Ramai yang melabur dalam ASB Financing tetapi dengan cara yang kurang efisien. Kenapa? Sebabnya tak ada orang tolong guide.
Tak ada orang tolong betulkan.
Jangan risau, kami akan bantu anda.
Di sini dikongsikan 10 soalan biasa tentang pembiayaan ASB:
#1. Apa Beza Simpanan di ASB dengan ASB Financing?
ASB : Simpanan biasa dengan membeli unit ASB berharga tetap RM1.00 seunit melalui buku pelaburan. Pemberian dividen adalah tidak tetap (mungkin naik, mungkin turun). Penambahan unit boleh dilakukan di ejen-ejen Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang sah seperti Maybank, Maybank Islamic, CIMB Bank, RHB Bank, Pos Malaysia, Affin Bank, Bank Simpanan Nasional, Alliance Bank, AmBank, & AmBank Islamic.
ASB Financing: Pembiayaan yang dibuat dengan bank. Pihak bank belikan sijil ASB daripada ASNB dan pegang sijil tersebut. Jadi kita kena bayar ansuran bulanan kepada bank.
#2. Apa Beza ASB Loan dengan ASB Financing?
ASB Financing adalah pembiayaan ASB menggunakan pembiayaan Islamik. Bank yang menawarkan adalah CIMB Islamic & Maybank Islamic.
ASB Loan pula adalah menggunakan pinjaman konvensional. Bank yang menawarkan adalah RHB, Affinbank dan BSN.
Jadi kepada yang muslim, nanti pergi bank cakap “Saya nak buat ASB Financing, yang cara Islamic”, kata gitu…
#3. Jika Buat Pembiayaan ASB dan Tak Mampu Bayar Ansuran, Apa Akan Jadi?
Pembiayaan ASB berkonsepkan Islamik tidak ada penalti fees dan lock in period. Jika pembiayaan ASB tidak dibayar dalam dua bulan berturut-turut, sijil ASB anda akan dijual.
#4. Apakah Kesan Jika Saya Gagal Bayar Ansuran Bulanan Pembiayaan ASB?
Pembiayaan ASB akan masuk dalam sistem laporan CCRIS. Jika bayar balik dengan cantik, muncul angka 0000. Jika bayar tak konsisten, laporan CCRIS akan rosak. Ia menunjukkan anda tidak mampu mengurus kewangan dengan baik.
Pembiayaan ASB dengan CIMB takaful adalah pilihan. Jika matlamat pelaburan jangka pendek, tak perlu takaful.
#6. Takaful Dalam Pembiayaan ASB Untuk Apa?
Jika seseorang meninggal dunia ataupun mengalami kecacatan yang kekal. Jika ambil takaful, baki pembiayaan akan di tanggung oleh pihak takaful. Waris akan dapat nilai pembiayaan yang telah diambil.
Jika tak ambil takaful, pulangan prinsipal akan dipulangkan kembali selepas pihak bank terminate sijil tersebut. Waris langsung tidak akan terbeban dengan pembiayaan ASB jika apa- apa berlaku.
#7. Ambil Pembiayaan Selama 30 tahun. Dah Tua Baru Merasa Duit?
Ikut matlamat masing-masing. Tak semua orang buat pembiayaan ASB sehingga 30 tahun. Kalau nak buat 30 tahun, komitmen hanya setahun saja kan. Lepas tu rolling dividen saja.
Pembiayaan ASB tak ada lock in period jadi anda tak terikat dengan tempoh 30 tahun. Tujuan ikat tempoh 30 tahun mungkin bertujuan mendapat ansuran yang rendah. Jadi anda tak terbeban dengan ansuran bulanan.
#8. Boleh Tak Buat Pembiayaan ASB Banyak Sijil?
Kuota ASB seorang adalah RM200,000 dan gandaan sijil adalah gandaan 1,000 unit. Buat lah banyak sijil pun. Jika mampu komitmen hanya RM300 setiap bulan, buat dulu pembiayaan ASB RM50,000 dengan ansuran bulanan RM275.
#9. Jika Saya Buat Pembiayaan ASB, Tiba-Tiba Saya Diberhentikan Kerja. Macam Mana Ya?
Boleh terminate pembiayaan ASB tersebut. Itu pentingnya buat pembiayaan ASB yang tiada lock in period. Tak kena penalti fees.
Artikel ini adalah olahan MajalahLabur.com dari posting asal Amir Syahir. Kalau anda rasa perkongsian ini cukup bermanfaat, rajin-rajinlah follow beliau.
Dalam keadaan negara pada hari ini asyik dimomokkan dengan hutang yang banyak oleh menteri kewangan yg baru ramai saya lihat pelabur-pelabur sudah kluar dari memberi saham di malaysia. adakan ini melibatkan asb. mungkin tidak dividen lagi. kami yang menyimpan sedikit ni sangat takut,]. tulah duit kami untuk masa tua atau elok kami keluarkan semua melabur dengan cara lain pulak.
Saya ada buat kalkulator yang secara lansung terus mengira keuntungan untuk tempoh-tempoh tertentu. Contohnya kalau surrender loan 5 tahun, berapa dapat..
Faktor awal penubuhan Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera atau lebih dikenali sebagai ASB bukanlah satu perkara asing bagi masyarakat Malaysia, terutamanya yang majoritinya beragama Islam. Penubuhannya bermula pada era 1980-an ketika kerajaan berhasrat untuk melibatkan diri dalam bidang pelaburan secara serius. Pada peringkat awal, Amanah Saham Nasional (ASN) diperkenalkan dan diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pelancaran ASN memberi impak positif dalam pertumbuhan industri pelaburan di Malaysia walaupun hanya terdapat 11 dana unit amanah yang diperkenalkan dalam tempoh 10 tahun, iaitu dari 1980 hingga 1990. Dalam tempoh itu juga, banyak syarikat pengurusan unit amanah muncul, terutamanya institusi kewangan seperti bank yang memudahkan pemasaran dan pengagihan unit amanah melalui jaringan cawangan di seluruh negara.
Secara ringkasnya, penubuhan ASB bertujuan untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui pelaburan berstruktur berisiko rendah. Namun, persoalan tentang sejauh mana skim ini menepati kehendak syariah sentiasa menjadi perhatian utama, khususnya dalam kalangan masyarakat Islam.
Apakah itu ASB?
Sebelum membincangkan lebih lanjut mengenai kepatuhan syariah dalam ASB, penting untuk memahami konsep asas ASB. Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah dana unit amanah harga tetap yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh PNB. ASB menawarkan pelaburan jangka panjang dengan pulangan dividen yang stabil serta risiko kerugian minimum.
Antara syarat utama untuk melabur di ASB ialah individu mestilah Bumiputera. Namun, bagi bukan Bumiputera, peluang pelaburan masih terbuka melalui akaun Amanah Saham Nasional (ASN) dengan syarat warganegara Malaysia. Pelaburan awal di ASB sangat rendah, serendah RM10, menjadikannya lebih mudah diakses oleh semua golongan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan ini, timbul persoalan kepatuhan syariah ASB yang menjadi keutamaan bagi masyarakat Islam di Malaysia. Adakah ASB benar-benar menepati prinsip syariah?
Mengapa pelaburan ASB popular dalam kalangan masyarakat Islam?
ASB menjadi pilihan popular dalam kalangan pelabur Bumiputera kerana ia menawarkan risiko yang rendah dan pulangan yang stabil berbanding instrumen pelaburan lain. Nilai unit dalam ASB adalah tetap pada RM1, yang bermaksud pelabur tidak berdepan risiko kehilangan modal walaupun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.
Selain itu, ASB diuruskan oleh PNB, sebuah institusi pelaburan yang kukuh dan dipercayai, memastikan dana diuruskan secara profesional dan berhati-hati. Pulangan dividen dan bonus yang konsisten sejak penubuhannya menjadikan ASB lebih menarik, terutama dalam situasi ekonomi yang tidak stabil. Tambahan pula, pelaburan ASB mempunyai kecairan tinggi, di mana pelabur boleh mengeluarkan wang mereka pada bila-bila masa tanpa dikenakan caj penalti.
Dengan modal permulaan serendah RM10, ASB terbuka kepada semua golongan, termasuk mereka yang berpendapatan sederhana, menjadikannya instrumen pelaburan yang mudah, selamat, dan berbaloi untuk jangka panjang. Namun begitu, trend dividen ASB dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini menunjukkan penurunan yang ketara.
Pada tahun 2013, jumlah dividen dan bonus adalah 8.70 sen (7.70 sen dividen + 1.00 sen bonus), tetapi menurun kepada 5.25 sen pada tahun 2023 (4.25 sen dividen + 1.00 sen bonus). Penurunan ini dipercayai berpunca daripada keadaan ekonomi global yang mencabar dan pulangan pelaburan yang rendah. Tahun 2022 mencatatkan kadar terendah dalam tempoh 10 tahun, iaitu 4.60 sen, sebelum meningkat sedikit kepada 5.25 sen pada 2023. Walaupun begitu, ASB masih mampu memberikan pulangan yang stabil dan terus menjadi pilihan utama pelabur Bumiputera untuk simpanan jangka panjang.
Adakah ASB memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan pelabur Islam ?
Setelah mengetahui kelebihan pelaburan ASB, tidak dapat disangkal lagi bahawa ramai masyarakat dari kalangan Bumiputera, khususnya masyarakat Islam, memilih untuk terlibat dalam pelaburan ini. Hal ini disebabkan oleh manfaat yang diberikan, terutamanya dalam membantu mereka mengembangkan aset. Namun, persoalan yang lebih besar adalah, adakah ASB turut memberikan impak positif kepada pertumbuhan ekonomi dan pelabur Islam yang lain?
1. Pertumbuhan Pelaburan Patuh Syariah
Kajian yang dijalankan melalui jurnal “Demographic Determinant of Amanah Saham Bumiputera (ASB) Investment Choices Among Muslim Investors in Kelantan, Malaysia” menunjukkan peningkatan ketara dalam pertumbuhan pelaburan patuh syariah. Kajian ini mencatatkan nilai aset pelaburan ASB meningkat daripada RM107.32 bilion pada tahun 2019 kepada RM174.9 bilion pada tahun 2023, iaitu peningkatan sebanyak 62.96%.
Pertumbuhan ini membuktikan keutamaan yang semakin meningkat terhadap pelaburan patuh syariah dalam kalangan masyarakat Islam, mencadangkan bahawa pelaburan ASB semakin menarik perhatian pelabur Muslim. Oleh hal yang demikian, pertambahan penglibatan pelabur masyarakat Islam dalam pelaburan ASB secara tidak langsung telah mempengaruhi masyarakat yang lain malah ianya juga telah membuka mata terutamanya kepada institusi kewangan tentang kepentingan konsep islam yang berlandaskan patuh syariah seperti bank unutk menawarkan perkhidmatan atau produk seperti mudharabah dan murabahah. Kesannya, pertumbuhan kegiatan ekonomi Islam semakin rancak dijalankan oleh kerana peningkatan dalam pelaburan patuh syariah.
2. Peranan Wakaf ASNB dalam Menyokong Komuniti
Selain memberikan manfaat kewangan kepada pelabur, ASB juga memainkan peranan dalam menyokong komuniti Islam melalui inisiatif seperti Wakaf ASNB. Perkhidmatan ini menggabungkan konsep wakaf muabbad yang merangkumi pelaburan dunia dan akhirat. Dengan adanya perkhidmatan ini, pemegang unit ASNB boleh mewakafkan unit amanah mereka kepada sektor-sektor yang memerlukan bantuan kewangan, seperti sektor kesihatan dan pendidikan. Usaha ini bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan komuniti, tetapi juga memastikan modal pelaburan digunakan untuk tujuan yang bermanfaat dan memenuhi keperluan maqasid syariah.
3. Kesan kepada Sektor Ekonomi Islam
Peningkatan jumlah pelabur Muslim dalam ASB secara tidak langsung mengukuhkan ekonomi umat Islam. Modal yang disalurkan melalui pelaburan ini memberi manfaat kepada sektor ekonomi Islam, terutamanya kepada perniagaan dan projek-projek yang memerlukan peruntukan modal tinggi. Dengan pelaburan yang diselaraskan untuk menjaga kemaslahatan umat, ASB membantu merangsang aktiviti ekonomi, memperkukuhkan kestabilan kewangan, dan memberikan peluang kepada sektor-sektor ekonomi Islam untuk berkembang dengan lebih pesat.
Secara amnya, pelaburan ASB bukan sahaja memberikan pulangan kepada pelabur individu, malah turut menyumbang kepada pengukuhan ekonomiIslam dan kesejahteraan komuniti Muslim secara kolektif. Oleh itu, pelaburan ini jelas memberi impak yang positif khususnya kepada pelabur Islam .
Pandangan Ulama dan Fatwa
Pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sering menjadi topik perbincangan hangat di kalangan umat Islam di Malaysia. Isu ini bukan sahaja melibatkan aspek keuntungan kewangan, tetapi juga soal pematuhan terhadap prinsip syariah. Dengan pelbagai pandangan dan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berautoriti, ramai pelabur Muslim tertanya-tanya tentang hukum pelaburan ini dan kesannya terhadap ekonomi Bumiputera. Setelah mengetahui tentang sejarah penubuhan dan juga mengetahui tentang faktor ASB menjadi pilihan utama dalam kalangan masyarakat untuk melabur berbanding pelaburan lain di atas, semestinya akan timbul persoalan tentang adakah pelaburan ASB merupakan patuh syariah dan apakah hukumnya di fikiran pembaca. Namun, bagaimana kita sebagai umat Islam boleh memastikan pelaburan ini selari dengan prinsip syariah, dan adakah manfaatnya benar-benar melebihi mudaratnya?
Berdasarkan portal rasmi Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, mesyuarat jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang telah bersidang pada 14 sehingga 15 Ogos 2017 telah memutuskan bahawa pelaburan dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan juga Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen dan bonus yang diterima adalah harus.
Hal ini kerana mesyuarat jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang mendapati bahawa objektif Permodelan Nasional Berhad (PNB) adalah untuk meningkatkan ekonomi masyarakat bumiputera di Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Ianya juga dikaitkan untuk menjaga maqasid syariah yang merangkumi 5 elemen iaitu memelihara agama,nyawa,akal,keturunan dan juga harta. Hasil daripada pelaburan ASB yang dilabur oleh masyarakat orang Islam dapat memelihara salah satu daripada lima mashalah utama yang syarak yang dikenali sebagai daruriyyat yang lima dari maqasid syariah.
Selain itu, dengan adanya pelaburan ASB, ianya dapat menjaga kepentingan negara Islam seperti kestabilan politik dan merancakkan ekonomi masyarakat Islam dengan membantu perniagaan atau syarikat yang berstatus Islam dengan menawarkan modal kepada entiti tersebut. Oleh hal yang demikikian, hasil dari keuntungan pelaburan saham tersebut (dividen) juga memberikan peluang kepada bumiputera yang majoritinya beragama Islam untuk mengembangkan asset sekali gus juga dapat merancakkan kegiatan jual beli dalam ekonomi Malaysia.
Dari pandangan pihak yang lain, pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) juga telah mendapat perhatian serius dari Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Pada tahun 2008 dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa pelaburan dalam ASB adalah harus berdasarkan prinsip maslahah dan menjaga kesejahteraan umat Islam. Keputusan ini diambil untuk mengelakkan kemudharatan yang lebih besar serta untuk memperkukuh penguasaan ekonomi Bumiputera.
Selain itu, ASB juga dianggap penting dalam menyokong maqasid syariah, terutama dalam menjaga harta umat Islam daripada disalahgunakan atau terdedah kepada risiko yang tidak halal. Walaupun terdapat unsur pelaburan yang tidak patuh syariah, majoriti pelaburan dalam ASB adalah dalam sektor yang halal dan memberikan manfaat ekonomi kepada masyarakat.
Beberapa negeri turut mengambil pendekatan serupa dalam mengharuskan pelaburan ASB berdasarkan prinsip maslahah. Wilayah Persekutuan, Kelantan, dan Sarawak adalah antara negeri yang menyokong keputusan ini, dengan menekankan kepentingan menjaga kepentingan umat Islam serta memastikan pelaburan yang dilakukan memberikan keseimbangan antara manfaat dan kerugian yang dibenarkan dalam konteks syariah. Setelah diperjelaskan di atas, secara kesimpulannya hukum pelaburan ASB adalah harus disebabkan mempunyai manfaat terhadap masyarakat Islam dan juga secara tidak langsung dapat membantu pertumbuhan ekonomi Islam.
Kesimpulan
Pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) terus menjadi subjek perbincangan yang popular dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Dari sudut ekonomi, ASB memberikan pelabagai kelebihan seperti pulangan yang stabil, risiko yang rendah, dan peranan penting dalam memperkukuhkan penguasaan ekonomi Bumiputera. Namun, dari perspektif syariah, pandangan para ulama dan fatwa yang dikeluarkan menunjukkan variasi pandangan berdasarkan penilaian terhadap unsur-unsur pelaburan dalam ASB.
Di samping itu, kita dapat lihat bahawa pelaburan ASB bukan sahaja memberi kelebihan kepada pelabur itu sendiri, malah ianya juga memberi kesan yang positif terhadap ekonomi dan pelabur Islam yang lain. Peningkatan dalam pertumbuhan pelaburan shariah telah membuktikan bahawa masyarakat Islam sangat mementingkan soal pelaburan untuk masa depan malah menjaga menitikberatkan kemaslahatan maqasid syariah antaranya ialah menjaga harta.
Terdapat juga pihak yang memainkan peranan yang penting untuk membantu ekonomi masyarakat Islam dengan mewujudkan saluran perkhidmatan yang dipercayai dan memudahkan pelabur ASB untuk memberi wakaf kepada golongan yang memerlukan. Hasil dari perkhidmatan ini secara tidak langsung telah mengukuhkan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi Islam malah masyarakat Islam juga turut menikmatit pulangan modal yang berisiko rendah untuk mengalami kerugian.
Malah, fatwa yang mengharuskan pelaburan ASB menekankan prinsip maslahah dan maqasid syariah yang melindungi kepentingan umat Islam, manakala pandangan yang mengharamkan lebih cenderung kepada ketelitian terhadap unsur-unsur percampuran halal dan haram dalam pelaburan
Sebagai umat Islam, tanggungjawab kita adalah memastikan pelaburan yang dilakukan bukan sahaja memberikan keuntungan dunia, tetapi juga selari dengan prinsip syarak. Oleh itu, pelabur perlu sentiasa peka terhadap perkembangan fatwa dan memastikan keputusan pelaburan dibuat berdasarkan maklumat yang jelas, diiringi dengan niat yang ikhlas dan disusuli dengan kewajipan seperti membayar zakat apabila memenuhi syarat. Dengan pendekatan ini, pelaburan dalam ASB dapat memberikan manfaat yang maksimum kepada ekonomi umat Islam dan membawa keberkatan dalam kehidupan.
Artikel sumbangan: Nursofiana binti Ahmad Zawawi Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali ([email protected]) Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Saya nak tanye, boleh ke nak buat 2 sijil asb financing 200k, sekali satu masa?
tuan..bank yang mana lebih baik untuk buat asb financing ni?maybank atau cimb?
Dalam keadaan negara pada hari ini asyik dimomokkan dengan hutang yang banyak oleh menteri kewangan yg baru ramai saya lihat pelabur-pelabur sudah kluar dari memberi saham di malaysia. adakan ini melibatkan asb. mungkin tidak dividen lagi. kami yang menyimpan sedikit ni sangat takut,]. tulah duit kami untuk masa tua atau elok kami keluarkan semua melabur dengan cara lain pulak.
Saya ada buat kalkulator yang secara lansung terus mengira keuntungan untuk tempoh-tempoh tertentu. Contohnya kalau surrender loan 5 tahun, berapa dapat..
penerangan cara penggunaanya di sini
http://www.naimrahim.com/2018/05/27/download-kalkulator-asb-financing-di-sini/