71% Hasil Dividen Simpanan Konvensional KWSP Adalah Hasil Bukan Shariah

Pada 21 Februari 2020 yang lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2019. 5.00% untuk Simpanan Shariah (SS) dengan jumlah agihan dividen RM4.14 bilion dan 5.45% untuk Simpanan Konvensional (SK) dengan jumlah agihan dividen sebanyak RM41.68 bilion.

Jumlah pembayaran yang diperlukan untuk 1% kadar dividen adalah RM828 juta untuk SS dan RM7.65 bilion untuk SK. 

Menurut Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias kadar dividen tahun ini rendah disebabkan persekitaran pasaran yang tidak memberansangkan. Tahun lepas pasaran tidak stabil disebabkan Perang Perdagangan, Brexit dan rusuhan di Hong Kong manakala awal tahun ini ekonomi dunia diganggu wabak COVID-19.

Berbeza dengan tahun lepas, KWSP dalam soalan lazimnya tidak menyatakan punca pendapatan SS kurang daripada SK secara terperinci. Dalam agihan dividen 2018, dinyatakan bahawa pelaburan Simpanan Konvensional menikmati lebihan pendapatan daripada pelaburan dalam aset tidak patuh Shariah antaranya pelaburan dalam sektor kewangan.

Oleh sebab itu, peratusan dividen lebih tinggi dapat diberikan kepada Simpanan Konvensional.

Kadar dividen daripada hasil pendapatan tidak patuh Shariah adalah 68% pada tahun 2018 dengan hasil utamanya daripada pelaburan dalam Bank Konvensional dan Syarikat Insurans.

Strategi dan Sektor Pelaburan KWSP 

Strategi KWSP bagi kedua-dua jenis Simpanan sama ada SS dan SK adalah sama iaitu melalui diversifikasi global jangka panjang dengan berpandukan Alokasi Aset Strategik.

Perbezaannya pada sektor pelaburan di mana SS tidak akan melibatkan pelaburan di sektor-sektor tidak patuh Shariah seperti aktiviti yang melibatkan transaksi riba, judi, arak, makanan tidak halal, hiburan, dan sebagainya.

Selain daripada itu, bagi kedua-dua jenis Simpanan mengamalkan dasar pelaburan bertanggungjawab yang menepati tiga kriteria: Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbirurus (ESG). Kriteria ini menjadikan pelaburan KWSP hanya tertumpu kepada syarikat-syarikat yang tidak terlibat dengan pencemaran alam sekitar, isu pelanggaran hak asas manusia, korupsi, dan salahguna.

Cadangan Penambahbaikan Dividen Simpanan Shariah

Menolak faktor masalah pasaran di peringkat global dan berdasarkan andaian perolehan tinggi SK disebabkan pelaburan yang besar dalam sektor kewangan, peningkatan perolehan pelaburan SS boleh ditambah.

Kerajaan Malaysia dan pihak Bursa Malaysia mungkin perlu menghalusi cadangan yang pernah diutarakan oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar, bekas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu supaya diperkenalkan i-saham.

Antara punca perbezaan agihan dividen SK dan SS tahun 2018 dan mungkin serupa bagi tahun 2019 adalah pelaburan dalam sektor kewangan. Di Bursa Malaysia, hanya terdapat dua kaunter saham syarikat kewangan yang disenaraikan di dalam Senarai Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti. 

Dua syarikat tersebut adalah Bank Islam Malaysia Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad.

TAN SRI ABDUL WAHID OMAR – PHOTO BY SAM FONG, EDGEPROP

Tan Sri Abdul Wahid Omar pernah mencadangkan supaya diwujudkan i-saham Maybank melalui mekanisme ‘ring fence’ atau memecahkan saham induk Maybank dan memagar i-saham Maybank daripada pendapatan berunsurkan riba dan tidak syariah yang lain.

25% daripada keuntungan Maybank disumbangkan daripada operasi Maybank Islamic dan sekiranya proses terbabit berjaya, ia akan mewujudkan kelas baru dalam instrumen pelaburan patuh Shariah yang bernilai RM19 bilion.

Andai kata Maybank berjaya, CIMB, RHB dan Bursa Malaysia boleh meniru mekanisme tersebut, menambahkan lagi syarikat dengan saham patuh Shariah di mana kini, hampir 80% daripada syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah patuh Shariah.

Mekanisme ini juga dijangka dapat memberikan peluang kepada SS KWSP untuk menambahkan lagi pendapatan hasil pelaburan mereka, seterusnya dapat memberikan manfaat sama atau lebih kepada ahli dengan SS berbanding SK.

Pengurusan Hasil Dividen Tidak Patuh Shariah KWSP Konvensional

Berdasarkan Soalan Lazim Dividen yang dikeluarkan oleh KWSP, jumlah peratusan dividen daripada sektor tidak patuh Shariah adalah sebanyak 71%, lebih tinggi daripada peratusan tahun 2018 iaitu sebanyak 68%.

KWSP menasihatkan ahli yang beragama Islam berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23-25 Jun 2009 yang menyatakan:

“Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut: 

1. Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya; atau
2. Diserah kepada golongan fakir miskin.

Kadar penyucian dividen SK bagi 2019 adalah 71% daripada jumlah dividen yang dikreditkan ke dalam akaun ahli. Penyucian ini terpakai kepada mereka yang masih mengekalkan simpanan mereka dalam SK dan tidak mahu menukar akaun berdasarkan syarat-syarat yang digariskan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP.

Penyucian tidak perlu dilakukan bagi mereka yang baru membuka akaun tahun lepas tetapi baru diaktifkan SS mereka bermula 1 Januari 2020. Dividen yang diterima bagi tahun 2019 walaupun daripada SK dimaafkan kerana ia bukan satu pilihan tetapi melibatkan sistem pembukaan akaun di KWSP.

Pengkreditan Dividen 2019 telah pun dilakukan pada Sabtu, 22 Februari 2020 dan ahli boleh menyemak penyata KWSP masing-masing melalui i-Akaun.

Perincian kaedah penyucian daripada SK boleh didapati di pautan berikut: https://secure.kwsp.gov.my/ShariahResource/Simpanan_Shariah_bm_FA.pdf

Ditulis oleh Arham Merican, pegawai Shariah di salah sebuah bank Islam antarabangsa dan sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Pembangunan. Meminati bidang ekonomi dan Shariah dengan fokus pada pemberdayaan modal insan.

Sebab itulah wajib kita sebagai umat Islam untuk bertukar ke Simpanan Syariah, senang je nak buat. Boleh rujuk Tutorial Tukar Status Akaun KWSP Kepada Simpanan Shariah Secara Online.

Dan ambil tahu juga Mengapa Dividen Simpanan Syariah KWSP Sikit Berbanding Konvensional?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.