Apakah Itu FBM KLCI Dan Syarikat Mana Penggerak Utama Indeks Bursa Malaysia?

FBM KLCI digunakan secara meluas oleh pelabur sebagai ukur rujuk utama bagi pasaran saham Malaysia. Prestasi indeks saham kini sering dibincangkan di kaca TV dan juga media sosial.

FBM KLCI bertujuan menunjukkan arah dan sentimen semasa serta membuat perbandingan prestasi relatif di antara pasaran saham Malaysia dengan pasaran saham asing. Selain itu, indeks ini juga boleh menjadi asas rangkaian produk pelaburan yang luas seperti dana yang didagangkan (ETF) yang menjejak pergerakan indeks.

FBM KLCI mempunyai 30 saham konstituen. Saham-saham konstituen ini telah dipilih dan ditimbang mengikut saiz permodalan pasarannya.

Pengiraan permodalan pasaran adalah dengan mendarabkan nilai pasaran seunit saham dengan jumlah saham keseluruhan yang diapungkan.

Permodalan pasaran = Harga saham x Jumlah saham diapungkan)

Senarai saham konstituen serta pemberatnya adalah seperti berikut:

Daripada 30 saham konstituen ini, 7 dalam sektor perbankan, 5 dalam sektor makanan & minuman, 4 dalam sektor barangan & perkhidmatan industri, 3 dalam sektor telekomunikasi, 3 dalam sektor penjagaan kesihatan, 2 dalam sektor utiliti, 2 dalam sektor pelancongan, dan 1 dalam setiap sektor runcit, sektor sumber asas, sektor kimia & sektor gas & minyak.

Sektor terberat dalam FBMKLCI pula adalah sektor perbankan yang mempunyai pemberat sebanyak iaitu 34.69%. Dengan kata lain, sektor perbankan mempunyai pengaruh terbesar dalam menentukan arah indeks.

Nilai pemberat ini boleh berubah mengikut perubahan pada saiz permodalan pasarannya.

FBM KLCI amat mudah berubah mengikut faktor-faktor yang boleh mempengaruhi saham konstituennya seperti penurunan kadar dasar semalam yang memberi impak negatif kepada bank.

Saham konstituen FBM KLCI akan disemak semula sebanyak 2 kali setiap tahun iaitu pada bulan Jun & Disember. Sekiranya harga saham turun dengan banyak, ianya berpotensi untuk dikeluarkan daripada FBM KLCI & digantikan dengan saham daripada senarai simpanan FBM KLCI yang terdiri daripada 5 saham bukan kostituen yang tertinggi kedudukannya berdasarkan permodalan pasaran.

Senarai simpanan ini akan digunakan sekiranya satu atau lebih saham konstituen dikeluarkan daripada FBM KLCI dalam tempoh itu sehingga semakan berikutnya.

Sekiranya pelabur ingin mengkaji FBM KLCI, mereka seharusnya perlu mengenal pasti faktor-faktor yang boleh mempengaruhi saham konstituennya.

Hubungi saya di 016-446 9288 atau follow saya di Facebook Azmi Mohd Amin Stockbroker jika berminat untuk membuka akaun saham atau belajar saham bersama Radar Saham!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Verdant Solar Holdings Berhad Bersiap Sedia Untuk Debut Di Pasaran ACE, Lancar Prospektus IPO

KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2025 – Verdant Solar Holdings Berhad (“Verdant” atau “Syarikat”), penyedia perkhidmatan Kejuruteraan, Pemerolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (“EPCC”) serta Operasi dan Penyelenggaraan (“O&M”) untuk sistem fotovoltaik (“PV”) solar di Malaysia, hari ini telah melancarkan prospektus Tawaran Awam Permulaan (“IPO”). Acara ini menandakan langkah penting ke arah penyenaraian Syarikat yang dicadangkan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) pada 22 Oktober 2025.

Dengan potensi pertumbuhan kukuh di tengah pasaran hartanah kediaman yang sedang rancak, disokong oleh program solar yang dimulakan kerajaan serta rekod pencapaian terbukti lebih daripada sedekad, Verdant menyasarkan untuk mengumpul hasil kasar dianggarkan sebanyak RM44.02 juta melalui terbitan 142,000,000 saham biasa baharu pada harga IPO RM0.31 sesaham. Berdasarkan modal saham terbitan diperbesarkan Syarikat sebanyak 817,618,243 saham dan harga IPO, permodalan pasaran Verdant dianggarkan berjumlah kira-kira RM253.46 juta.

Hasil daripada IPO akan disalurkan bagi menyokong pengembangan perniagaan Verdant. Daripada jumlah tersebut, 31.80% telah diperuntukkan untuk membiayai penubuhan pejabat cawangan bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan; 22.72% akan diperuntukkan untuk pengembangan melalui pelaburan strategik, peluang penggabungan dan pengambilalihan; dan 8.63% akan digunakan untuk meningkatkan infrastruktur digital Syarikat bagi memperkukuh kecemerlangan operasi. Baki selebihnya akan digunakan untuk modal kerja umum dan perbelanjaan berkaitan penyenaraian.

Sebagai kontraktor EPCC, Verdant terlibat secara utama dalam penyampaian menyeluruh projek solar PV turnkey, meliputi reka bentuk dan kejuruteraan awal, pemerolehan peralatan, pemasangan di tapak, ujian dan pentauliahan, serta perkhidmatan selepas jualan O&M melalui aplikasi Verdant Home App. Syarikat juga menjalankan perdagangan produk solar, termasuk jenama sendiri bagi sistem pengudaraan solar, Verdant Star.

Lim Tzer Haur, Pengarah Urusan Verdant Solar Holdings Berhad berkata, “Penyenaraian kami yang dicadangkan di Pasaran ACE bukan sahaja menandakan satu pencapaian tetapi juga bukti hampir sedekad dedikasi dan kepakaran. Dari permulaan kami pada 2015 hingga menjadi penyedia penyelesaian dan perkhidmatan solar menyeluruh yang dipercayai, IPO ini akan menyediakan platform untuk Verdant Solar mengekalkan dan mempercepatkan pertumbuhan kami. Dipandu oleh tujuan kami untuk ‘Mengubah Cara Orang Mendapatkan Tenaga’, kami kekal komited untuk menjadikan penyelesaian solar dapat diakses oleh semua.”

“Dengan hasil yang diperoleh, kami merancang untuk memperkukuh kehadiran pasaran melalui pejabat cawangan baharu di Melaka, Kuantan, dan Ipoh, berkembang melalui pelaburan strategik serta penggabungan dan pengambilalihan, dan meningkatkan infrastruktur digital kami, termasuk sistem ERP dan CRM serta aplikasi Verdant Home App. Dengan Program Solar ATAP yang bakal memacu permintaan pemasangan solar pada 2026, kami percaya inisiatif ini akan menempatkan kami untuk memanfaatkan peluang ini di Malaysia dan memastikan nilai jangka panjang kepada para pemegang kepentingan,” tambahnya lagi.

Bersempena pelancaran ini, tempoh permohonan untuk IPO Verdant Solar Holdings Berhad akan bermula hari ini (29 September) dan berakhir pada 7 Oktober 2025 jam 5.00 petang. Mercury Securities Sdn Bhd merupakan Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal, dan Ejen Penempatan Tunggal bagi IPO ini.