5 Sebab Anda Kena Melabur Dalam PMB Shariah Global Equity Fund

Nak mula melabur pada hari ini sangat mudah. Dengan beberapa klik sahaja seseorang itu dah boleh mula melabur. Bukan sahaja melabur pasaran dalam negara, tetapi melabur pasaran antarabangsa. Banyak pilihan yang kita ada sekarang.

Baru-baru ini, PMB Investment Berhad atau lebih dikenali sebagai PMB Investment telah melancarkan dana PMB Shariah Global Equity Fund yang fokus kepada ekuiti global. Inisiatif ini akan dapat memberi akses mudah kepada pelabur untuk melabur dalam portfolio pelaburan patuh syariah di pasaran global.

Jom kita tengok kenapa anda kena melabur ke dalam PMB Shariah Global Equity Fund ini.

1. Nama Besar & Dipercayai

Mesti ada yang masih tak tahu bahawa PMB Investment Berhad (PMB Investment) adalah merupakan anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad. Alah, Majlis Amanah Rakyat atau yang lebih dikenali sebagai MARA tu.

Bukan setakat nama besar di belakang PMB Investment, tetapi dana-dana yang diurus oleh mereka turut mencatatkan prestasi yang terbaik. Dana PMB Shariah Premier Fund memang cukup terkenal dengan pulangan yang memberangsangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

2. Pengurus Dana Profesional

PMB Investment mempunyai ramai pengurus dana yang pakar dan profesional dalam pelaburan. Dah memang kerja mereka mengurus dana setiap hari, memang hebatlah hasilnya.

Kalau nak harapkan kita untuk uruskan pelaburan sendiri, takut tersungkur pula. 

Oleh itu, lebih baik serahkan kepada mereka yang lebih berkelayakan dan bertauliah untuk menguruskan duit kita bagi memperolehi pulangan yang lebih tinggi.

3. Kepelbagaian Pelaburan

Dengan melabur ke dalam PMB Shariah Global Equity Fund, fokus pelaburan adalah terhadap ekuiti global dengan peruntukan aset sehingga 99.5%. Dana ini menggunakan strategi pelaburan dalam syarikat berprospek tinggi dan patuh syariah di 4 benua dan 15 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Arab Saudi, China, Jepun dan banyak lagi.

Bak kata pepatah,

Don’t put all your eggs in one basket

Dengan hanya melabur ke dalam satu dana saja, anda seolah-olah melabur ke satu dunia.

PMB Investment turut bekerjasama dengan Nasdaq Dorsey Wright (NDW), sebuah syarikat penasihat kepada Wall Street dan pelaburan dunia untuk menguruskan dana ini dengan menggunakan metodologi dan strategi pelaburan mereka.

Memang sesuai sangat untuk mereka yang nak mempelbagaikan pelaburan di peringkat global sejajar dengan kesan pemulihan ekonomi dunia selepas terkesan teruk dengan pandemik Covid-19.

4. Modal Rendah

Dengan modal serendah RM1,000, anda dah boleh mula melabur ke dalam PMB Shariah Global Equity Fund ini. Senang cerita, sesiapa pun boleh.

Dan ianya sangat sesuai untuk mereka yang nak buat pelaburan tetap setiap bulan serendah RM100 saja. Gaji masuk hujung bulan, potong siap-siap untuk dilaburkan. Dengan itu, dapatlah kita tingkatkan dana persaraan masa tua nanti.

5. Patuh Syariah

Yang ini kadang-kadang ada yang terlepas pandang. Bagi pelabur beragama Islam, penting untuk kita memastikan bahawa dana pelaburan yang kita labur adalah patuh syariah.

Nama pun PMB Shariah Global Equity Fund. Sudah pasti ada panel syariah yang akan memastikan pelaburannya mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

Melabur mengikut syariah, barulah untung dunia dan untung akhirat.

Menarik kan pelaburan yang disediakan ini? Tak perlu pening kepala, tak perlu ganggu masa anda bersama keluarga. Ada golongan profesional yang akan bantu laburkan untuk anda. 

Nak tahu lebih lanjut? Mudah je. Korang boleh hubungi talian 03-41453900 atau boleh layari PMB Shariah Global Equity Fund

Labur! Jangan tak labur!

Previous ArticleNext Article

Apple Kembali ‘Rampas’ Takhta Syarikat Paling Bernilai Dunia Daripada Nvidia

BENGALURU: Apple mengatasi Nvidia untuk muncul sebagai syarikat paling bernilai di dunia, sekali gus mengubah kedudukan syarikat-syarikat teknologi terbesar apabila pelabur menilai semula prospek kecerdasan buatan (AI).

Apple kini mempunyai nilai pasaran sekitar AS$4.88 trilion selepas harga sahamnya kekal stabil, manakala Nvidia bernilai kira-kira AS$4.86 trilion susulan kejatuhan 3.5 peratus sahamnya.

Perubahan kedudukan itu menunjukkan pelabur kini mula meluaskan tumpuan mereka melangkaui penerima manfaat paling jelas daripada ledakan AI seperti Nvidia, yang telah mendahului senarai syarikat paling bernilai dunia selama hampir setahun.

Apple kembali merampas kedudukan teratas buat kali pertama sejak April tahun lalu.

Ketua Pelaburan BRI Wealth Management, Toni Meadows, berkata Apple sebelum ini dilihat ketinggalan dalam perlumbaan AI kerana tidak berbelanja besar untuk membangunkan model AI, namun sentimen terhadap syarikat itu kini berubah.

“Apple kurang terdedah kepada keperluan perbelanjaan modal yang tinggi dan berada pada kedudukan lebih baik untuk menjana pendapatan daripada AI menerusi perkhidmatan, ekosistem yang kukuh serta peningkatan perkakasan. Penilaian semula ini mencerminkan keyakinan terhadap kemampanan pendapatan syarikat, bukannya potensi AI yang bersifat spekulatif,” katanya.

Bagi sebuah syarikat yang sering dianggap ketinggalan dalam perlumbaan AI, pencapaian ini mencerminkan usaha Apple untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pemain utama industri, selain berpotensi mempengaruhi bagaimana tempoh akhir kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tim Cook, akan dinilai.

Cook dijangka menyerahkan jawatan CEO kepada veteran perkakasan Apple, John Ternus, pada September ini.

Bulan lalu, Apple melancarkan versi baharu pembantu maya Siri yang telah lama tertangguh, dengan harapan peningkatan itu dapat merapatkan jurang dengan gergasi teknologi lain serta syarikat pemula dalam perlumbaan AI yang semakin sengit.

Sesetengah penganalisis berpendapat Apple sebenarnya memiliki ‘lombong emas’ AI menerusi data peribadi yang tersimpan dalam setiap iPhone.

Data itu berpotensi menjadikan jawapan Siri lebih tepat dan pembantu maya itu lebih berkeupayaan.

Namun, cabarannya ialah data itu dilindungi dalam sistem operasi atas faktor privasi, menyebabkan Apple perlu mencari kaedah untuk memanfaatkan nilainya tanpa menjejaskan perlindungan pengguna.

Nvidia menjadi syarikat pertama di dunia yang melepasi nilai pasaran AS$5 trilion pada Oktober lalu, satu pencapaian bersejarah yang meletakkannya jauh di hadapan pesaing.

Bagaimanapun, kehilangan kedudukan teratas kepada Apple tidak semestinya menandakan perubahan kekal dalam kedudukan relatif kedua-dua syarikat.

Nvidia masih merupakan antara penerima manfaat terbesar daripada peningkatan perbelanjaan berkaitan AI, dengan pemproses grafik keluarannya menjadi tulang belakang kepada kebanyakan aplikasi AI generatif.

Nvidia juga berpotensi merampas semula kedudukan teratas sekiranya sentimen pasaran kembali memihak kepadanya.

Pada masa sama, Apple turut berdepan cabaran apabila syarikat itu menaikkan harga produknya bagi mengimbangi peningkatan kos, satu strategi yang boleh menjejaskan permintaan pengguna.

Naib Presiden Penyelidikan Alpha Segal Marco Advisors, Benjamin Hall, berkata beliau tidak melihat perbezaan ketara antara kedua-dua syarikat.

“Saya menjangka Nvidia akan terus menjadi pemain penting dalam apa sahaja perkembangan yang berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, gelombang keyakinan terhadap AI turut merebak ke segmen lain industri semikonduktor.

Antara penerima manfaat terbesar tahun ini ialah pengeluar cip memori seperti Micron, yang melepasi nilai pasaran AS$1 trilion pada Mei selepas pelabur mengiktiraf kepentingan cip memori dalam infrastruktur AI.

Pengeluar cip dari Korea Selatan, SK Hynix, turut disenaraikan di Nasdaq awal bulan ini, sekali gus menambah satu lagi pesaing dalam usaha menarik perhatian pelabur.Hall berkata kemunculan pemain baharu itu dijangka mengalihkan sebahagian tumpuan pelabur daripada kumpulan saham teknologi gergasi Magnificent Seven kepada lebih banyak syarikat lain.

Namun, kenaikan luar biasa saham syarikat cip mula kehilangan momentum pada Julai apabila pelabur menilai semula kemampanan tema pelaburan AI, menyebabkan indeks Philadelphia SE Semiconductor susut hampir 19 peratus daripada paras tertinggi sepanjang masa.

Walaupun mengalami kejatuhan ketara, prestasi indeks itu setakat tahun ini masih mengatasi prestasi saham Nvidia.

-Reuters