
Sub Topik
Pada 18 April lalu, Bank Rakyat kini telah menawarkan satu produk pelaburan emas patuh Syariah yang dikenali sebagai Akaun-i eGOLD. Akaun ini membolehkan orang ramai membeli, menyimpan, dan menjual emas secara digital tanpa perlu menyimpan emas fizikal di rumah. Segala urusan boleh dilakukan dengan selamat dan mudah melalui perkhidmatan perbankan internet iRakyat.
Apa Itu Akaun-i eGold Bank Rakyat?
Akaun-i eGOLD ialah akaun pelaburan emas digital yang mematuhi prinsip Syariah. Emas yang ditawarkan mempunyai ketulenan 999.9 dan diiktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA). Selepas pembelian, emas tersebut akan disimpan dengan selamat oleh penyedia perkhidmatan storan yang dilantik oleh Bank Rakyat. Anda juga mempunyai pilihan untuk menukar emas digital kepada jongkong emas fizikal untuk simpanan peribadi anda.
Kelebihan Akaun-i eGold Bank Rakyat
- Harga Masa Nyata: Boleh beli dan jual emas pada harga yang dikemas kini secara masa nyata melalui iRakyat (real-time).
- Spread Rendah: Anggaran spread 5%.
- Penukaran kepada Emas Fizikal: Anda boleh menukar baki emas digital kepada jongkong emas fizikal dalam denominasi seperti 0.5g, 1g, 5g, 10g, 50g, dan 100g.
- Pemindahan Emas: Kemudahan untuk memindahkan emas (dalam gram) kepada akaun-i eGold pihak ketiga yang lain, dengan had maksimum nilai emas RM50,000 sehari berdasarkan harga beli semasa bank.
- Transaksi Mudah: Semua urus niaga pembelian dan penjualan emas dilakukan melalui akaun semasa atau simpanan anda di Bank Rakyat melalui iRakyat.
Dari sudut kelayakan, semua individu berumur 18 tahun ke atas boleh membuka akaun ini. Remaja berumur 13 hingga 17 tahun juga dibenarkan, tetapi dengan kebenaran ibu bapa atau penjaga sah. Apa yang penting, anda perlu mempunyai akaun simpanan, semasa atau pelaburan (CASAIA) di Bank Rakyat, serta mendaftar untuk iRakyat bagi menggunakan kemudahan pelaburan ini.
Produk ini juga mengikut prinsip Syariah sepenuhnya melalui beberapa kontrak seperti:
Wakalah bil Ujrah (bank bertindak sebagai ejen kepada vendor emas), Bai’ As-Sarf (pertukaran mata wang dan emas secara tunai), Hibah (pemberian emas kepada pihak lain), serta Ijarah Khidmat untuk perkhidmatan penukaran emas digital kepada fizikal.
- Wakalah Bil Ujrah: Bank bertindak sebagai ejen untuk menjual, membeli, dan memindahkan emas atas nama vendor emas.
- Bai’ As-Sarf: Pertukaran wang dengan emas atau sebaliknya pada nilai dan masa yang sama.
- Hibah: Pemberian emas antara pelanggan melalui Akaun-i eGold.
- Ijarah Khidmat: Caj perkhidmatan untuk penukaran emas digital kepada emas fizikal.
Transaksi boleh dilakukan setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 11.59 malam, termasuk hujung minggu dan cuti umum. Tidak ada syarat baki minimum untuk kekalkan akaun ini aktif.
Walaubagaimanapun, bahawa Akaun-i eGold Bank Rakyat tidak dilindungi oleh PIDM dan seperti mana-mana pelaburan lain, harga emas boleh berubah-ubah mengikut pasaran semasa.
Cara Membuka Akaun
- Mulakan Pelaburan: Lakukan pembelian emas pertama anda dengan nilai minimum RM10 atau kelipatannya.
- Buka Akaun CASAIA: Kunjungi cawangan Bank Rakyat untuk membuka akaun simpanan, semasa, atau pelaburan (CASAIA) jika belum mempunyai.
- Daftar iRakyat: Daftar untuk perbankan internet iRakyat di cawangan atau melalui laman web Bank Rakyat.
- Buka Akaun-i eGold Bank Rakyat: Log masuk ke iRakyat dan pilih untuk membuka Akaun-i eGold Bank Rakyat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Bank Rakyat atau hubungi pusat perkhidmatan pelanggan Bank Rakyat.
Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.
Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.
Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.
Kenapa Kena Miliki Buku Ini?
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.


Miliki Buku Ini Sekarang!!
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!
Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee
