Austin Russell, Pengasas Luminar Yang Menjadi Bilionaire Pada Usia 25 Tahun

Ketika ekonomi dunia merudum disebabkan krisis pandemik ini, ramai di kalangan kita diberhentikan bekerja dan terjejas daripada segi kewangan. Malaysia juga tidak terkecuali mengalami situasi yang sama. Sebahagian besar yang sudah tidak bekerja ini telah pun mengeluarkan wang simpanan bagi menampung kehidupan.

Walaupun begitu, tidak semua orang yang terjejas dengan kegawatan ekonomi yang sedang berlaku, malah ada yang telah berjaya menjadi billionaire.

Jom kita tengok bagaimana Austin Russell telah berjaya menjadi seorang bilionaire pada usia muda walaupun beliau merupakan seorang pelajar yang tak menghabiskan pengajian di peringkat universiti.

Siapa Austin Russel Dan Bagaimana Luminar Bermula?

Austin Russell dilahirkan di California, Amerika Syarikat. Pada tahun 2012, beliau telah keluar daripada Universiti Stanford bagi memasuki program yang diselia oleh Peter Thiel. Beliau merupakan salah seorang pengasas PayPal dan terkenal sebagai seorang mentor yang menyediakan program keusahawanan yang dikenali sebagai Thiel Fellowship.

Di dalam program Thiel Fellowship ini, Peter Thiel akan memberi geran sebanyak USD100,000 kepada peserta yang terpilih menyertai programnya itu dan akan memberi tunjuk ajar kepada perserta sehingga mereka berjaya. Di antara peserta yang telah berjaya di dalam program Thiel Fellowship ini adalah pengasas OYO yang kini bernilai berbilion dollar.

Austin Russell juga telah mendapat bantuan dan tunjuk ajar dari Peter Thiel dalam membangunkan syarikat Luminar. Selain menjadi mentor kepada Austin Russell, Peter Thiel juga merupakan salah seorang pelabur terawal di dalam syarikat tersebut dan membantu di dalam proses penyenaraian IPO untuk Luminar.

Bagaimana Austin Russell Boleh Jadi Bilionaire?

Austin Russell yang menjadi pengasas Luminar pada tahun 2012 ketika usianya baru 17 tahun. Ianya merupakan sebuah syarikat yang membangunkan perisian pemanduan automatik yang boleh digunakan oleh mana-mana kenderan pada masa hadapan.

Perisian pemanduan automatik merupakan salah satu terknologi yang sedang giat dibangunkan oleh kebanyakan syarikat di Silicon Valley seperti Google dan Apple.

Kredit Gambar: Daily Mail

Luminar mendapat perhatian para pelabur kerana yakin bahawa syarikat ini bakal menjadi syarikat yang boleh bersaing dengan syarikat gergasi pada masa hadapan. Austin Russell telah mengapungkan saham syarikatnya pada minggu lepas di Nasdaq dan harga saham syarikat ini telah naik sehingga 30% pada hari pertama didagangkan.

Harganya yang naik ke paras USD23 seunit telah membawa market valuation Luminar menjadi USD7.8 bilion. Beliau yang memiliki 30% saham syarikat telah menjadika dirinya seorang bilionaire dengan kekayaan sebanyak USD2.4 bilion.

Tesla vs Luminar

Seperti yang kita sedia maklum, Tesla merupakan syarikat kenderaan termaju di dunia daripada segi penawaran teknologi berbanding dengan syarikat kenderaan yang lain. Di antara faktor yang menyebabkan Tesla selangkah ke hadapan kerana mereka merupakan syarikat kenderaan terawal yang memperkenalkan sistem pemanduan automatik.

Ini telah menjadikan Tesla sebagai pesaing utama kepada Luminar di dalam sistem pemanduan kenderaan secara automatik. 

Kredit Gambar: Daily Mail

Walaupun teknologi yang ditawarkan sama iaitu pemanduan kereta secara automatik, tetapi sistem yang digunapakai oleh Lumar dan Tesla adalah sangat berbeza. Tesla menggunakan teknologi AI bersama dengan kamera untuk berfungsi manakala Luminar mengunakan teknologi LIDAR. Teknologi ini menggunakan sensor dan laser untuk berfungsi.

Elon Musk menyelar teknologi Luminar kerana baginya pengunaaan teknologi LIDAR  adalah sesuatu yang kurang bijak di dalam menghasilkan kenderaan pemanduan automatik disebabkan kos penghasilan kenderaan tersebut akan meningkat.

Walaupun mendapat kritikan Elon Musk, Luminar telah mendapat kontrak dengan Volvo untuk menghasilkan kenderaan pemanduan automatik yang dijangka akan keluar pada tahun 2022.

Sumber Rujukan:

Sesiapa yang rasa nak mulakan perubahan tetapi masih rasa kurang keyakinan diri. Rasa lemah semangat untuk bertindak. Rasa macam semua benda dia buat, tak menjadi. Penat buat kerja. Pernah rasa nak GIVE UP! Hampir BURN OUT!

Dapatkan buku “Percaya Sebelum Berjaya” Edisi Terkini. Apa bestnya buku ni?

InsyaAllah, Buku PSB ni telah terbukti membantu beribu pembacanya untuk:

🔥 Lebih bermotivasi untuk mengejar impian dan cita-cita

🔥 Lebih keyakinan untuk berhadapan dan mengatasi masalah yang menghalang impian tercapai

🔥 Lebih jelas bagaimana untuk mengatasi mental block yang menyebabkan usaha anda terbantut

🔥 Lebih konsisten dengan usaha dan tindakan agar pantas mencapai kejayaan.

🔥 Mencapai ketenangan yang luar biasa kerana mampu berdamai dengan kekecewaan demi kekecewaan

Dapatkannya sekarang di -> www.PercayaBerjaya.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.