3 Perkara Penting Dalam Trading Plan

Dalam pelaburan saham, persoalan yang selalu timbul dalam kalangan pelabur adalah saham apa yang boleh dibeli dan bilakah masa terbaik untuk membuat pembelian. Bagi menjawab persoalan itu, sudah pasti para pelabur akan menggunakan ilmu Analisis Fundamental dan juga Analisis Teknikal.

Namun begitu, dua jenis analisis tersebut sememangnya penting dan terbukti membantu para pelabur dan terdapat satu lagi perkara yang sering pelabur alpa, trading plan.

Dengarnya remeh, tapi apa kata jika anda buat dahulu trading plan anda dan lihat kesannya.

Tak tahu apa fungsi trading plan dan tak tahu apa yang perlu ada dalam trading plan anda?

Jom tonton 3 perkara penting dalam trading plan. Semoga bermanfaat.

Trading plan merupakan satu rekod pembelian saham anda. Maklumat-maklumat penting berkenaan pelaburan anda perlu direkodkan. Cuba bayangkan jika dalam tempoh masa 6 bulan, berapa jual beli saham yang berlaku.

Ada yang untung, ada yang rugi. Tapi adakah anda ingat dan yakin teknik belian mana yang membuat keuntungan dan kerugian tanpa melihat semula kepada rekod?

3 perkara ini merupakan perkara asas dan penting perlu ada dalam trading plan anda.

  1. Harga belian
  2. Harga sasaran
  3. Stop loss

Harga belian adalah harga ketika anda membuat pembelian saham tersebut. Untuk membantu anda pada masa hadapan, anda boleh meletakkan juga sebab kenapa anda membeli saham tersebut dan kenapa pada harga tersebut.

Harga sasaran merupakan harga jualan yang anda sasarkan selepas mendapat keuntungan. Harga ini boleh ditentukan melalui beberapa perkara seperti yang ditunjukkan dalam video di atas.

Stop loss pula merupakan satu harga yang ditentukan oleh pelabur untuk meminimumkan kerugian. Ini boleh dilakukan menggunakan kadar peratusan kerugian yang anda sanggup rugi dan juga berdasarkan analisis teknikal.

Itulah 3 perkara penting dalam trading plan yang perlu ada. Seringkali para pelabur alpa akan perkara ini dan betapa pentingnya rekod ini untuk membantu anda menganalisis keuntungan dan kerugian pelaburan saham anda.

Semoga ilmu kali ini bermanfaat dan dapat membantu anda berjaya dalam dunia pelaburan!

Video ini dibawakan khas oleh Asri Ahmad Academy. Jika anda betul-betul ZERO dalam pelaburan saham, anda boleh mendaftar webinar anjuran Asri Ahmad Academy & Bursa Malaysia di sini.

Previous ArticleNext Article

Untung KPJ Healthcare Meningkat Kepada RM365.92 Juta

KUALA LUMPUR: KPJ Healthcare Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan bersih kepada RM365.92 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 berbanding RM353.81 juta pada tahun sebelumnya.

Pendapatan turut berkembang kepada RM4.25 bilion daripada RM3.89 bilion setahun lalu, sebahagian besarnya disumbangkan jumlah lawatan pesakit yang lebih tinggi, menurut makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Syarikat itu turut mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak 1.35 sen sesaham bagi tahun kewangan 2026, berjumlah RM59.2 juta, yang akan dibayar menjelang 17 April 2026.

Bilangan katil operasi meningkat empat peratus tahun ke tahun sejajar pengembangan kapasiti, manakala kes pembedahan naik 11 peratus dan purata hasil bagi setiap pesakit dalam bertambah tujuh peratus, mencerminkan pertumbuhan berterusan aktiviti pesakit di seluruh rangkaian.

KPJ Healthcare kekal memberi tumpuan kepada keseimbangan antara kadar penggunaan kemudahan, kualiti klinikal dan disiplin kos dalam persekitaran yang masih berdepan tekanan tenaga kerja serta peningkatan kos sektor penjagaan kesihatan.

Presiden dan Pengarah Urusannya, Chin Keat Chyuan, berkata tahun kewangan 2025 memperlihatkan kemajuan jelas dalam memperkukuh kualiti hasil, kecekapan operasi dan integrasi sistem di seluruh kumpulan.

“Tahun kewangan 2025 mencerminkan kemajuan yang jelas dalam memperteguh kualiti hasil, kecekapan operasi serta integrasi sistem di seluruh kumpulan. Pertumbuhan yang disokong oleh permintaan pesakit yang berdaya tahan, penambahbaikan campuran kes dan peningkatan keupayaan pakar kini mengubah komposisi perkhidmatan KPJ ke arah perkhidmatan berakuiti tinggi yang menjana nilai lebih besar,” katanya dalam kenyataan berasingan hari ini.

Chyuan berkata fasa seterusnya pertumbuhan KPJ Healthcare akan dipacu penumpuan terhadap kecerdasan buatan, genomik dan penjagaan berasaskan nilai dalam model operasi yang lebih bersepadu.

Menurutnya, kumpulan itu kekal optimistik secara berhati-hati terhadap prospek 2026, disokong program pengoptimuman aset dan pengembangan kapasiti berterusan serta usaha meningkatkan kecekapan operasi.

– BERNAMA