5 Sebab Kenapa Pelaburan Saham Lebih Seronok

Melabur kena ikut matlamat sendiri. Ada yang berminat untuk jangka masa pendek. Ada yang mahu melabur untuk tempoh lebih 10 tahun.

Pelaburan jangka pendek adalah aset yang dapat ditukar menjadi tunai atau dapat dijual dalam jangka waktu pendek, biasanya dalam 1-3 tahun untuk digunakan sebagai duit muka kereta atau belanja kahwin. Jangka masa sederhana seperti duit muka rumah atau untuk menunaikan haji. Jangka masa panjang, seperti dana persaraan dan pendidikan anak-anak.

Sebenarnya ada pelbagai instrumen pelaburan yang kita boleh join. Dunia pelaburan ini sangat luas dan bukan hanya tertumpu kepada saham sahaja.

Apa yang penting adalah kita perlu pastikan bahawa sebarang pelaburan yang kita sertai itu Sah dan Patuh Syariah. Dalam pelaburan saham juga, tidak semua saham itu patuh syariah. Jadi, kita perlu mengenal pasti saham-saham patuh syariah.

Persoalannya, kenapa pelaburan saham?

Apa yang best tentang pelaburan saham ni? Dan bagaimana dengan mereka yang tidak ada asas pelaburan untuk melabur saham?

Jom tonton video terbaru ini.

Haa! Dah tahu apa yang best pasal pelaburan saham?

  1. Memang senang nak melabur saham. Sekarang, semuanya dihujung jari.
  2. Saham adalah perniagaan. Kita ‘terlibat’ dengan perniagaan yang dilakukan oleh syarikat tersebut tanpa perlu keluar modal yang besar dan tanpa perlu menyewa premis perniagaan.
  3. Kadar kecairan saham kita cepat. Apa maksudnya? Urusan jual beli saham dapat dilakukan dengan senang dan cepat.
  4. Berbanding dengan instrumen pelaburan lain, kadar pulangan bagi pelaburan saham adalah jauh lebih baik. High risk, high return.
  5. Selain daripada dapat menjana pendapatan, kita juga dapat menambah ilmu analisis teknikal dan fundamental selain perlu mengambil berat cuaca ekonomi semasa.

Semoga video ini dapat membuka minda orang ramai tentang dunia pelaburan saham yang sah, selamat dan patuh syariah.

Dah tahu saham ni best, apa tunggu lagi? Jom! Kita sama-sama rasa keseronokan melabur saham.

Video ini dibawakan khas oleh Asri Ahmad Academy. Jika anda betul-betul ZERO dalam pelaburan saham, anda boleh mendaftar webinar anjuran Asri Ahmad Academy & Bursa Malaysia di sini.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.