Carbon Trading, Perdagangan Komoditi Yang Tak Ramai Orang Tahu

Perubahan iklim dunia merupakan agenda yang penting bagi kebanyakan negara maju di dunia pada hari ini. Mereka telah membangunkan teknologi masing-masing untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar seperti pelepasan gas karbon dioksida ke atmosfera bumi.

Antara teknologi yang berkembang pesat pada ketika ini untuk menghalang kesan pemanasan bumi adalah wujudnya kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik untuk berfungsi.

Amerika Syarikat merupakan negara yang memberi tumpuan serius terhadap perubahan iklim dunia. Joe Biden yang merupakan presiden Amerika Syarikat yang ke-46 telah berikrar akan memberi bantuan yang sewajarnya kepada mana-mana syarikat yang membangunkan teknologi hijau di negara tersebut.

Beliau juga menjemput negara-negara maju dan yang sedang membangun di dunia untuk sama-sama berbincang menegnai kesan pemanasan global.

Sebelum ini, kebanyakan negara perindustrian bersetuju untuk mengawal pengeluaran karbon dioksida melalui Protokol Kyoto. Kebanyakan negara telah bersetuju untuk  mengurangkan karbon dioksida melalui kaedah yang dinamakan carbon trading.

Carbon trading merupakan kaedah di mana sesebuah negara mempunyai kadar tertentu yang dibenarkan untuk melepaskan gas karbon dioksida ke udara.

This image has an empty alt attribute; its file name is Carbon-Trading-Perdagangan-Komoditi-Yang-Kurang-Diketahui-Ramai2.jpg
Kredit Gambar: I Matter Youth

Setiap negara mempunyai kuota berdasarkan perindustrian yang ada di dalam negara tersebut. Kuota yang diberikan kepada negara adalah di dalam bentuk permit, di mana permit ini boleh dijual kepada mana-mana negara perindustrian lain jika negara tersebut tidak mahu menggunakannya.

Kebanyakan negara perindustrian membeli permit daripada negara membangun yang menyertai Protokol Kyoto ini, di mana kebanyakan negara membangun dan miskin tidak mempunyai pelepasan karbon dioksida yang tinggi.

Selain daripada ianya boleh dijual di antara negara, permit ini juga boleh dijual di antara satu kilang kepada kilang yang lain di dalam negara yang sama. Jika kilang A tidak menggunakan sepenuhnya permit yang diberi kepadanya, kilang A boleh menjual permit tersebut kepada kilang B.

Kaedah ini dipanggil cap and trade.

Carbon Trading Mempunyai Permintaan Dalam Pasaran

Kredit Gambar: New Atlas

Kebiasannya harga permit pelepasan karbon dioksida ini dikira dalam unit tan metrik. Harganya pula sama seperti harga saham atau komoditi yang bergantung kepada permintaan dan pengeluaran (supply and demand).

Hedge fund turut melakukan trading terhadap carbon trading ini kerana ianya mempunyai nilai dalam pasaran negara maju. Kesatuan Eropah merupakan negara yang paling aktif melakukan trading ini kerana peraturan yang semakin ketat terhadap pelepasan karbon dioksida di kalangan ahli kesatuan tersebut.

Jika dilihat di atas kertas, sistem ini dapat mengurangkan kesan perubahan cuaca namum hakikatnya ia tidaklah seperti yang digambarkan. Walaupun ada negara yang mematuhi protokol tersebut, ada juga negara yang menipu dan melakukan rasuah.

Cara Atasi Masalah Karbon Dioksida Dalam Udara

Untuk mengatasi masalah perubahan cuaca ini, ianya bukanlah perkara yang mudah untuk diselesaikan. Cara paling mudah dan semula jadi adalah dengan menanam kembali pokok-pokok yang telah ditebang.

Walaupun nampak mudah, banyak negara tidak mampu melakukannya. Kini wujud pula teknologi yang terbaru iaitu teknologi untuk memerangkap korbon dioksida dalam atmosfera bumi.

Teknologi ini merupakan salah satu altenatif yang dibangunkan oleh negara maju bagi mengurangkan karbon dioksida di udara.

Kredit Gambar: WSJ

Masalah yang timbul mengenai teknologi ini adalah, sekiranya karbon dioksida telah diserap oleh perangkap karbon dioksida, ke mana pula ianya akan disalurkan?

Hanya syarikat petroleum saja yang berminat untuk mendapatkan karbon dioksida untuk digunakan dalam proses pencairan petroleum yang digali di dalam perut bumi.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Belum Rancang Masa Depan Anak? Ini Senarai Akaun Simpanan Dan Pelaburan Terbaik Untuk Anak Bawah 18 Tahun

Merancang simpanan dan pelaburan untuk anak sejak mereka kecil adalah langkah bijak bagi memastikan masa depan kewangan yang kukuh. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis akaun simpanan dan pelaburan yang boleh dibuka untuk kanak-kanak, termasuk bagi bayi yang baru lahir, remaja, dan juga mereka yang telah mula bekerja separuh masa.

Berikut adalah senarai akaun simpanan dan pelaburan yang sesuai, beserta had umur pembukaan, syarat, modal minimum, ciri utama, kelebihan dan kekurangan.

1. Tabung Haji (Akaun Kanak-kanak)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Patuh Syariah, dividen tahunan sekitar 2.5 hingga 3 peratus, tiada caj bulanan, pendaftaran haji awal boleh dibuat.

Kelebihan: Stabil, risiko rendah, sesuai untuk simpanan jangka panjang dan tujuan ibadah haji.

Kekurangan: Pulangan lebih rendah berbanding instrumen pelaburan lain.

2. Akaun Simpanan Junior Bank

Contoh: Maybank Yippie-i Savings, CIMB Junior Savers, RHB Junior, Bank Islam Young Savers

Had umur pembukaan: Sejak lahir (kad ATM biasanya diberi pada umur 12 tahun ke atas)

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM1 hingga RM20 bergantung kepada bank

Ciri utama: Kadar keuntungan/faedah rendah antara 0.25 hingga 1 peratus setahun, mempunyai buku simpanan dan kad ATM pada umur tertentu.

Kelebihan: Mudah diakses, sesuai untuk mengajar anak mengurus wang sejak kecil.

Kekurangan: Pulangan rendah dan tidak sesuai sebagai instrumen pelaburan utama.

3. Amanah Saham Bumiputera (ASB / ASB 2)

Had umur pembukaan: Sejak lahir (Bumiputera sahaja)

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Harga unit tetap, dividen sekitar 4 hingga 6 peratus setahun dan bebas cukai.

Kelebihan: Risiko rendah, pulangan stabil, sesuai untuk simpanan jangka panjang.

Kekurangan: Terhad kepada Bumiputera sahaja.

Baca juga Sejarah Pulangan Dividen ASB Dari Tahun 2014 – 2024 [KEMASKINI]

4. Unit Amanah ASNB (ASN Imbang, ASN Sara dan lain-lain)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Harga unit berubah mengikut prestasi pasaran, potensi pulangan lebih tinggi berbanding ASB.

Kelebihan: Sesuai untuk pelaburan jangka panjang, berpotensi memberi pulangan besar.

Kekurangan: Ada risiko kerugian jika harga unit jatuh.

5. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN Prime)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah

Modal minimum: RM20

Ciri utama: Dividen tahunan sekitar 3 hingga 4 peratus, pelepasan cukai sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma.

Kelebihan: Sesuai untuk pendidikan anak, memberi manfaat cukai kepada ibu bapa.

Kekurangan: Kurang fleksibel untuk tujuan selain pendidikan.

6. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Had umur pembukaan: Minimum 14 tahun

Syarat: Mempunyai pekerjaan dan gaji, majikan perlu mendaftar caruman

Modal minimum: Tiada, caruman dibuat melalui potongan gaji

Ciri utama: Simpanan persaraan rasmi, dibahagi kepada Akaun 1 dan Akaun 2, dividen sekitar 4 hingga 6 peratus setahun, termasuk perlindungan sosial.

Kelebihan: Modal terkumpul besar dengan caruman majikan, pulangan konsisten.

Kekurangan: Wang simpanan hanya boleh dikeluarkan mengikut syarat tertentu.

Sejarah Pulangan Dividen KWSP Dari Tahun 2014 – 2024

Bagi anak bawah 18 tahun, pilihan akaun simpanan dan pelaburan bergantung pada tujuan utama simpanan. Jika matlamat adalah demi kestabilan, Tabung Haji, SSPN Prime dan ASB adalah pilihan utama. Bagi tujuan pelaburan jangka panjang dengan potensi pulangan lebih tinggi, Unit Amanah ASNB, robo-advisor dan pelaburan emas boleh dipertimbangkan. Untuk anak yang sudah mula bekerja, KWSP adalah simpanan wajib yang memberi manfaat besar dalam jangka panjang.