5 Strategi Sun Tzu The Art Of War, Yang Boleh Digunakan Dalam Pelaburan

Setiap pelaburan dikatakan perniagaan yang memberi keuntungan tetapi berbeza dari segi konsepnya. Namun begitu, ia tetap mempunyai persaingannya yang tersendiri.

Begitu jugalah setiap pelabur yang memerlukan penyelesaian dan strategi untuk memerangi persaingan secara sihat.

The Art of War Sun Tzu telah diperkenalkan lebih daripada 2,500 tahun yang lalu di mana terdapat taktik dan strategi Sun Tzu yang berkesan untuk peperangan perniagaan.

Pada hari ini, strategi Sun Tzu ini juga telah digunakan pakai dalam konteks pelaburan. Ia juga sering diterapkan dalam perniagaan kecil dan syarikat-syarikat besar.

Objektif Strategi Sun Tzu Art Of War

Strategi Sun Tzu Art Of War bertujuan untuk memastikan kita mengenali persaingan kita secara lebih dekat dan mengetahui pesaing sedia ada dalam pasaran. Dengan ini, ita boleh menjadikan kita lebih baik daripada pesaing kita.

“Kenali musuh dan diri sendiri, anda tidak perlu risau dengan keputusan beratus peperangan.

Jom kita tengok 5 strategi Sun Tzu The Art Of War dalam konteks pelaburan:

1. Kenali Pasaran Pesaing

Ya, kita tidak mungkin dapat melawan pasaran saingan kita, tetapi lebih penting untuk kita mengenali ciri-ciri pesaing kita. Kita takkan berjaya kalahkan pesaing tanpa mengenali mereka secukupnya. Ketahui apa kelebihan dan kelemahan mereka.

Sebagai contoh, Amazon mengenali pesaing mereka dalam industri peruncitan buku, akhirnya berjaya berkembang dengan lebih baik lagi.  Begitu juga dengan Netflix yang berjaya mengalahkan Blockbuster dengan model perniagaan yang berbeza. 

Mereka yang memenangi pertempuran adalah mereka yang tahu waktu bila harus berperang dan waktu bila tidak perlu untuk berperang.

Dalam konteks pelaburan, kita harus tahu waktu yang sesuai untuk memasuki pasaran dan waktu bila untuk keluar dari pasaran, bukannya ikut-ikut orang.

2. Elakkan Kekuatan Dan Fokus Kelemahan Pesaing

Strategi Art Of War gaya Sun Tzu ini amat selamat kerana kita terhindar daripada risiko yang bakal diterima ketika berperang. Pelabur boleh menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan keuntungan.

Kata-kata yang tercatat dalam Sun Tzu adalah seperti berikut, “Tentera mungkin disamakan dengan air, kerana air yang mengalir mengelakkan ketinggian dan mempercepatkan ke dataran rendah, jadi tentera menghindari kekuatan dan menyerang kelemahan.”

Istilah “Be Fearful When Others Are Greedy and Greedy When Others Are Fearful” bermaksud kita perlu bijak mengambil peluang yang ada.

3. Pentingnya Maklumat Risikan

“Know the enemy and know yourself; in a hundred battles you will never be in peril”

Sun Tzu

Maklumat risikan penting dalam sesebuah perniagaan. Barulah kita dapat memahami keupayaan pesaing dan diri sendiri.

Ambil iktibar daripada kisah “perang” klasik antara McDonald’s dan Burger King dalam “The Great French Fry War” pada tahun 1998. Burger King merancang untuk berperang dengan McDonald’s dengan memberi kentang goreng percuma.

Pengurusan McDonald’s bertindak segera dengan menghantar surat kepada semua rangkaian beserta arahan terperinci bagi memastikan hanya kentang goreng yang berkualiti tinggi disediakan untuk pelanggan. McDonald akhirnya memenangi peperangan ini setelah mengesan awal rancangan pesaing mereka.

Dalam pelaburan, kata-kata “Buy on rumors, sell on news” perlu kita pegang. Bila tengok chart harga dah mula naik, mesti ada sesuatu.

Banyakkan membaca dan berkawanlah dengan orang dalam industri.

4. Bertindak Pantas

“Speed is the essence of war. Take advantage of the enemy’s unpreparedness; travel by unexpected routes and strike him where has taken no precautions.” 

Sun Tzu

Dengan kelajuan menyelesaikan sesuatu masalah, sesebuah perniagaan akan mudah mencipta peluang. Begitu juga dengan pelaburan yang memerlukan kita untuk bertindak pantas dalam membuat keputusan.

Zaman serba canggih ini, semuanya ada di hujung jari. Siapa yang mampu membuat keputusan dan bertindak dengan lebih cepat, dia akan mempunyai kelebihan.

5. Bina Sikap Pemimpin

Pekerjaan atau perniagaan akan berjaya bergantung kepada sikap pemimpinnya sendiri. Strategi Sun Tzu bukan sahaja melibatkan kecerdasan, tetapi memerlukan kecergasan, keadilan dan kerjasama pasukan juga.

Dalam konteks pelaburan, sikap pemimpin diperlukan oleh seseorang untuk memastikan objektif dan matlamat tercapai. Rajin-rajinlah berkongsi ilmu, berita dan perkembangan terkini agar lebih ramai orang boleh mendapat manfaat.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global (China, Hong Kong, Singapura, Indonesia)

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.