4 Perkara Penting Kita Kena Tahu Berkenaan Dividen Saham

Dalam pelaburan saham, ada dua teknik untuk mengaut keuntungan iatu melalui capital gain (beli pada harga murah, jual pada harga lebih tinggi) dan dividen (syarikat akan bagi dividen jika beroleh keuntungan).

Untuk mendapatkan keuntungan dari pemberian dividen, kita perlu memilih saham yang stabil dan konsisten dalam pemberian dividen setiap tahun.

Kaunter ini boleh dikenalpasti melalui penyata kewangan syarikat dengan memilih kaunter yang menghasilkan keuntungan yang meningkat dari tahun ke tahun. Apabila syarikat untung, mereka akan berkongsi hasil keuntungan tersebut dengan para pelabur melalui kaedah pemberian dividen.

Kali ini kami akan kongsikan perkara teknikal yang perlu kita tahu dalam dividen:

1. Ex-Date (Ex-Dividend Date)

Sumber: Bursa Malaysia

Tarikh ini adalah tarikh terakhir untuk melayakkan kita menerima dividen jika melabur dalam sesebuah kaunter. Sebagai contoh, ex-date kaunter Opensys adalah pada 11 Disember 2020, jadi jika kita beli saham Opensys pada 10 Disember 2020, kita masih layak menerima dividen.

Tak perlu tunggu sehingga setahun untuk mendapatkan pulangan dividen tersebut. Nak jual pada tarikh 11 Disember 2020 pun silakan.

2. Entitlement Date

Tarikh ini adalah di mana syarikat telah merekodkan pelabur yang layak menerima dividen. Entitlement date berlaku selepas ex-date.

3. Entitlement Subject

Setiap syarikat mempunyai kaedah yang berbeza dalam pemberian dividen. Ada yang bagi setahun sekali, setahun dua kali, setahun tiga kali, dan setahun empat kali.

Entitlement subject ini merujuk kepada jenis dividen yang kita akan dapat sama ada first, interim, atau final dividend.

4. Payment Date

Tarikh ini adalah tarikh yang paling ditunggu-tunggu.

Ianya adalah tarikh di mana pihak syarikat akan membayar dividen kepada para pelabur. Dividen tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang kita daftarkan semasa membuka akaun CDS.

Jika kita mendaftar menggunakan akaun simpanan Maybank, maka dividen akan dimasukkan ke dalam akaun tersebut.

Cara paling mudah untuk menilai dividen adalah melalui Dividend Yield. Jika dividend yield tinggi, bermakna pihak syarikat memberikan pulangan yang tinggi kepada para pelabur bagi setiap sen yang dilaburkan.

Formulanya adalah:

Dividen Saham / Harga Semasa Saham

Sekarang dah tahu beberapa perkara teknikal mengenai dividen? Itulah yang menariknya berkenaan pelaburan saham. Kita tidak perlu menunggu setahun untuk dapatkan dividen.

Baca: Syarikat Yang Beri Dividen Tertinggi Di Bursa Malaysia

Beli sebelum ex-date, jual pada tarikh ex-date, kita masih lagi layak mendapatkan pulangan dividen. Tetapi harga saham akan adjust sedikit, bergantung kepada kadar dividen yang diberi.

Ditulis Oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain

Belajar dan Terus Belajar!

Ada banyak video YouTube dan ebook yang ajar teknik-teknik asas untuk buat duit di pasaran saham.

Buku pun banyak boleh dibeli secara online. 

Alhamdulillah buku Malaysia Melabur Saham telah terbit. Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Buku Malaysia Melabur Saham

Kenapa Kena Beli Buku Ini?

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
  • Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
This image has an empty alt attribute; its file name is 210115-MMS-Isi-Kandungan-1200x800-ONPAY-700x467.jpg
This image has an empty alt attribute; its file name is 210106-MMS-Isi-Kandungan-1200x800-ONPAYpg3-2-700x467.png

Testimoni

“Buku ini memang sangat membantu bagi mereka yang nak mulakan langkah pertama dalam pelaburan saham”- TUAN HAJI MOHD ASRI AHMAD (MSTA,CFTe), Master Trainer Asri Ahmad Academy, Bursa Marketplace Social Influencer of the Year 2018

“Dalam dunia pelaburan saham ni banyak cabangnya, dengan membaca buku ini anda tahu nak mula”- TUAN HAJI ZAINAL ARIFFIN OSMAN (MSTA, CFTe, IFTA, UKSTA, MATA), Certified Technical Analyst, Senior Vice President Inter-Pacific Securities

“Dengan membaca buku ini, ianya dapat membantu kita agar tak tersalah langkah dalam melabur saham”- TUAN NAZARRY ROSLI (CCFT, CFP, MSTA, CFTe), Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI)

Buku Malaysia Melabur Saham kini dibuka untuk jualan. Tempah sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami akan kongsikan step by step cara guna strategi Swing dalam saham.

Webinar Swing Trading Intensif

• 9 – 10 Sept 2023, Sabtu – Ahad
• 9.00 pagi – 5.00 petang
• Melalui ZOOM

Daftar di sini: https://thekapital.my/swing

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.