3 Emosi Dalam Pelaburan Yang Harus Dielakkan

Kejatuhan harga saham akibat penularan wabak Covid-19 telah menarik ramai pelabur baru untuk melibatkan diri dalam pasaran saham. Kita semua pastinya tidak mahu terlepas peluang yang jarang untuk ditemui ini.

Lebih-lebih lagi apabila kita terbaca atau terdengar kisah rakan-rakan kita yang sedang membuat keuntungan berlipat kali ganda. Ini membuatkan ramai orang merasakan betapa mudahnya membuat keuntungan dalam pasaran saham.

Realitinya, untuk menjadi seorang pelabur yang berjaya, kita haruslah menguasai beberapa ilmu bagi mengelakkan diri dari membuat keputusan yang salah. Bijak dalam mengawal emosi merupakan salah satu kunci yang penting bagi pelabur selain bijak menganalisa pasaran.

Tanpa kawalan emosi yang baik, seorang pelabur boleh cenderung melakukan beberapa kesilapan yang akhirnya akan mengakibatkan kerugian yang besar.

Jom kita tengok 3 emosi yang perlu kita elak untuk menjadi seorang pelabur yang berjaya.

1. Perasaan Takut Terlepas Peluang (Fear of Missing Out)

Gangguan emosi ini paling banyak memerangkap pelabur pada harga yang tinggi. Kesilapan yang dilakukan oleh adalah membuat belian hanya kerana tidak mahu terlepas peluang untuk membuat keuntungan.

Perasaan ini mula timbul apabila mula mendengar atau membaca ramai pelabur yang sedang membuat keuntungan daripada saham yang sedang hangat pada ketika itu.

Perasaan tidak mahu terlepas peluang untuk membuat keuntungan yang sama akan mendorong mereka untuk mengetepikan trading plan mereka dan mula membuat belian walaupun tidak menepati ciri-ciri yang dicari.

Keputusan ini akhirnya memerangkap pelabur apabila jatuhnya harga saham selepas mereka membuat belian dan terpaksa menanggung kerugian akibat kesilapan yang dilakukan.

Dalam erti kata lain, ramai yang tersilap beli di puncak bahagia.

2. Membalas Dendam (Revenge Trading)

Pelabur yang mengalami kerugian dan dipengaruhi emosi akan lebih cenderung membuat belian kerana ingin membalas dendam. Mereka akan membuat belian dengan harapan dapat membuat keuntungan yang lebih besar daripada kerugian yang dialami.

Mereka juga cenderung untuk cuba membuat keuntungan pada saham yang pernah mengakibatkan kerugian kepada mereka sebelum ini. Untuk memenuhi harapan mereka, pelabur sanggup menggandakan saiz pelaburan agar dapat membuat keuntungan yang besar dalam masa yang singkat.

Pengaruh emosi ini perlu dielakkan kerana ianya boleh mengakibatkan pelabur mengalami kerugian yang lebih besar.

3. Tidak Dapat Menerima Kerugian (Inability to Accept Loss)

Setiap pelabur pasti pernah melakukan kesilapan, mana ada orang asyik untung saja dan tak pernah rugi. Namun, apa yang membezakan mereka adalah pelabur yang bijak mengawal emosi akan bersedia menerima kesilapan dan kerugian yang dilakukan dan perbaiki kesilapan tersebut agar tidak berulang.

Keputusan ini kebiasaannya akan dipengaruhi emosi yang tidak dapat menanggung kerugian. Kekeliruan ini akhirnya membuatkan pelabur mengabaikan paras cut loss dan mengambil keputusan untuk menjadi pelabur jangka masa panjang dengan harapan harga akan kembali pulih.

Keadaan ini akan memberi kesan buruk apabila harga saham terus menurun dan mengakibatkan kerugian yang lebih besar.

Kalau Asyik Rugi, Elok Muhasabah Diri

Tanpa kita sedari, kita sendiri mungkin pernah melakukan kesilapan-kesilapan ini. Namun, segala pengalaman itu akan menjadikan kita seorang pelabur yang lebih baik.

Apa yang penting, kita terus belajar dan bijak mengawal emosi agar menjadi seorang pelabur yang berjaya satu hari nanti.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.