuluh tahun lamanya. Seseorang pengurus pelaburan atau investment manager sudah tentulah perlu menilai prestasi portfolio sepanjang tempoh masa tersebut.

Ianya perlu dilakukan tanpa mengambil kira sama ada dia melabur untuk diri sendiri atau bagi pihak orang lain. Prestasi portfolio tersebutlah merupakan kayu ukur terbaik sebagai pengurus pelaburan.

Ramai membuat kesilapan bahawa angka keuntungan atau pulangan sahaja sudah memadai untuk mengukur prestasi portfolio. Antara aspek lain yang perlu diambil kira ialah penanda aras (benchmark) dan juga tahap risiko.

Selain itu, dinasihatkan juga agar tidak terlalu kerap mengukur prestasi portfolio dan tidak juga terlalu jarang. Sebagai pelabur jangkamasa panjang, melihat prestasi portfolio setiap hari ialah satu tindakan yang tidak produktif kerana boleh menyebabkan seseorang pelabur itu hilang pertimbangan akibat melihat naik turun nilai portfolio setiap hari.

Namun, menunggu terlalu lama juga tidak disyorkan kerana boleh menyebabkan anda menyimpan portfolio yang underperform terlalu lama. Kekerapan yang sesuai adalah setiap suku tahun ke setiap tahun.

Bagaimana kita boleh ukur sebaik mana prestasi kita atau orang lain sebagai pengurus dana? Di sini penulis berikan beberapa kayu ukur.

1. Pulangan Lebih Tinggi Daripada Benchmark Secara Konsisten

Bagi sesetengah orang, pulangan adalah segala-galanya kerana itulah yang menunjukkan pengurus dana itu buat duit atau tidak. Namun, tanpa perbandingan, tak mungkin kita dapat tahu pengurus tersebut bagus atau tidak.

Mungkin dia merekodkan pulangan 15% pada tahun tersebut tetapi pasaran saham merekodkan keuntungan 20%, jadi maksudnya dia tidaklah sebagus mana. Perbandingan yang paling biasa dilakukan adalah perbandingan bersama benchmark.

Contohnya, dana yang dilaburkan 100% ke dalam saham-saham patuh shariah Malaysia boleh dibandingkan dengan FBM Hijrah atau FBM Emas. Pokoknya, kita kena bandingkan dana kita dengan benchmark yang sesuai. Satu lagi cara adalah dengan mengikut keperluan.

Contohnya, sekiranya kita memerlukan pulangan 3% setahun, itu juga boleh dijadikan benchmark. Sesetengah dana juga menggunakan kadar inflasi sebagai benchmark. Terpulang kepada objektif anda.

Tanda seorang pengurus dana yang baik ialah dia mampu memberikan pulangan lebih baik dari benchmark secara konsisten dalam jangkamasa yang panjang.

2. Nilai Sharpe Ratio Yang Tinggi

Berbanding angka pulangan semata-mata, adalah lebih baik sekiranya kita sertakan Sharpe ratio ataupun nisbah Sharpe dalam penilaian prestasi dana kita. Nisbah Sharpe ialah pulangan dana ditolak dengan kadar sifar risiko (risk-free return) dan dibahagikan dengan volatiliti dana.

Dengan kata lain, ia adalah risk-adjusted return.

Angka ini memberitahu sama ada anda mendapat pulangan yang setimpal dengan risiko yang anda ambil. Untuk mengira sendiri volatiliti dana anda adalah leceh dan prosesnya panjang, namun jika anda melabur dalam unit amanah, biasanya mereka memberikan angka volatiliti ini dalam laporan dana.

Pendek kata, lebih tinggi nisbah Sharpe maka lebih baiklah pengurus dana tersebut kerana memberikan pulangan yang setimpal dengan risiko yang diambil.

Contoh pulangan yang tidak setimpal adalah sekiranya anda melabur dalam wang kripto yang berisiko tinggi namun hanya mendapat pulangan yang sama dengan pelaburan dalam bon yang berisiko rendah.

Baik kita labur dalam bon kerana ia lebih selamat, betul tak?

Anda boleh ambil beberapa unit amanah yang serupa (contohnya unit amanah yang melabur ke dalam saham large cap Malaysia) dan bandingkan nisbah Sharpe mereka.

Yang lebih tinggi nisbah Sharpenya itulah yang lebih baik.

3. Tracking Error Tidak Terlalu Kecil Atau Besar

Tracking error ialah angka yang menunjukkan berapa jauh nilai dana anda bergerak berbanding dengan nilai benchmark. Lebih tinggi angka tracking error, maksudnya pengurus dana tersebut lebih aktif (tidak mengikuti benchmark terlalu rapat).

Kalau tracking error rendah, maksudnya dana tersebut agak sama dengan benchmark dari segi saham-saham di dalamnya dan juga pemberatnya (weighting). Tracking error sifar bermaksud dana tersebut ialah dana pasif iaitu menyerupai benchmark 100%, contohnya ETF.

Maksudnya kalau benchmark jatuh 1%, dana tersebut akan jatuh 1%, dan sebaliknya.

Apabila kita membayar management fee kepada pengurus dana, kita mahu dia mengambil risiko yang berpatutan dan seterusnya menjana pulangan lebih tinggi dari benchmark. Kalau mengikuti benchmark terlalu rapat, macam mana nak membuat pulangan lebih tinggi dari benchmark kan?

Baik beli ETF je, tak perlu bayar management fee yang tinggi.

Namun, kita juga mahu memastikan yang pengurus dana tidak terpesong terlalu jauh dari benchmark. Apa gunanya meletakkan benchmark tapi beli aset yang tiada kaitan dengan benchmark?

Contohnya, letak benchmark FBM KLCI tapi 70% weighting dalam portfolio ialah saham small cap. Tidak sesuai.

Tracking error yang sesuai untuk seorang pengurus dana aktif ialah dalam lingkungan 4% ke 7%. Kalau rajin, anda boleh gunakan formula di bawah untuk membuat pengiraan tracking error.

Namun, tracking error bukanlah pengukur pulangan tetapi lebih kepada pengukur tahap risiko.

4. Nilai Information Ratio Yang Tinggi

Nisbah maklumat atau information ratio adalah nisbah yang menggabungkan Sharpe ratio dan tracking error. Sharpe ratio membandingkan pulangan dana dengan kadar sifar risiko, manakala information ratio membandingkan pulangan dana dengan benchmark.

Ini adalah nisbah yang amat popular untuk mengukur tahap kemahiran seseorang pengurus dana.

Formula information ratio adalah seperti berikut:

Seperti Sharpe ratio, lebih tinggi nilainya maka lebih baik. Ia adalah nisbah yang baik untuk menunjukkan kemahiran pengurus dana kerana ia menunjukkan sama ada pengurus dana tersebut mendapat pulangan yang lebih apabila dia menjadi lebih “aktif”.

Kalau dia terlalu aktif (jauh dari benchmark) tetapi pulangan sama atau dibawah benchmark, baik anda beli ETF sahaja. Seperti Sharpe ratio juga, anda perlu gunakan information ratio sebagai perbandingan untuk beberapa dana dalam kategori yang sama dan pilihlah yang paling tinggi nilainya.

Sumber Rujukan:

Ditulis oleh Azam, seorang pengurus dana saham antarabangsa di sebuah institusi kewangan di Malaysia.

Penafian: Artikel ini merupakan pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pandangan rasmi mana-mana individu/organisasi. Penulis tidak menerima sebarang bayaran pengiklanan dari mana-mana individu/organisasi yang disebutkan di dalam artikel ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.