Modal Belum Cukup, Bagaimana Nak Mula Melabur Sebelum Usia 30?

Salah satu kelebihan mula melabur dari usia muda adalah MASA.

Lebih awal anda mulakan sesuatu pelaburan, lebih banyak masa untuk duit tu berganda. Katakan anda mula bekerja pada usia 25 tahun dan membuat pelaburan RM100 setiap bulan di sebuah institusi kewangan yang memberi pulangan average sebanyak 8% setahun:

  • Umur: 25 tahun, Simpanan Bulanan: RM100, Pulangan Tahunan: 8%, Simpanan pada umur 45 tahun

  • Umur: 25 tahun, Simpanan Bulanan: RM100, Pulangan Tahunan: 8%, Simpanan pada umur 60 tahun

Di atas adalah contoh biasa, tapi katakanlah anda merupakan seorang yang luar biasa dan mula menyimpan sejak dari kolej/universiti. Simpanlah walau RM100 sebulan, ambil sedikit daripada duit PTPTN, simpan sedikit daripada pemberian ibubapa atau simpan sedikit daripada berniaga part-time:

  • Umur: 20 tahun, Simpanan Bulanan: RM100, Pulangan Tahunan: 8%, Simpanan pada umur 60 tahun

Melabur lebih awal 5 tahun, tetapi bezanya mencecah RM120,000. Banyakkan bezanya?

Rajin-rajinlah ke calculator.my untuk mengira sendiri berapa simpanan yang anda boleh perolehi mengikut kepada umur dan kemampuan simpanan bulanan anda.

Ya, itulah yang disebut sebagai compounding interest atau faedah berganda. Masa memihak kepada anda jika anda mula melabur daripada usia muda.

Tetapi banyak cabaran sebenarnya yang anda perlu lalui. Oleh itu, pastikan anda mengikut beberapa pesanan berikut:

#1. Pastikan Kedudukan Kewangan OK

Bagi memulakan tabiat simpanan pada usia muda, anda perlu mendisiplinkan diri dengan memastikan kedudukan kewangan anda kukuh. Pastikan perbelanjaan tidak melebihi pendapatan. Kalau hidup sekarang bergantung kepada PTPTN dan ibubapa sebagai sumber pendapatan, cuba asingkan siap-siap RM100 sebagai simpanan bulanan.

Tak perlu nak acah-acah kaya.

Baca juga 9 Perangai Ini Tanda Anda Sudah Dijangkiti Virus Acah-Acah Kaya

Nak sesuatu, berusaha untuk dapatkannya. Banyak sumber kerja part-time hujung minggu di Malaysia ni.

#2. Rileks, Pelaburan Bukanlah Skim Cepat Kaya

Orang kita memang jenis tak boleh sabar dan semua benda nak cepat. Contohnya atas jalanraya pun nak cilok-cilok.

Kalau melabur hari ini, seboleh-bolehnya nak untung minggu depan. Perlu faham bahawa pelaburan adalah untuk tempoh jangka masa panjang.

Sebab itu ramai yang terpedaya dengan skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan tetap yang tinggi dalam tempoh yang singkat. Dan akhirnya ramai yang tersontot disebabkan mudah termakan dengan janji-janji manis ini.

#3. Melabur Dalam Ilmu

Zaman dah berubah. Maklumat kini di hujung jari. Nak lebih baik belajar terus dengan mereka yang pakar. Alhamdulillah untung generasi sekarang. Semakin ramai sifu-sifu yang sudi berkongsi ilmu mereka dengan masyarakat. Boleh follow & sedut ilmu daripada mereka.

Cuba baca Senarai Sifu-Sifu Saham & Kewangan Di Malaysia ini.

Waktu studentlah paling banyak masa dan peluang nak simpan duit dan tambahkan modal ilmu. Jadi set betul-betul dalam kepala; Modal duit bukanlah isu utama untuk memulakan pelaburan, sebaliknya, ilmu pelaburan itu sendiri merupakan modal yang paling penting.

Sekarang kita tengok pula di mana nak melabur.

Cara Paling Mudah Untuk Melabur – Amanah Saham

Jika anda berpuas hati dengan dividen sebanyak ~8% setahun, Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah tempat terbaik untuk anda mula melabur. Alhamdulillah semua negeri dah fatwakan sebagai hukum harus.

Dividen ASB pula dilihat merosot (tetapi masih untung) sejak kebelakangan ini.

Dividen ASB

Kredit: www.astroawani.com

Melabur dalam ASB ini memang mudah. Anda boleh melabur sekali sahaja contohnya RM10,000 dan biarkannya ‘beranak’ di situ, atau membuat pelaburan konsisten seperti RM100 sebulan. Kemudian pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang akan menguruskan wang anda dengan melabur di tempat lain pula.

Baca juga Dekat mana ASB melabur RM144 bilion duit kita?

Nak Untung Lebih? : Labur Sendiri Di Bursa Malaysia

Kalau rasa tidak berpuas hati dengan dividen yang diberikan ASB, boleh melabur terus ke dalam pasaran saham patuh syariah Bursa Malaysia. Ya, ada 600 lebih saham syarikat yang halal untuk kita jual beli. Kalau masih ada yang kata saham ni haram minta dia istighfar panjang.

Inilah rahsianya untuk mengaut keuntungan yang lebih daripada biasa. Inilah lubuk emas yang masih ramai belum rebut. Boleh kira dengan jari berapa ramai Bumiputera yang tahu. Mungkin sudah terbiasa dengan untung bergolek setiap tahun dari ASB.

Tak perlu tunggu setahun pun untuk meraih keuntungan sebanyak 8%. Tak percaya, cuba tengok 10 Saham Patuh Syariah Ini Harganya Naik 100% Dalam Masa 6 Bulan.

Bagaimana nak mula melabur di pasaran saham Bursa Malaysia ni?

Kalau minat boleh sambung belajar di UiTM Johor, Universiti Awam pertama di Malaysia yang mempunyai kemudahan serba lengkap untuk belajar tentang pelaburan saham.

Boleh follow juga anak muda seperti saudara Iqbal Ilias dan Jeffry Azizi. Mereka memang aktif berkongsi di Facebook.

Ingat balik point penting tadi, anda perlu melabur dalam ilmu untuk berjaya dalam bidang kewangan ini. Kalau belum bersedia untuk melabur wang ringgit, apa kata anda melabur masa dan tenaga untuk hadiri majlis ilmu dan mendampingi mereka yang telah pun berjaya.

Sumber Rujukan: Business Insider
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.