5 Situasi Yang Membenarkan Anda Mengambil Pinjaman Peribadi

Pinjaman peribadi bukanlah sesuatu yang murah, kerana ia melanjutkan kredit tidak bercagar untuk dibayar balik bersama dengan faedah dalam ansuran yang sama. Namun begitu masih ramai yang membuat permohonan untuk pinjaman peribadi kerana ia boleh diperolehi dalam masa yang singkat bagi memenuhi keperluan yang mendesak.

Tidak seperti pinjaman-pinjaman khusus yang lain seperti pinjaman perumahan atau pinjaman kereta, pinjaman peribadi boleh digunakan bagi memenuhi apa sahaja keperluan. Tetapi sesetengah sebab untuk mengambil pinjaman peribadi lebih masuk akal berbanding sebab-sebab yang lain.

Contohnya seperti 5 situasi di bawah ini, di mana anda mempunyai sebab yang baik untuk mengambil pinjaman peribadi:

1. Apabila Anda Ingin Mengubahsuai Rumah Anda

Mengambil pinjaman peribadi bagi mengubahsuai rumah anda agar ia lebih selesa untuk didiami merupakan suatu keputusan kewangan yang bijak kerana:

  • Anda membuat pelaburan kepada rumah anda, yang merupakan suatu aset yang boleh meningkat nilainya
  • Pinjaman perumahan anda mungkin tidak cukup untuk menanggung kos-kos tambahan seperti kerja-kerja pertukangan, kelengkapan bilik mandi, atau mengubahsuai bilik
  • Anda boleh menyimpan sedikit wang daripada pinjaman tersebut dalam tabung simpanan anda

2. Apabila Anda Ingin Membina Kerjaya Anda

Ia merupakan suatu idea yang bernas jika anda mengambil pinjaman peribadi untuk meningkatkan sebarang kemahiran profesional anda dengan menyertai sesebuah kursus ataupun melanjutkan pengajian tinggi sekiranya anda tidak mampu membayar yuran.

Dengan cara ini, anda sebenarnya membuat pelaburan ke atas diri anda, yang memungkinkan anda untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi dan seterusnya memperoleh gaji yang lebih lumayan.

Tetapi jika anda hanya ingin meningkatkan sebilangan kemahiran profesional anda, jangan lupa layari portal-portal dalam talian seperti udemy.com dan LinkedIn Learning yang menawarkan pelbagai kursus-kursus yang percuma atau murah. Anda pastinya tidak memerlukan sebarang pinjaman dalam hal ini!

3. Apabila Anda Ingin Membayar Semula Segala Hutang Kad Kredit

Kredit Gambar: Kate Mangostar/Freepik

Pinjaman peribadi amat berguna dalam melangsaikan segala hutang kad kredit yang semakin bertambah bulan demi bulan. Ramai di kalangan rakyat kita yang memohon pinjaman peribadi untuk melangsaikan semua hutang kad kredit mereka kerana kadar faedah bagi pinjaman peribadi adalah lebih sedikit berbanding dengan kadar bayaran kad kredit yang lewat.

4. Apabila Anda Ingin Melangsungkan Perkahwinan

Majlis perkahwinan merupakan sesuatu yang mahal, lebih-lebih lagi jika anda ingin kelihatan hebat dan mewah. Akibatnya, semakin ramai orang yang mengambil pinjaman peribadi bagi menanggung segala keperluan majlis, seperti bersanding atau majlis resepsi dan juga untuk berbulan madu, di mana wang simpanan mereka tidak mencukupi.

Dengan cara ini mereka dapat memastikan yang hari istimewa mereka (ataupun sebarang pembayaran berkaitan yang lain) tidak akan terjejas meskipun wang simpanan mereka tidak mencukupi, dan mereka juga dapat mengurangkan beban kewangan terhadap ibu bapa dalam menanggung perbelanjaan perkahwinan.

Nasihat kami: tidak mengapa bagi anda untuk menanggung perbelanjaan perkahwinan anda dengan pinjaman peribadi jika anda tidak mempunyai simpanan, tetapi anda harus ingat bahawa anda hendaklah membuat pembayaran balik bagi pinjaman tersebut beserta faedahnya. Jadi yang penting sekali di sini ialah jangan berbelanja terlalu boros untuk majlis anda, dan cuba tetapkan bajet bagi setiap keperluan yang ada, contohnya seperti baju pengantin anda, fotografi pra-perkahwinan, hadiah, bilangan tetamu yang dijemput, tempat majlis diadakan, dan sebagainya.

5. Apabila Anda Berpindah Ke Rumah Baru

Berpindah ke rumah baru sama ada di bandar atau negara yang sama atau berlainan dengan membawa barangan anda merupakan sesuatu yang agak mahal, dan ramai juga orang yang mengambil pinjaman peribadi bagi menanggung segala perbelanjaan untuk berpindah. Cara ini juga membolehkan mereka menyimpan sedikit wang yang ada di dalam akaun simpanan setelah membuat pembayaran untuk tempat tinggal yang baru.

Jika pekerjaan baru anda memerlukan anda supaya berpindah lokasi, tanya majikan baru anda sekiranya mereka boleh menanggung (sekurang-kurangnya separuh) perbelanjaan untuk berpindah. Memindahkan perabot-perabot yang besar boleh menjadi mahal terutama bagi jarak perjalanan yang jauh, jadi beringat-ingatlah.

Beberapa Perkara Penting Yang Lain

Berapa banyak jumlah pinjaman peribadi yang anda terima dan pada kadar yang berapa bergantung kepada skor kredit anda. Jika anda membayar pinjaman peribadi anda sepenuhnya mengikut masa yang ditetapkan, skor kredit anda akan semakin meningkat. Ini mencerahkan lagi peluang anda untuk mendapatkan pinjaman yang besar seperti pinjaman perumahan dengan kadar faedah yang lebih murah di masa akan datang.

Berikut Adalah 5 Peraturan Terpenting Untuk Anda Ingat Sebelum Memohon Pinjaman Peribadi:

  • Ambil pinjaman peribadi sekiranya perlu sahaja
  • Jangan sesekali meminjam wang lebih daripada yang sepatutnya hanya kerana anda layak untuk menerima jumlah pinjaman yang lebih besar (ikutlah keperluan anda)
  • Pastikan anda tahu berapa banyak jumlah ansuran yang perlu dibayar semula (pertimbangkan kadar faedah yang paling efektif buat anda, dan bukan kadar faedah yang termudah) dan buat permohonan hanya jika anda mampu membayar balik bayaran bulanannya
  • Bandingkan semua pilihan pinjaman peribadi yang ada dan pilihlah yang terbaik mengikut keperluan anda
  • Jangan sesekali mengambil pinjaman peribadi bagi pihak lain

Dan jika anda mencari pinjaman peribadi, kami mempunyai berita baik! Mohon sekarang untuk Pinjaman Peribadi Standard Chartered CashOne atau Pinjaman Peribadi Citi Bank, di Bbazaar Malaysia, dan dapatkan baucer Tesco bernilai RM50 untuk pinjaman. T & Cs dikenakan.

Ditulis oleh BBazaar Malaysia.
Diterjemahkan oleh Dayana Sobri.
Artikel ini disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.com.

Iklan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

5 Agensi Kerajaan Yang Beri Pinjaman Perniagaan Kepada Bumiputera

Menjadi usahawan dan pemilik perniagaan bukanlah mudah sekiranya banyak kekurangan dan kelengkapan dalam misi menaikkan perniagaan anda. Mana tidaknya, rancangan anda mungkin tergendala kerana modal kewangan tidak mencukupi, ilmu tidak digunakan dengan betul dan tersilap langkah membuat tindakan.

Di antara yang ditakuti oleh semua usahawan adalah kekurangan modal. Duitlah segala penyelesaian yang dapat menaikkan semula perniagaan anda, yang dapat mengurangkan beban kerja anda untuk melatih pekerja dan sebagainya.

Pendek kata, sesebuah perniagaan memerlukan wang untuk bermula, dengan adanya modal tambahan dan modal tetap, pastinya anda cuma menunggu hasil keuntungan sahaja selepas ini. Tetapi jika perniagaan masih bertatih, banyak perkara yang harus anda lakukan untuk mengembangkan bisnes anda.

Salah satu penyelesaian yang disarankan adalah membuat pinjaman perniagaan Agensi Kerajaan yang ditawarkan untuk semua. Terdapat banyak pinjaman perniagaan agensi kerajaan yang boleh kita mohon.

Jom kita lihat pilihan yang ada.

#1 Tabung Ekonomi Belia (TEB)

Objektif pinjaman perniagaan TEB diberikan adalah untuk memberi manfaat dalam perniagaan, perpaduan dan sosio ekonomi. Antara skim pinjaman perniagaan yang ditawarkan adalah Skim Belia Negara (SBN) dan Skim Belia Tani (SBT).

SBN memberi khidmat biayaan untuk perkhidmatan pembuatan dan Francais yang disokong oleh Bank Negara Malaysia. Manakala SBT pula menyediakan pembiayaan pengeluaran tanaman jangka pendek, perikanan, ternakan haiwan, industri asas tani dan perkhidmatan tani yang disokong oleh Bank Pertanian Malaysia, Agro Bank.

Had pinjaman bagi pinjaman perniagaan agensi kerajaan ini adalah serendah RM5,000.00 sehingga RM50,000.00 dan tempoh pembayarannya adalah sehingga 7 tahun.

Laman Sesawang Tabung Ekonomi Beliawww.br1m.info

#2 Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)

TEKUN dikawalselia oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam membantu membuat penyaluran modal kepada peniaga baru dan lama. Ia adalah khas untuk usahawan bumiputera yang berminat sahaja dan layak dengan syarat-syaratnya.

Bermula dengan nama Yayasan TEKUN Nasional pada 1998, kini ia telah menjadi TEKUN Nasional selepas penyusunan pentadbiran dilakukan.

Had pinjaman TEKUN adalah serendah RM500.00 sehingga RM50,000.00.  Anda boleh membayar balik dalam tempoh di antara sebulan sehingga lima tahun.

Laman Sesawang TEKUN: www.tekun.gov.my

#3 Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Sebuah agensi dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, pinjaman perniagaan yang ditawarkan oleh MARA ini adalah khas untuk bumiputera Melayu sahaja. 

Di antara skim pinjaman perniagaan yang ditawarkan adalah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE) dan Skim Pembiyaaan Peningkatan Perniagaan (SPPP). Anda boleh mendapatkan pinjaman serendah RM5,000.00 sehingga RM250,000.00 dengan agensi kerajaan ini.

Laman Sesawang MARA: www.mara.gov.my

#4 Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

Tahukah anda, PUNB adalah milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputera yang merupakan sebuah badan penyelaras untuk aktiviti pelaburan agensi syarikat, kerajaan dan individu Bumiputera.?

PUNB juga bertujuan membantu membangunkan usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara bagi melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif.

Bagusnya, PUNB membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan. Dii antara skim pinjaman perniagaan yang ditawarkan adalah Prosper runcit, Prosper teras dan PKS.

Laman Sesawang PUNB: www.punb.com.my

#5 TERAJU

Peneraju Bumiputera ini adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri yang menawarkan beberapa skim pinjaman perniagaan untuk usahawan bumiputera. Teraju telah berjaya membantu sehingga RM14.8 bilion bagi pelaburan swasta Bumiputera sehingga Jun 2018.

Di antara skim pembiayaan yang Teraju tawarkan adalah Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB). Skim ini menawarkan pinjaman sehingga RM500,000 kepada usahawan dan syarikat yang baru ingin bermula di Malaysia. 

Skim lain seperti Skim Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) pula membantu syarikat Bumiputera yang telah stabil untuk berkembang ke pasaran luar negara.

Laman Sesawang Terajuwww.teraju.gov.my

Akhir kata, perniagaan yang anda lakukan haruslah lengkap untuk berkembang dengan lebih besar lagi. Pohonlah pinjaman perniagaan kerajaan yang sesuai dengan perniagaan anda untuk memudahkan segala proses dilakukan.

Sumber Rujukan

Iklan

Fahami CCRIS Dan CTOS Untuk Lulus Pinjaman

Impian memiliki harta sama ada kereta, rumah atau tanah boleh dilaksanakan dengan membuat pinjaman. Apa yang menjadi teka- teki di fikiran kita semua adalah bagaimana cara untuk lulus pinjaman dengan mudah dan lancar?

Jom kita fahami “double C” iaitu CCCRIS dan CTOS.

1. Central Credit Reference Information (CCRIS)

Central Credit Reference Information (CCRIS) ialah satu sistem pangkalan data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit seseorang. Ia dikawal selia oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Di dalam laporan CCRIS terdapat maklumat-maklumat berikut:

  • Pinjaman tertunggak (outstanding balance)

Semua orang mempunyai komitmen bulanan seperti pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman pelajaran dan lain-lain. Laporan CCRIS memaparkan jumlah keseluruhan dan baki pinjaman yang tertunggak, termasuklah kelakuan pembayaran dan status undang-undang. Berdasarkan laporan ini pihak bank akan mengira komitmen bulanan kita kemudian ditambah dengan komitmen yang baru. Sekiranya lebih dari kemampuan pemohon, pihak bank akan minta tambah guarantor atau deposit untuk kurangkan komitmen.

Apakah kelakuan pembayaran?

Kelakuan pembayaran ialah sikap kita terhadap komitmen bulanan untuk tempoh setahun. Pernahkah kita tertangguh membuat pembayaran? Kebanyakan orang gagal memperolehi pinjaman kerana CCRISS memaparkan dengan jelas rekod kelakuan pembayarannya. Berikut merupakan contoh rekod pembayaran dan penjelasan:

 

  • Akaun perhatian khusus (Special attention account)

Akaun perhatian khusus adalah seperti Non-Performing Loan (NPL) atau di bawah jadual pengurusan hutang khas yang dirundingkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit  (AKPK). Jika mempunyai rekod ini pihak bank tidak akan proses pinjaman baru sehinggalah pinjaman tersebut selesai.

  • Permohonan pinjaman terdahulu (Previous inquiry)

Laporan ini menunjukkan pinjaman yang pernah di pohon sebelum ini dan status sama ada pending, approve atau reject. Sekiranya terdapat banyak rekod previous inquiry, pihak bank beranggapan bahawa pemohon banyak membuat permohonan tetapi tidak diluluskan pasti ada alasan lain. Sekiranya kita tidak pernah buat pinjaman, maka CCCRIS kita tiada rekod. Kita boleh membuat semakan di mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) di seluruh negara.

2. CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS)

CTOS Data Systems Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat persendirian yang memberi kemudahan maklumat kewangan seseorang kepada pihak bank dan syarikat pinjaman berlesen.

CTOS ni rekod hutang kita dengan syarikat bukan bank. Contohnya seperti Courts Mammoth, Digi dan lain lain.

Rekod CTOS akan disimpan satu tempoh masa. Terdapat 4 bahagian di dalam CTOS iaitu:-

Kesimpulannya CCRIS dan CTOS hanyalah sistem rujukan yang digunakan untuk menilai status kewangan kita sama ada nama kita disenaraihitam atau tidak, maklumat perniagaan berkaitan dan bayaran ansuran lain yang sedang ditanggung.

Baiki kelemahan dalam membayar balik pinjaman sedia ada untuk mengelakkan masalah membuat pinjaman di masa hadapan.

Guna RAMCI Pun Boleh

Dengan RAM Credit Info, mereka ada produk bernama RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda secara online.

Laporan ini megandungi maklumat seperti i-Score (skor kredit), CCRIS, SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Contoh laporan RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP):

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi?

Sama macam CCRIS, kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna bayaran dibuat on-time setiap bulan.

Bukan mahal pun, hanya RM19.50 untuk mendapatkan laporan tersebut secara on-line.

Iklan

5 Klausa Dalam Surat Tawaran Pembiayaan Yang Perlu Diberi Perhatian

Pembiayaan atau pinjaman perumahan merupakan aspek penting dalam pembelian rumah. Selepas memilih rumah dan membayar deposit, langkah seterusnya untuk pembeli ialah memohon pembiayaan rumah dengan pihak bank.

Setelah pembiayaan diluluskan, pihak bank akan mengeluarkan surat tawaran pembiayaan yang perlu ditandatangan oleh pembeli rumah sebelum perjanjian jualbeli rumah boleh diteruskan.

Ada beberapa perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam surat tawaran pembiayaan rumah.

1. Margin Of Financing

Margin of financing ialah harga rumah yang boleh kita dapat pembiayaan bank. Kebiasaannya pembeli boleh dapatkan pembiayaan sehingga 90% untuk rumah pertama dan kedua, 70% untuk rumah ketiga dan seterusnya.

Sebagai contoh, untuk rumah berharga RM300,000 anda boleh memohon pembiayaan sehingga RM270,000 untuk pembeli rumah pertama dan kedua manakala RM210,000 untuk pembeli rumah ketiga dan seterusnya. Lebihan harga rumah perlu diselesaikan samada bayaran tunai atau pengeluaran KWSP.

Namun begitu, ada skim dan program tertentu yang membolehkan pembeli untuk dapatkan pembiayaan yang lebih. Sebagai contoh, pembeli boleh dapatkan pembiayaan sehingga 100% untuk pembeliaan rumah pertama dan juga 90% untuk rumah ketiga bergantung kepada program Home Ownership Campaign yang kerajaan lancarkan.

Margin of financing ini juga tertakluk kepada profil kewangan pembeli dan ada kemungkinan juga dikurangkan sekiranya rekod kewangan tidak baik.

2. Kos-Kos Berkaitan

Ada sebahagian bank yang membolehkan pembeli memasukkan kos-kos berkaitan ke dalam pembiayaan. Antara kos yang boleh dimasukkan ialah yuran penilaian, takaful atau insurans dan yuran guaman pembiayaan.

Yuran penilaian ialah kos untuk pihak bank melantik penilai untuk membuat penilaian harga rumah. Takaful dan insurans seperti MRTA dan MRTT untuk perlindungan pembayaran semula pembiayaan sekiranya pembeli meninggal dunia.

Sekiranya kita beli rumah yang berharga RM300,000, pembiayaan dengan margin of financing 90% boleh menjadikan jumlah pembiayaan RM270,000 + RM15,000 untuk kos-kos berkaitan.

3. Kadar Keuntungan / Kadar Faedah

Kadar keuntungan atau kadar faedah (interest rate) sangat mempengaruhi bayaran balik pembiayaan. Semakin tinggi kadar keuntungan menyebabkan ansuran bulanan menjadi tinggi.

Kebiasaannya pembiayaan rumah mempunyai kadar apung berdasarkan kadar asas + kadar spread. Kadar spread berbeza untuk setiap permohonan kerana ditentukan oleh risiko kredit peminjam, kos operasi dan margin keuntungan bank.

Kadar asas (KA) ialah kadar apung yang boleh berubah mengikut situasi ekonomi semasa. Penurunan kadar OPR boleh menyebabkan bank menurunkan kadar asas untuk pembiayaan menjadikan ansuran bulanan menurun.

Situasi ekonomi semasa menyaksikan kadar OPR pada paras yang sangat rendah. Kadar keuntungan boleh menjadi 2.85% kadar asas + 0.8% kadar spread.

Untuk pembiayaan Islamik, surat tawaran pembiayaan mempunyai Ceiling Profit Rate (CPR). Ini merupakan tahap maksimum kadar keuntungan pembiayaan.

Sekiranya OPR dan kadar asas dinaikkan melebihi CPR, kenaikan tidak akan lagi beri kesan kepasa pembiayaan kerana kadar keuntungan sudah mencapai tahap maksimum.

4. Default Rate

Ramai peminjam yang tidak memahami tentang default rate. Default rate ialah kadar keuntungan yang dikenakan oleh pihak bank sekiranya peminjam gagal membuat pembayaran ansuran bulanan selama 3 bulan berturut-turut.

Default rate akan meningkatkan kadar keuntungan bank disebabkan oleh risiko peminjam gagal melunaskan baki pembiayaan. Kadar keuntungan biasa sebagai contoh KA+0.8% boleh menjadi sehingga KA+3.2% menyebabkan ansuran bulanan melambung tinggi.

Sekiranya peminjam berhadapan situasi seperti ini namun masih membuat pembayaran ansuran bulanan tanpa mengambilkira kenaikan kadar keuntungan, ini boleh meningkatkan jumlah tertunggak mengakibatkan baki prinsipal hutang makin bertambah.

Cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan membuat penyelesaian penuh jumlah tunggakan, bayar ansuran bulanan mengikut default rate selama 6 bulan tanpa sebarang tunggakan dan kemudian berbincang dengan pegawai bank untuk kembalikan kadar keuntungan ke paras biasa.

5. Tempoh Pembiayaan

Tempoh pembiayaan ialah tempoh bayaran balik pembiayaan rumah. Semakin panjang tempoh pembiayaan, bayaran bulanan akan semakin berkurang.

Secara umumnya, tempoh pembiayaan boleh mencecah sehingga 35 tahun, namun terhad sehingga umur pembeli 70 tahun sahaja.

Setelah kita terima surat tawaran pembiayaan, pastikan kita baca setiap patah perkataan dan ayat yang terkandung dalam surat tawaran tersebut. Dapatkan penjelasan dan penerangan dari pegawai bank sekiranya ada klausa tertentu yang tidak jelas sebelum kita turunkan tandatangan penerimaan tawaran.

Artikel ini ditulis oleh Mohd Arif Irfan, seorang juruaudit di salah sebuah firma audit di Malaysia. Beliau telah lulus kesemua kertas peperiksaan ACCA dan sedang mengutip pengalaman untuk menjadi akauntan bertauliah. Meminati bidang hartanah dan pelaburan serta rajin berkongsi ilmu di FB Arif Irfan.

Iklan

Tak Lulus? Buat 4 Perkara Ini Untuk Dapatkan Kelulusan Bagi Permohonan Kad Kredit

Penolakan memang memeritkan hati. Walaupun yang kena tolak itu hanyalah permohonan kad kredit. Dia punya kecewa memang tak boleh bawa bincang.

Jika permohonan anda ditolak, jangan berputus asa! Ketahui mengapa permohonan anda ditolak, betulkan masalah ini dan akhirnya anda akan mendapat kad yang anda inginkan.

Berikut adalah empat langkah untuk meningkatkan mutu permohonan kad kredit anda yang seterusnya!

Langkah 1: Ketahui Mengapa

Menerima surat penolakan daripada bank untuk kad kredit agak mengecewakan.

Tetapi sebelum anda membakar surat itu, cuba kaji terlebih dahulu mengapa permohonan anda ditolak. Baca surat tersebut untuk memahami mengapa permohonan anda ditolak. Jika pihak bank tidak menyeneraikan sebab, anda boleh menghubungi bank untuk pertanyaan lanjut.

Berikut adalah beberapa sebab yang boleh mengakibatkan permohonan kad kredit anda ditolak:

Maklumat tidak mencukupi atau tidak mempunyai dokumen yang diperlukan

Dalam kebanyakan kes, anda perlu mengemukakan penyata KWSP terkini dan Kad Pengenalan bersama dengan permohonan anda. Kadang-kadang, lebih banyak dokumen sokongan diperlukan dan permohonan anda mungkin ditolak jika dokumen tidak lengkap.

Ada masalah dengan laporan kredit anda

Kerap lewat dalam membuat bayaran kad kredit atau pinjaman anda yang lain akan mengheret skor kredit anda ke bawah. Semak laporan kredit anda untuk mengetahui sama ada anda menunjukkan sebarang tanda sebagai pembayar yang lemah.

iMoney menawarkan cara untuk menyemak laporan kredit anda secara percuma. Semakan ini juga menyediakan nasihat untuk memperbaiki laporan kredit anda.

Nisbah hutang (DSR) kepada pendapatan yang tinggi

Nisbah hutang kepada pendapatan mengukur berapa banyak anda belanjakan untuk pembayaran hutang setiap bulan berbanding pendapatan bulanan anda. Nisbah yang disarankan adalah di bawah 30%.

Pendapatan anda tidak stabil

Bank sentiasa ingin melihat sumber pendapatan yang stabil dan boleh diramal daripada pelanggan mereka. Jika anda baru sahaja mula bekerja, atau telah menganggur untuk seketika, mungkin lebih baik anda menunggu sekurang-kurangnya enam bulan dalam pekerjaan baru supaya anda dapat menunjukkan pendapatan yang konsisten sebelum memohon kad kredit.

Pendapatan anda terlalu rendah

Pastikan anda memohon kad di mana anda boleh memenuhi syarat pendapatan minimum. Gaji minimum adalah berbeza bagi kad kredit yang berlainan. Namun, pendapatan anda mestilah sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan untuk kad yang paling asas.

Anda mempunyai terlalu banyak kad kredit

Anda tidak boleh memiliki lebih dari dua kad kredit jika berpendapatan kurang daripada RM36,000 setahun. Anda boleh membatalkan satu kad dahulu, kemudian baru memohon yang lain.

Anda memohon terlalu banyak kad kredit dalam tempoh masa yang singkat

Anda mungkin menganggap anda boleh mendapat kelulusan bagi satu kad jika anda melakukan permohonan untuk beberapa kad, tetapi ini mungkin membuat anda kelihatan sebagai tidak mempunyai kepercayaan kredit yang baik. Jika anda ditolak, tunggu beberapa bulan sebelum melakukan permohonan sekali lagi.

Ingat, jika permohonan anda ditolak daripada satu bank, bank lain akan tahu mengenainya apabila melihat laporan kredit anda dan mungkin tidak akan meluluskan permohonan anda.

Dengan mengetahui faktor-faktor yang lazimnya dipertimbangkan oleh bank apabila meluluskan permohonan kad kredit, anda mungkin dapat membetulkan kesalahan anda sebelum permohonan anda yang seterusnya!

2. Kemaskan Laporan Kredit

Laporan ini diuruskan oleh Biro Kredit di bawah Bank Negara Malaysia melalui Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Dalam laporan ini, anda dapat melihat kredit tertunggak anda (seperti pinjaman rumah, sewa beli, kad kredit, pinjaman peribadi dan overdraf), akaun perhatian khusus (seperti Pinjaman Tidak Berbayar, atau yang berada di bawah program pengurusan hutang khas, seperti di bawah AKPK), dan permohonan kredit atau pinjaman.

Maklumat dari CCRIS di ambil oleh agensi kredit dan institusi kewangan untuk menyediakan skor kredit untuk anda. Skor kredit ini adalah petunjuk kesihatan kewangan anda dan digunakan oleh bank untuk menilai kualiti anda sebagai pengguna kad kredit.

Skor yang rendah menunjukkan bahawa anda tidak mempunyai asas kewangan yang elok, dan mengurangkan peluang anda berjaya dalam permohonan kad kredit.

Jadi, anda perlu meningkatkan skor kredit melalui langkah-langkah berikut:

Jika anda berdisiplin dalam melaksanakan ketiga-tiga langkah di atas selama enam hingga 12 bulan, skor kredit anda kemungkinannya akan bertambah baik. Anda juga perlu rajin dalam menyemak skor kredit. Sekiranya terdapat kesilapan dalam laporan kredit anda, anda boleh membantah dan memperbetulkan kesilapan tersebut. Skor kredit anda boleh disemak melalui iMoney CreditScore, yang menggunakan skor dari Experian (dahulunya dikenali sebagai RAM Credit Information). Segala maklumat dari iMoney CreditScore disediakan secara percuma.

3. Kurangkan DSR

Pemberi pinjaman menggunakan DSR untuk mengukur berapa banyak pendapatan anda dibelanjakan untuk pembayaran hutang setiap bulan. Kaedah ini digunakan untuk mengukur keupayaan membayar hutang masa depan jika kad dikeluarkan kepada anda. Nisbah ini dinyatakan sebagai peratusan di mana peratusan yang lebih rendah dianggap lebih baik.

Sebagai contoh, Hana mempunyai gaji RM4,500 sebulan, dan gabungan bayaran hutang beliau ialah RM2,000 sebulan, yang termasuk kad kredit, pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. DSR beliau ialah RM2,000 dibahagikan dengan RM4,500, iaitu 44%.

Ini kurang baik bagi Hana, dan sebarang permohonan kredit baru, termasuk kad kredit, mungkin ditolak disebabkan oleh DSR yang tinggi ini.

4. Pilih Kad Yang Betul

Satu lagi sebab mengapa permohonan kad kredit ditolak adalah kerana pemohon tidak memenuhi syarat kad kredit. Oleh itu, adalah penting untuk menyemak dan memahami syarat kad yang anda ingin dapatkan sebelum mengemukakan permohonan anda.

Syarat pendapatan minimum untuk kad kredit di Malaysia ialah RM2,000 sebulan, atau RM24,000 setahun. Untuk melindungi pemegang kad dan membantu mereka mengelakkan diri dari hutang besar, Bank Negara Malaysia memperkenalkan peraturan baru di mana mereka yang mempunyai pendapatan tidak melebihi RM36,000 setahun hanya boleh memegang kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja. Pada masa yang sama, had kredit maksimum yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali pendapatan bulanan mereka, bagi setiap pengeluar kad.

Jika anda berada di dalam kategori ini, ia lebih masuk akal untuk memastikan kedua-dua kad kredit yang anda miliki dapat membantu anda menjimatkan wang dan berbelanja dengan bijak. Ini bermakna mendapatkan kad yang sesuai dengan gaya hidup anda! Terdapat pelbagai kad di pasaran, seperti kad untuk petrol, perjalanan, barangan runcit dan membeli-belah, dan juga untuk makan. Dengan mendapatkan kad yang sesuai dengan gaya hidup anda, anda boleh diberi ganjaran untuk perbelanjaan anda.

Dengan mengetahui garis panduan am bagi kad kredit di negara ini, semak syarat yang dinyatakan dan jangan memohon kad di mana anda tidak dapat memenuhi syarat yang ditetapkan. Skor kredit anda mungkin terjejas jika permohonan kredit anda ditolak, oleh itu, lebih baik anda tidak “cuba nasib anda” dengan permohonan yang anda tahu mungkin tidak akan diluluskan kerana ini akan memberi kesan negatif pada skor kredit masa depan anda.

Kadang-kadang masalah yang membawa kepada penolakan awal anda adalah mudah untuk dibetulkan. Jangan putus asa apabila anda mendapat surat penolakan, sebaliknya ketahui apa yang salah. Ia mungkin hanya kesilapan kecil dalam borang permohonan anda.

Walaupun ia kesilapan kecil, tunggu sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan sebelum mengemukakan permohonan anda yang seterusnya. Setiap kali anda melakukan permohonan, ia melibatkan pertanyaan tentang kredit anda, dan anda perlu memastikan anda mempunyai tempoh masa yang sewajarnya.

Artikel ini diterbitkan untuk kali pertama di iMoney Malaysia. Layari laman web iMoney untuk mempelajari cara-cara mengurus kewangan peribadi anda.

Dapatkan e-Learning 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti

Ada orang kerja keras untuk mendapatkan rezeki, tapi tak kaya-kaya pun.

Ada orang kerja sikit tapi Subhallah, rezekinya melimpah ruah.

Kita sering ingat rezeki datang daripada jualan, rezeki datang daripada pelanggan, rezeki datang daripada majikan.

Menyebabkan kita sering terlupa kepada Yang Maha Pemberi Rezeki, iaitu Allah SWT.

Nak tahu tak rahsia untuk mendapatkan rezeki yang tak henti-henti?

Buku digital dan video video bonus ini adalah koleksi 55 RAHSIA REZEKI yang diperoleh daripada jutawan-jutawan yang telah berjaya.

Bukan mudah nak mengutip rahsia-rahsia mereka. Kebanyakan mereka sangat sibuk dengan perniagaan, kerja amal dan pekerjaan masing-masing.

Namun akhirnya berjaya juga korek rahsia jutawan-jutawan ini supaya rezeki kita pula mengalir tanpa henti!

Dapatkan e-Learning 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti -> https://www.majalahlabur.com/55RahsiaRezeki

Iklan

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!