Membuat Pinjaman Adalah Sesuatu Yang Baik?

Ramai yang kata meminjam duit tidak baik untuk kesihatan kewangan kita. Tapi, ada kalanya meminjam boleh menjadi suatu yang bagus.

Sebagai contoh, apabila hendak memulakan perniagaan dan kita memerlukan modal. Ramai yang memberi perspektif negatif apabila hendak membuat pinjaman.

Cuba bayangkan seorang mekanik hendak memulakan perniagaan membaiki kereta. Beliau memerlukan RM100,000 untuk dijadikan modal. Dia mempunyai dua pilihan untuk mendapat modal tersebut.

Yang pertama, pastinya membuat pinjaman di bank. Pihak bank akan mengenakan faedah, sebagai contoh 10%.

Cara kedua pula, beliau boleh meminta mana-mana pihak untuk melabur ke dalam perniagaannya. Seorang pelabur berjanji untuk membuat pelaburan dan akan meminta dividen, katakanlah sebanyak 20%.

Selepas setahun, perniagaannya berkembang maju. Jom kita lihat perbezaan di antara dua pilihan tersebut.

Nampak kan yang lebih banyak tunai boleh disimpan apabila membuat pinjaman? Bagaimana ini boleh terjadi?

Apabila membuat pinjaman, kita akan dikenakan faedah oleh pihak bank. Ini akan menyebabkan pendapatan sebelum cukai kita lebih rendah. Ini juga akan menyebabkan kita dikenakan cukai yang lebih rendah.

Mungkin ramai yang kata pendapatan selepas cukai tetap lebih rendah berbanding dengan pelaburan. Kita jangan lupa jika kita mendapat duit daripada pelabur, kita kena bayar dividen kepada pelabur kita yang biasanya lebih tinggi.

Kenapa lebih tinggi? Sebab pelabur terdedah kepada risiko pelaburan secara langsung. Pastinya mereka mahu pulangan yang lebih besar. Jadi, pendapatan bersih daripada membuat pinjaman lebih banyak.

Kesimpulannya, meminjam wang boleh menjadi sesuatu yang positif. Tapi, jangan sampai tak bayar hutang pula!

Penafian: Segala pengiraan adalah asas sahaja dan informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendapat bertulis semata-mata.

Ditulis oleh Abang Yazree Hazwan. Penulis merupakan seorang Eksekutif di sebuah syarikat penyelidikan pasaran di Malaysia. Mempunyai pengalaman dalam bidang insurans/reinsurans di syarikat reinsurans tempatan.

Iklan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

5 Benda Kita Kena Tahu Tentang Moratorium Sepanjang Covid-19 Untuk Individu

Pada awal bulan Mei, timbul kekeliruan dan kekecohan di kalangan peminjam tentang moratorium yang diberi akibat pandemik Covid-19. 

Dalam laporan Harian Metro, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata bahawa penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan sebenarnya bertujuan membantu aliran tunai peminjam yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Menurut mereka, tujuan itu masih tidak berubah.

“Kekeliruan yang timbul adalah disebabkan oleh salah tanggapan bahawa jumlah bayaran balik sesuatu pinjaman Sewa Beli tidak boleh diubah,” jelas BNM.

“Salah tanggapan ini juga sedikit sebanyak mungkin disebabkan oleh ilustrasi pengiraan yang kami tunjukkan dalam versi awal soalan lazim (FAQ), yang menggunakan beberapa andaian dan kaveat.

“Kami kemudiannya mengeluarkan contoh pengiraan itu daripada FAQ ini apabila institusi kewangan menyediakan contoh pengiraan mereka.

“Ilustrasi yang kami tunjukkan bukan bertujuan untuk ‘menghilangkan’ caj kadar faedah terakru (yang diambil kira) kepada pinjaman yang diberikan penangguhan bayaran balik,” jelas BNM lagi.

Bagi menjawab segala persoalan dan kekeliruan orang ramai, BNM telahpun mengemas kini Portal Maklumat Bantuan COVID-19nya, di mana anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai langkah-langkah oleh BNM dan industri kewangan Malaysia untuk membantu Individu, PKS, dan Syarikat Korporat sewaktu pandemik Covid-19.

This image has an empty alt attribute; its file name is assidq_300x250px_bm01.jpg

Perlukan duit tambahan untuk membantu anda yang sedang dalam kesempitan? Klik sini sekarang!

Berikut merupakan beberapa ringkasan tentang moratorium bayaran balik pinjaman dan perkara yang berkaitan yang perlu diketahui oleh peminjam (Individu):

1. Faedah akan terus dikenakan (bagi pinjaman konvensional) dan keuntungan akan terus terakru/diambil kira (bagi pembiayaan Islam)

Buat mereka yang mendapatkan Pakej Penangguhan selama 6 bulan, faedah/keuntungan akan terus dimasukkan (terakru/diambil kira) ke dalam bayaran balik pinjaman/pembiayaan yang ditangguhkan dan peminjam/pelanggan perlu menunaikan pembayaran balik yang tertangguh pada masa akan datang.

Bagi pinjaman konvensional, faedah akan terus dikenakan ke atas baki yang belum dijelaskan yang merangkumi pinjaman pokok dan faedah (iaitu terkompaun) semasa tempoh moratorium. Walau bagaimanapun, beberapa institusi kewangan boleh membuat keputusan untuk tidak mengenakan kadar faedah kompaun semasa tempoh penangguhan. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang penangguhan ini di laman sesawang institusi kewangan anda.

Bagi pembiayaan Islam pula, keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) pada jumlah pokok yang belum dijelaskan. Namun begitu, keuntungan tersebut tidak akan dikompaun selaras dengan prinsip Syariah. Walau bagaimanapun, institusi kewangan tidak dibenarkan mengenakan bayaran penalti lewat atas jumlah tertunda. Dalam erti kata lain, bayaran balik pinjaman/pembiayaan hanya tertangguh selama 6 bulan.

2. Contoh bayaran bulanan pinjaman/pembiayaan perumahan selepas tempoh moratorium 6 bulan

A) Ansuran bulanan sebelum penangguhan: RM1,438
B) Ansuran bulanan selepas penangguhan: RM1,483

Dalam ilustrasi pinjaman perumahan konvensional ini, terdapat tambahan sebanyak RM45. Ia adalah berdasarkan andaian-andaian yang berikut:

  • Tiada tempoh lanjutan selepas tempoh penangguhan
  • Jumlah pinjaman – RM300,000
  • Kadar faedah – 4.6% setahun (kadar faedah kompaun tidak dikenakan semasa tempoh penangguhan)
  • Tempoh asal – 35 tahun, dan peminjam telah membayar balik selama 5 tahun 
  • Bayaran pokok dan faedah digantung semasa tempoh penangguhan
  • Baki belum jelas sebelum tempoh penangguhan – RM280,585
  • Jumlah baki belum jelas selepas penangguhan yang perlu dibayar balik dalam tempoh 29.5 tahun = RM287,038
This image has an empty alt attribute; its file name is assidq_300x250px_bm01.jpg

Perlukan duit tambahan untuk membantu anda yang sedang dalam kesempitan? Klik sini sekarang!

3. Penukaran baki kad kredit kepada pinjaman/pembiayaan bertempoh 3-tahun (Pakej Penukaran)

Semua pemegang kad layak menyertai pakej penukaran tanpa mengira tahap pendapatan mereka. Bagi pemegang kad yang terlepas 3 bulan pembayaran bulanan minimum berturut-turut, institusi kewangan akan menukar baki kad kredit secara automatik kepada pinjaman bertempoh dengan tempoh pinjaman sehingga 3 tahun.

Institusi kewangan juga akan memberikan alternatif kepada pemegang kad lain memilih pada bila-bila masa dari 1 April hingga 31 Disember 2020 untuk menukar baki kad kredit mereka kepada pinjaman bertempoh pada tempoh dan kadar yang sama seperti yang dinyatakan.

Sekiranya anda berjaya menyelesaikan baki pinjaman/pembiayaan ini, tiada penalti dikenakan untuk penyelesaian awal.

4. Pemegang kad kredit yang telah menukar baki kad mereka kepada pinjaman/pembiayaan bertempoh sehingga 3-tahun BOLEH memohon untuk mendapatkan 6 bulan penangguhan

Bayaran pinjaman/pembiayaan bagi pinjaman/pembiayaan bertempoh sehingga 3-tahun tersebut akan diteruskan selepas tempoh penangguhan.

5. Sekiranya baki belum jelas kad kredit peminjam/pelanggan yang belum dijelaskan ditukar kepada pinjaman/pembiayaan bertempoh, rekod CCRIS mereka TIDAK akan terjejas teruk

Rekod CCRIS anda tidak akan terjejas teruk, jika akaun kad kredit anda masih berbayar (tunggakan kurang daripada 90 hari) pada tarikh penukaran. Walau bagaimanapun, jika akaun kad kredit anda tidak berbayar (tunggakan melebihi daripada 90 hari), maklumat ini akan terus terpapar dalam rekod CCRIS anda. Akaun ini akan ditanda sebagai R&R dalam CCRIS.

Dengan portal dan FAQ yang dikemas kini BNM, diharap tiada lagi kekeliruan yang timbul. Anda juga boleh hubungi pihak BNM atau institusi kewangan anda untuk maklumat lanjut.

Kredit: AsSidq.com

Iklan

Bank Mana Paling Bagus Untuk Mohon Loan Perumahan? Staff Bank Ini Kata Ada 10 Faktor

Orang kata loan paling susah nak lulus adalah loan rumah, maklumlah jumlahnya besar. Mesti banyak syarat-syarat dari pihak bank. Para pembeli pula pastinya akan membuat survey bank-bank yang ada sebelum membuat permohonan. Tapi banyak pula terma yang tak biasa dengar, tanya kawan pun dia tak berapa pandai nak explain.

Jangan risau, nasib baik ada penerangan daripada salah seorang kakitangan bank sendiri, Bella Leana yang sudi berkongsi dengan kita. Jom baca perkongsian beliau di bawah.

Bank Mana Yang Bagus Nak Apply Pembiayaan Rumah?

Selamat Pagi.

Ramai yang PM bella tanya,

“Bella, bank mana yang paling bagus untuk apply loan rumah?”

Dan jawapan Bella untuk soalan ini…

Krik krik krik..

Sebenarnya, Bella takde jawapan kalau korang tanya Bella macam ni. Banyak faktor yang korang kena tengok dan bandingkan mengikut korang punya “game” atau kehendak..

1. Profit / Interest Rate

Kalau korang submit kepada a few banks, tengoklah rate mana yang paling rendah. Pilih yang sesuai dengan poket korang untuk bayar installment

2. Tenure (Tempoh Pembiayaan)

Tengok juga berapa lama loan korang tu approved. Sesuai dengan installment dan rate yang di offer atau tidak. Ada beza jika tahun dia berbeza.

3. Margin of Finance (MOF)

90%? 80%? 70%?

4. MRTT/MRTA + Other Related Fees (5%)

Ada tak bank bagi “extra” 5% untuk insurance or other related fees macam legal fee dan valuation fee? Kalau ada, berapa banyak pulak, kalau takde, berapa pula budget/cash yang korang perlukan. Benda ni sedikit sebanyak akan effect poket korang nanti. Jadi matchkan offer ni dengan korang punya budget and plan..

5. Terms & Condition

Semak “T&C”. Ini penting. Loan dah approve, korang semak T&C yang ditetapkan. Jangan main pakai sign je sebelum baca apa yang patut. At least go through dulu. Kalau tak faham, tanya banker yang proses loan korang tu.

☝ ramai orang terlepas pandang, dah signed dah disbursed baru tahu ada T&C lain..

6. Default Rate & Default Payment

Maksud dia – bila korang gagal bayar installment korang bagi “beberapa” bulan yang di tetapkan, automatically korang akan dikenakan caj mengikut default rate. Biasa nya default rate ni agak tinggi. Sebab dia guna BLR+. So rate korang mgkn jadi 9% to 10%.

Ini pun penting. Korang kene tahu “default” rate ni bila masa dikenakan. Most of the bank bagi tempoh 3 bulan. Tapi awas ada bank yang hanya bagi 1 bulan..

☝ ramai orang terlepas pandang

7. Coverage of Insurance (MRTT/MRTA)

Cek dengan banker tu, tempoh untuk coverage MRTT korang. Takut korang tak perasan tempoh dia. Kene tahu berapa amount coverage dan untuk berapa tahun..

8. Kos-kos Berkaitan

Cuba tengok dalam letter offer tu, ada tak fees lain yang kena bayar. Contohnya macam processing fee, stamp duty dan lain-lain.

9. Locked-in Period (LIP)

Ambil tahu juga jika pakej korang tu ada LIP atau tidak. Jika ada, berapa tempoh dia. Jika beli under construction, bila effective date LIP. Dari 1st disbursement atau final disbursement. Ini pun penting untuk planning/game korang.

Berapa pula penalty yang korang kena bayar kalau korang exit (jual/refinance) dalam tempoh LIP.

10. Pakej Pembiayaan

Double check loan korang tu Islamik atau Konvensional.. Full flexi atau semi flexi? Atau mungkin term loan. Benda ni pun korang kena tahu sebab setiap pakej ada benefit yang berbeza. Ada pro n cons.

Untuk yang beragama Islam, wajib untuk memilih pembiayaan Islamik.

Ini antara isi-isi penting yang korang perlu ambil tahu sebelum korang sign Letter Offer korang tu. Dah consider point-point di atas tu barulah korang tahu bank mana yang lebih sesuai untuk korang.

Jangan bilang Bank A lebih bagus daripada Bank B pada rakan-rakan taulan sehingga mereka “banned” Bank B. Sebab setiap orang mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza. Mungkin pakej yang Bank A offer lebih sesuai dengan korang tapi untuk rakan korang mungkin pakej Bank B yang lebih sesuai.

Walaupun korang nak “langgar” je dulu, ala-ala nak belajar dari pengalaman sendiri, tapi bila mana dah ada tips-tips FREE ni, take note je lah.. Sambil belajar dgn pengalaman sendiri, boleh lah tambah ilmu dari pengalaman orang lain..

Ambil sebagai guidelines/panduan.. Bende FREE kot… Ehh??

Kredit: FB Bella Leana

Jangan Tersalah Pilih dan Jangan Tergopoh-Gapah

Yang penting, cari dulu ilmu banyak-banyak sebelum nak commit dengan pembiayaan perumahan – sebab tempohnya yang lama. Ada yang dah berumur 70 tahun, masih terikat dengan installment rumah.

Tapi kata nak pencen umur 60, jadi nak kerja apa pula buat bayar hutang sampai umur 70?

Iklan

Peminjam TEKUN, Bank Rakyat Dan SME Bank Ditawar Tangguh Bayaran Disebabkan COVID-19

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mengumumkan tawaran penangguhan pembayaran balik pinjaman sehingga enam bulan kepada semua peminjam di bawah tiga agensinya.

Tiga agensi terbabit ialah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, Bank Rakyat dan SME Bank.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata, moratorium itu diputuskan selepas mengambil kira kesan wabak COVID-19 kepada ekonomi negara.

“Ini adalah tindakan yang diambil untuk mempertahankan ekonomi kita serta membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan peniaga yang mungkin terjejas dengan penularan wabak ini.

“Penangguhan pembayaran balik pinjaman ini adalah membabitkan semua pihak termasuk individu, bukan hanya kepada PKS atau syarikat sahaja.

“Kita mengharapkan selepas tempoh berkenaan, perniagaan yang terjejas boleh bermula semula dan mampu untuk membayar kembali hutang yang tertunggak selama enam bulan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena hari pertama mula tugasnya di kementerian berkenaan di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalannya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Ditanya sama ada tempoh moratorium itu akan dilanjutkan sekiranya wabak itu masih berlarutan, Wan Junaidi berkata, keputusan berkenaan akan diputuskan pada masa akan datang bergantung kepada situasi yang berlaku ketika itu.

Dalam pada itu beliau berkata, persepsi yang menganggap bahawa pembabitan Bumiputera dalam sektor koperasi masih belum boleh dibanggakan adalah sesuatu yang kurang tepat.

“Kalau kita lihat sebagai contoh, Bank Rakyat itu sendiri adalah bank kepunyaan koperasi dan ia adalah antara 10 bank koperasi terbesar di dunia.

“Jadi, mana mungkin boleh kita mengecilkan pergerakan koperasi di Malaysia. Bank Rakyat juga adalah salah satu bank terbesar di Malaysia dan mempunyai tanggungjawab besar untuk membangunkan usahawan tempatan.

“Justeru, kita mahu ubah persepsi ini. Negara pada masa ini mempunyai lebih 14,600 koperasi dan lebih 6.6 juta ahli di seluruh negara. Ia menjana pendapatan kepada negara sebanyak RM40 bilion setahun menjadikannya sebagai sebuah sektor yang penting untuk membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Sumber: BH Online

Tangguh Bayaran Sampai Keadaan Kembali Reda

Dapat juga kita menarik nafas lega dengan perkembangan terkini ini. Diharapkan juga bank-bank komersial dapat melakukan langkah yang sama.

Bukan taknak bayar, tapi bisnes dan punca pendapatan terjejas disebabkan wabak Covid-19 yang menular di seluruh dunia. InsyaAllah kita semua akan kembali bangkit apabila keadaan sudah kembali reda.

Bagi mereka yang terjejas dan terpaksa kerja dari rumah, boleh juga tingkatkan pendapatan dan ambil ilham daripada artikel-artikel ini:

Iklan

10 Sebab Kenapa Loan Rumah Anda Tak Lepas

Ramai tak tahu yang setiap bank mempunyai cara pengiraan dan penilaian yang tersendiri untuk menapis permohonan pembiayaan/pinjaman seseorang. Tiada garis panduan yang standard untuk semua bank. Tapi kalau anda bernasib baik kenal rapat dengan CEO bank, confirm senang lulus!

Sebaiknya, sebelum membuat permohonan anda semak dulu 10 kriteria penting ini agar kebarangkalian untuk bank luluskan lebih cerah. Jangan risau, tips ini diberikan oleh orang dalam industri bank sendiri iaitu Bella Leana. Baik baca dan fahamkan betul-betul. Sebab korang pun tak nak loan rumah tak lepas, kan?

Jom baca perkongsian beliau.


Ada banyak sebab loan kita boleh declined.. korang nak tahu tak sebabnya?
Ok Bella share sikit..

1. CCRIS history – Dalam tempoh setahun ni, kita pernah ada tunggakan bayaran 2 bulan dan berlarutan selama 3 bulan berturut-turut. Maksudnya dekat CCRIS kita tu ada nombor “2” sebanyak 3x. Walaupun dah “0” sekarang, tapi “sejarah” tu masih terlihat jelas. Kadang-kadang kalau kita tak justify kenapa kita ada sejarah tertunggak pun akan menyumbang ke arah loan “declined”.

2. Special Attention Acc (SAA) – Ada a few record SAA yang baru di selesaikan. Ada a few tu means lebih daripada 1 ok dan hutang tu baru sangat diselesaikan. Walaupun kita hantar sekali dengan Settlement Letter, tapi tetap effect juga. Case to case basis.

3. Baki Duit dalam Akaun Gaji – Ramai yang tanya Bella,

Berapa RM kena ada dalam akaun gaji?

Soalan ni terlalu “General” susah nak justify sebab setiap orang berbeza-beza. Cuma suka bella nak ingatkan, kalau baki dalam akaun gaji kita tinggal RM4.56 dan 15 hari sebelum next gaji, berat sikit lah. Lagi berat kalau tak ada justification.. tengok pulak ada “advance” gaji tapi tetap habis juga.

4. Property yang di beli – Selain daripada rekod kita, property yang kita beli tu pun mainkan peranan. Mungkin kita “terbeli” property di kawasan banjir. Atau market kawasan tu tak pernah naik walaupun dah lebih 10 tahun. Atau mungkin juga ada isu dengan status geran. Pendek kata, kena study sikit status hartanah yang kita nak beli tu. Jangan aci main hentam kromo saja.

5. Property yang dibeli melalui ahli keluarga terdekat. Mak ayah, adik beradik, mertua dan dan sebagainya. Bukan tak boleh, boleh. Tapi ada kes yang tak lepas di sebabkan status pembelian daripada ahli keluarga terdekat. Again, case to case basis.

6. Employment status – Mungkin jawatan kita sekarang ini berstatus kontrak dan syarikat tempat kita bekerja kita pula jenis “liat” nak bayar EPF. Jenis yang contribution bulan 1 tapi bayar pada bulan 5. Atau mungkin kita baru sangat pindah kerja, payslip baru hanya ada 1 bulan. Atau kita hanya ada Letter Offer kerja sahaja.

7. DSR + Cost of living – Lepas tolak segala komitmen, baki duit hanya ada a few hundred. Memang susah sikit lah nak lepas. Ye lah, kalau dah 80% gaji duk bayar hutang, nak hidup macam mana? Makan minum, utilities, mileage etc etc etc.

8. Dokumentasi – Dokumen tak lengkap. Bank statement takde, atau ada OT tapi bagi payslip cuma 4 bulan, sedangkan bank perlukan 6 bulan. Atau mungkin juga hanya bagi dokumen “basic” sahaja. Malas lah tu nak hantar banyak-banyak 😜

9. Tiada Saving – Dah lah gaji cun-cun jer, DSR exceed minimal percentage, baki akaun gaji pun kurang dari RM10, tapi saving sikit pun takde.. What? Simpan bawah bantal? Errr, ok!

10. Ada saving tapi baru minggu lepas bank in – Baki buku TH or ASB, baki ada 5 angka. Tapi tempoh simpan baru 5 hari. Then, tiada bukti duit tu dari mana. Pun masalah juga. Laaa, tadi takde saving nak saving, ni dah ada saving kenapa tak terima pula? Bukan tak nak terima, kalau tiada justification dan bukti transaksi, susah sikit lah.. sebab apa? Bank boleh fikir mungkin duit tu nak tumpang “parking” sekejap sebab nak bagi saving nampak “cun”. Kena faham lagi ni apa maksud saving.

Kredit: Bella Leana

OPR Naik, Pembiayaan Jadi Lebih Mahal Dan Mungkin Lebih Sukar Untuk Diluluskan

Pada 25 Januari yang lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) baru saja mengumumkan Kadar Dasar Semalaman / Overnight Policy Rate (OPR) telah naik sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus. Bahasa mudahnya, kadar pembiayaan menjadi lebih mahal kerana BNM mahu menggalakkan rakyat untuk menyimpan. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca Kadar Dasar Semalaman (OPR) Naik, Apa Kesannya Kepada Kita?

Adakah kriteria bank untuk meluluskan permohonan kita yang minta pembiayaan semakin ketat? Barangkali juga, kerana mereka mahu calon yang betul-betul layak sahaja diberikan pembiayaan.

Oleh itu, jangan putus asa dan berusaha dengan lebih kuat lagi untuk memperbaiki tahap kewangan anda.

Ambil Inisiatif Untuk Semak Sendiri Laporan Kredit (Credit Report) Anda

Dengan kemudahan internet dan semuanya kini di hujung jari, anda boleh dapatkan skor kredit (credit score) secara online saja. Dengan RAM Credit Info, mereka ada produk bernama RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini megandungi maklumat seperti i-Score (skor kredit), CCRIS, SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Contoh laporan RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP):

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi?

Sama macam CCRIS, kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna bayaran dibuat on-time setiap bulan.

Bukan mahal pun, hanya RM19.50 untuk mendapatkan laporan tersebut secara on-line.

Iklan
Do NOT follow this link or you will be banned from the site!