Apa itu Real Estate Investment Trust (REIT)?

REIT merupakan singkatan kepada Real Estate Investment Trust atau dalam Bahasa Melayu bermaksud Amanah Pelaburan Hartanah.Instrumen yang membolehkan anda melabur dalam hartanah dengan mudah.Ia merupakan dana atau sebuah tabung amanah yang memiliki dan menguruskan hartanah komersial untuk menghasilkan pendapatan.REIT ini lebih kurang sama macam Amanah Hartanah Bumiputera yang ada gambar Neelofa tu. Cuma bezanya REIT ini diapungkan di pasaran saham, jadi pelabur berpeluang mendapat dua jenis keuntungan; dari segi kenaikan harga dan juga dividen.Secara ringkasnya, dalam portfolio sesebuah REIT mengandungi beberapa aset hartanah sama ada hartanah komersial, runcit, perindustrian, hospitaliti, penjagaan kesihatan atau pun ladang. Pendapatan utama REIT ini adalah dari segi sewa kedai, lot atau tapak; dan juga segala pendapatan lain yang boleh dijana seperti iklan dan lain-lain di dalam aset hartanah mereka.Pelaburan dalam bidang hartanah umumnya memerlukan modal yang besar jadi tidak semua orang mampu untuk melabur dalam bidang ini. REIT memberikan pilihan kepada pelabur untuk melabur dalam harta tanah komersial berskala besar yang berkualiti tanpa perlu membeli harta tersebut secara langsung, menawarkan aliran pendapatan yang stabil dan hasil pengagihan pendapatan yang menarik.

4 Kelebihan Melabur di dalam REIT

1. Mampu MilikKos untuk melabur di dalam REIT adalah lebih rendah berbanding kos pelaburan secara langsung dalam hartanah. Anda boleh mulakan pelaburan dengan perbelanjaan yang minimum.2. Kecairan / Mudah TunaiUnit REIT yang tersenarai di pasaran Bursa lebih cair dan mudah ditukarkan kepada wang tunai berbanding harta fizikal kerana REIT didagangkan di pasaran saham.3. Aliran Pendapatan Yang StabilKadar kenaikan dan penurunan harga (volatility) lebih rendah berbanding saham lain. Pelabur REIT kebiasaannya akan menerima bayaran dividen yang konsisten dan stabil hasil yang diperolehi daripada sewa yang dibayar oleh penyewa harta REIT.4. Pengurusan ProfesionalSegala hal berkaitan hartanah REIT akan diuruskan oleh pengurus dana yang profesional. Jadi anda tak perlu pening kepala untuk berdepan dengan karenah penyewa dan segala jenis paperwork seperti dalam pelaburan real estate.

Macam Mana Nak Beli REIT?

Pelaburan REIT adalah sama seperti pelaburan saham biasa. REIT tertakluk kepada peraturan perdagangan, pembayaran, penjelasan dan penyelesaian yang sama (T+3). Anda perlu membuka akaun CDS dan mempunyai trading akaun terlebih dahulu.

Jenis-Jenis REIT

Seperti saham yang lain, REIT juga ada yang patuh Syariah dan tidak patuh Syariah. Melalui trading platform, terdapat 19 REIT yang tersenarai tetapi hanya lima sahaja yang patuh Syariah setakat (Mac 2024) iaitu:
  1. AXIS REITS (AXREIT) 
  2. KLCC REAL ESTATE INVESTMENT TRUST (KLCC)
  3. AME REAL ESTATE INVESTMENT TRUST (AMEREIT)
  4. AL-SALAM REAL ESTATE INVESTMENT TRUST (ALSREIT)
  5. AL-AQAR HEALTHCARE REIT (ALAQAR)
Sebelum anda membeli saham REITs, pastikan bahawa anda telah membuat penyelidikan terlebih dahulu. Yang mana satu kita pilih, berdasarkan apa, apa risikonya, itu bergantung kepada penilaian sendiri.Sumber Rujukan:

Bursa Malaysia Ada Saham, REIT, Indeks, ETF Dan ETBS

Selain daripada saham dan REIT ni, kita juga ada instrumen pelaburan lain yang patuh Syariah seperti Indeks, ETF dan ETBS. Nak tahu lebih lanjut, jemput baca Kenali Produk Patuh Syariah Dalam Bursa Malaysia.
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ACSR Keluar Laporan Kemampanan Ilustrasi untuk Membimbing Syarikat mengenai Piawaian ISSB

Jawatankuasa Penasihat Pelaporan Kemampanan (ACSR) hari ini mengeluarkan Laporan Kemampanan Ilustrasi (ISR) berdasarkan Piawaian ISSB , untuk menyokong pendedahan kemampanan di bawah Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).

Dua ISR tersebut disediakan untuk sektor perladangan dan pembinaan. Matlamat keduadua laporan adalah untuk menyediakan rujukan ilustrasi kepada syarikat apabila menggunapakai keperluan IFRS S1 dan IFRS S2 dalam pendedahan kemampanan mereka.

Laporan ini adalah sebahagian daripada PACE (Dasar, Andaian, Kalkulator, Pendidikan), iaitu inisiatif ACSR yang menyediakan panduan dan pembinaan kapasiti untuk pelaporan kemampanan.

ISR telah disediakan dengan memberi fokus kepada industri untuk mencerminkan laporan sejajar ISSB praktikal. Dalam membangunkan ISR, ACSR telah melibatkan pemain industri untuk memahami cabaran praktikal dalam keperluan pelaporan.

Pengerusi SC dan ACSR Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata, “ISR menawarkan panduan tepat pada masanya dan menyediakan contoh terperinci untuk membantu syarikat menyediakan laporan kemampanan mereka selaras dengan Piawaian ISSB.”

Inisiatif PACE lain termasuk Program Penyedia NSRF (NPP). RFN telah dilancarkan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC), cabang latihan SC. Sesi pertama telah dijalankan pada 15 Julai 2025, dengan sesi selanjutnya dijadualkan sepanjang tahun.

Ia termasuk modul mengenai pelaporan kemampanan menurut Laporan Kemampanan Ilustrasi, pengiraan dan pelaporan pelepasan GHG Skop 3, dan analisis senario berkaitan iklim.

ISR boleh didapati di www.sc.com.my/nsrf/resources. Untuk pertanyaan, sila hubungi Sekretariat ACSR di [email protected].