5 Saham Yang Seorang Newbie Perlu Elakkan

Sejak pandemik COVID-19, pasaran saham menjadi tumpuan hangat untuk pelabur membuat keuntungan dari jual beli saham. Namun, tidak semua pelabur berjaya membuat untung malahan lagi ramai yang rugi sebenarnya terutamanya pelabur ‘Newbie’. Oleh itu, pelabur newbie dinasihatkan untuk mengelakkan saham dengan 5 ciri di bawah.

1. Waran

Warrant dalam Bahasa Malaysia di sebut sebagai waran. Waran adalah antara istilah dalam saham yang pelabur-pelabur akan selalu jumpa. Jika kita membuka kaunter stok, pasti kita akan dapati kaunter di belakang nama kaunter tersebut ialah huruf: WA, WB, WC, WD, WE, CA, CB, CE, CD, WR, dan HB.

Ia adalah bukti kelayakan yang membolehkan seseorang membeli saham syarikat pada harga diskaun dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bagaimanapun, pemilik waran itu bukan pemegang saham. Ini kerana saham sebenar masih belum dimiliki.

Dalam erti kata lain, pemegang waran tidak layak untuk sebarang dividen dan bonus yang akan ditawarkan oleh syarikat. Paling penting, mereka tidak layak mengundi untuk mesyuarat agung tahunan syarikat.

Kenapa waran berisiko? Ini kerana setiap waran yang dikeluarkan mempunyai tarikh luput. Semakin hampir waran dengan tarikh tamat tempoh, semakin sedikit keuntungan yang akan kita perolehi disebabkan oleh pelbagai faktor seperti harga yang tinggi dan manipulasi pihak ketiga.

Di samping itu, ini disebabkan oleh risiko pengeluar waran. Risiko ini ialah jika syarikat yang mengeluarkan waran gagal memenuhi kewajipannya semasa pelaksanaan waran, maka yang rugi ialah pelabur.

Akhirnya, terdapat risiko pasaran. Ini kerana harga yang terlalu rendah berkemungkinan membawa kepada MANIPULASI WARAN.

Pelabur yang mempunyai jumlah dana yang besar akan membeli dalam kuantiti yang banyak untuk menaikkan harga. Apabila harga berubah, pelabur lain juga berpendapat bahawa waran itu menguntungkan, jadi mereka mula memasuki pasaran. Tetapi sebenarnya, kuantiti yang  berskala besar adalah strategi untuk jerung ini mengaut keuntungan.

2. Penny Stock

Saham penny adalah salah satu saham yang menarik perhatian orang ramai. Murah dan bagus, super sen kurang daripada 20 sen. Ini kerana saham murah mudah dimanipulasi. Stok murah dan harga naik dengan cepat. Sebelum nak beli saham penny ini, kita perlu tengok juga QUARTER REPORT COMPANY.

Sebagai contoh, kita melihat bahawa harga saham GETS Global meningkat sebanyak 717.65% pada Ogos 2020, dan syarikat itu kerugian wang dan tidak membayar dividen. Syarat syarikat mengagihkan dividen kepada pelabur mestilah syarikat mempunyai keuntungan baru untuk mengisytiharkan dividen.

Dari gambar ini, kita boleh lihat ada pendapatan, tetapi kerugian yang dialami oleh syarikat GETS Global ini semakin lama semakin besar. Oleh itu, berhati-hati dengan saham berharga rendah yang mengalami kerugian.

Ketakutan terhadap saham sebegitu selalu digambarkan istilah ‘goreng‘ atau dengan kata lain ‘Pump and Dump’.

3. Saham Yang Baru Mengeluarkan Berita

Berita terbahagi kepada dua jenis iaitu berita yang baik dan berita yang buruk untuk syarikat. Berita yang buruk semestinya perlu dielakkan oleh pelabur kerana kebiasaannya harga saham akan jatuh. Namun, berita yang baik juga tidak menjamin harga saham untuk naik.

Berita di atas merupakan contoh kesan berita buruk kepada saham syarikat. Ia telah dikeluarkan pada 25 November 2021 yang mengumumkan Dyson telah membatalkan kontraknya dengan ATAIMS.

Selepas berita ini dikeluarkan, harga saham ATAIMS telah jatuh mendadak pada hari itu dan hari seterusnya.

Pemegang saham terbesar Genetec akan menjadi salah satu pemegang saham dalam syarikat WZ Satu Bhd merupakan antara berita baik bagi syarikat tersebut. Namun berita baik tidak menjamin harga saham untuk naik dan kekal naik.

Carta di atas menunjukkan harga saham WZSATU berlaku gap up ketika pasaran dibuka pada 18 Nov akan tetapi kenaikan ini tidak kekal apabila pasaran ditutup di bawah harga buka pada hari dagangan tersebut. Oleh itu, ramai pelabur yang membeli saham itu berdasarkan berita tersebut telah mengalami kerugian.

4. Saham Ketika Musim Quarter Report

Quarter Report (QR) syarikat akan memberikan kesan kepada kenaikan dan penurunan harga saham. Secara teorinya, laporan kewangan yang baik akan mendorong harga saham untuk naik manakala laporan kewangan yang kurang baik akan mendorong harga saham untuk turun.

Para pelabur terutamanya pelabur newbie dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang belian ke atas saham yang bakal mengumumkan laporan kewangan.

Di bawah merupakan senarai QR bagi saham SCNWOLF.

Kita boleh menjangkakan tarikh pengumuman QR seterusnya akan dikeluarkan berdasarkan tarikh-tarikh QR yang lepas. Contoh dapat dilihat pada gambar di atas yang mana Q1 Sep 21 dikeluarkan pada 30 November 2021 manakala Q1 Sep 20 dikeluarkan pada 27 November 2020 yang sekaligus menunjukkan tarikh pengumuman bagi kedua-dua penggal yang sama adalah lebih kurang sama.

Oleh itu, kita dapat menjangkakan bahawa pengumuman QR untuk penggal kedua adalah pada tarikh 21 Februari 2022.

Apa yang kita dapat lihat dari saham SCNWOLF di atas (di dalam bulatan) ialah kesan daripada QR yang tidak baik apabila syarikatnya telah kerugian sebanyak RM3,839,000. Harga telah gap down ketika pasaran dibuka dan mendadak jatuh kebawah walaupun pada hari sebelumnya saham tersebut membuat kenaikan yang agak tinggi.

Bayangkan jika pelabur membeli saham pada hari sebelum pengumuman QR tersebut tentulah mengalami kerugian yang amat besar. Oleh itu, pelabur newbie dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada membuat pembelian sebelum pengumuman QR bagi mengurangkan risiko kerugian.

5. Saham ‘Pump and Dump’

‘Pump and Dump’ berlaku apabila harga suatu saham itu naik dan turun secara mendadak. Sindiket saham gemar memanipulasi harga saham yang mempunyai ciri-ciri seperti kaunter saham yang murah atau dikenali sebagai penny stock.

Ini kerana operator tidak memerlukan wang yang begitu banyak untuk memanipulasi harga saham jenis ini. Tambahan pula, pelabur newbie amat gemar sekali kaunter- kaunter jenis ini katanya ‘untung besar’ dan ‘dapat banyak lot’.

Contoh kaunter di atas merupakan antara saham murah yang mungkin telah dimanipulasi oleh operator. Kita dapat lihat permulaan kenaikan pada awal Februari 2021 yang kemudiannya telah naik secara mendadak pada pertengahan bulan Mac 2021 dari harga 30 sen kepada RM 1.00 pada akhir bulan Mac.

Saham ini melakukan kenaikan lebih 200% dalam masa tidak sampai setengah bulan. Namun, saham yang naik cepat pasti juga akan jatuh cepat. Sekarang, Saudee hanyalah beharga bawah 10 sen sahaja iaitu telah jatuh hampir 95% dari harga puncak kenaikan sebelum ini.

Selain dari 5 ciri di atas, perkara yang paling penting sekali sebenarnya ialah ilmu. Jangan sesekali berkira untuk mengeluarkan duit untuk belajar kerana nanti lebur juga dalam kerugian.

Ingat! Belajar itu tidak rugi tetapi yang rugi itu jikalau tidak belajar.

Penulis boleh dihubungi di:

Muhammad Rafie Bin Khairul Anuar ([email protected])
Muhammad Syahmi Aiman Bin Lukman ([email protected])
Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali ([email protected])
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Nama saham yang ditunjukkan adalah merupakan contoh untuk tujuan pendidikan sahaja. Ia bukan bertujuan sebagai saranan belian.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama korang. Bila faham isi kandungan buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain!

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak ketenangan, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini. Misi kami agar dapat menyebarkan ilmu yang bermanfaat dalam bidang kewangan dan pelaburan.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

SC Dakwa Bekas Ketua Pegawai Kewangan Kerana Menyebabkan Kerugian Salah Kepada AT Systematization Berhad

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mendakwa seorang bekas Ketua Pegawai Kewangan AT Systematization Berhad (ATS) (kini dikenali sebagai Erdasan Group Berhad), di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana menyebabkan kerugian salah berjumlah RM7.821 juta kepada syarikat tersebut.

Yong Man Chai (Yong), 47, berdepan 20 pertuduhan di bawah seksyen 317A(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) kerana didakwa membuat bayaran berjumlah RM7.821 juta kepada lima syarikat dengan niat untuk menyebabkan kerugian salah kepada ATS.

Syarikat-syarikat tersebut ialah Delta Million Dynamic Sdn Bhd, Midas Mode Sdn Bhd, LMC Multi Trading, Midland Sands Sdn. Bhd. dan Silver Metal Sdn. Bhd.

Kesalahan-kesalahan itu berlaku antara Julai 2020 dan Oktober 2021 di Petaling Jaya, Selangor.

Di bawah seksyen 317A(1) CMSA, seorang pengarah atau pegawai bagi sesebuah syarikat tersenarai atau mana-mana syarikat berkaitannya tidak boleh melakukan apa-apa dengan niat untuk menyebabkan kerugian salah kepada syarikat tersenarai tersebut atau syarikat berkaitannya.

Jika disabitkan kesalahan, Yong berdepan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10 juta.

Yong mengaku tidak bersalah terhadap semua 20 pertuduhan di tiga mahkamah berasingan dan telah dibenarkan ikat jamin berjumlah RM350,000.

Yong, yang hadir di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Puan Norma binti Ismail, dibenarkan ikat jamin sebanyak RM160,000 dengan dua penjamin tempatan. Beliau juga diarahkan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri kepada pegawai penyiasat SC di pejabat SC setiap bulan sebagai syarat tambahan jaminan oleh mahkamah.

Secara berasingan, Yong dibenarkan ikat jamin RM120,000 dan RM70,000 masing-masing di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Puan Suhaila binti Haron dan Tuan Azrul bin Darus. Kedua-dua mahkamah mengenakan syarat tambahan jaminan yang sama.

Sebelum ini pada 8 Oktober 2025, bekas Pengarah Urusan ATS, Choong Lee Aun telah didakwa kerana menyebabkan kerugian salah berjumlah RM16.35 juta kepada syarikat tersebut.

Pertuduhan yang dikenakan terhadap Yong hari ini dimungkinkan melalui kerjasama rapat antara SC dan kedua-dua agensi penguatkuasaan undang-undang dalam dan luar negara.

Usaha bersama ini mencerminkan komitmen untuk memastikan pelaku kesalahan undang-undang sekuriti dibawa ke muka pengadilan. SC ingin merakamkan penghargaan kepada Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (INTERPOL) dan Keselamatan Penerbangan Lapangan Terbang Malaysia (AVSEC) atas bantuan yang tidak ternilai.