Apakah Time Frame Yang Sesuai Untuk Beli Saham?

Time frame atau (jangka masa) adalah salah satu teknik asas bagi menjana keuntungan secara konsisten, digunakan di dalam menganalisa chart pattern.

Malah ianya membantu memudahkan dalam membuat keputusan membeli atau menjual saham, sekiranya trader tidak dapat mengesyaki peluang yang ada dalam time frame tersebut, maka berhenti dari melakukan trade dengan segera lebih baik daripada kita trade tanpa panduan yang jelas.

Pada masa yang sama, time frame juga membantu mengenalpasti harga tertinggi atau terendah dalam tempoh tahunan atau tempoh keseluruhan time frame. Kupasan tajuk Time Frame ini sememangnya sangat luas untuk diperbincangkan kerana ianya bergantung kepada kefahaman dan teknik seseorang.

Tetapi kuncinya adalah, time frame menjadi tempat rujukan harga dan trend di dalam tempoh yang tertentu.

Di antara jenis-jenis time frame yang boleh diguna pakai dalam menganalisis chart, adalah time frame:

  • Tick chart.
  • 1 minit.
  • 5 minit.
  • 10 minit.
  • 15 minit.
  • 30 minit.
  • Setiap Jam (hourly).
  • Harian (daily).
  • Bulanan (monthly).

Jika diperhatikan, terlalu banyak time frame yang boleh digunakan.

Namun bagi mereka yang otai, mereka lebih gemar menggunakan time frame weekly, daily, 30 minit, dan 1 minit. Ianya bergantung kepada strategi trading mereka (intraday, swing, Mid-Term atau Long-Term).

Di dalam menganalisa chart, fasa uptrend, sideway dan downtrend boleh berbeza-beza mengikut pemilihan time frame. Oleh itu, time frame yang lebih pendek akan berlaku pengubahan fasa yang lebih cepat. Ini kerana time frame yang lebih pendek bergerak lebih pantas berbanding time frame yang lebih panjang.

Terdapat beberapa idea cara penggunaan time frame yang bersesuaian dengan strategi pelaburan, antaranya:

  • Pelabur yang gemar melakukan Intraday boleh gunakan tick chart atau minit chart (5,15,30 minit) atau hourly chart. Golongan ini lebih suka membeli dan menjual kurang dari satu jam, terkadang hanya untuk beberapa minit. Mereka mampu melakukan 2-3 transaksi dalam satu jam.

Dengan menggunakan time frame yang lebih pendek (hourly, 30-minit dan ke bawah), maka indicator-indicator tertentu terpaksa digunakan kerana candlestick tidak cukup sifatnya.

  • Pelabur Daily boleh gunakan hourly chart dan daily chart. Golongan ini sukakan pergerakan market pada hari yang sama. Kebiasaanya beberapa jam sahaja, akan trade sebanyak 2-3 kali sehari.
  • Pelabur Short-term boleh gunakan daily chart. Golongan ini suka beli dan jual dalam beberapa minggu, kadangkala sehingga sebulan. Melakukan trade beberapa kali dalam seminggu.
  • Mid-term trader boleh gunakan daily chart atau weekly chart kerana pergerakannya tidak terlalu agresif dan tidak memerlukan komitmen yang tinggi. Golongan ini suka meletakkan pegangan mereka sehingga beberapa bulan, terkadang sehingga hampir setahun. Melakukan trade sebanyak 2-3 kali sebulan.

Dengan kata lain, menggunakan time frame yang lebih panjang akan menentukan trend. Time frame yang sederhana akan menentukan isyarat perdagangan. Dan time frame yang lebih pendek akan memberi isyarat beli atau jual.

Oleh itu, pemilihan time frame yang lebih panjang atau pendek akan menjadi pelengkap kepada strategi pelaburan utama anda.

Namun peringatan bagi pelabur, jangan sesekali terperangkap di dalam bising (noise) yang ada pada time frame jangka masa pendek atau menganalisa secara berlebih-lebihan, kerana time frame yang lebih pendek sekadar untuk mengesahkan atau membatalkan hipotesis pada strategi pembelian sahaja.

Walaubagaimanapun, penting untuk meninjau sesekali chart time frame yang berlainan untuk seketika dan tidak bergantung sepenuhnya kepada satu time frame sahaja.

Contohnya, seorang pelabur melabur menggunakan strategi pelaburan short term, daily chart adalah time frame yang sesuai. Melihat kepada daily chart syarikat menunjukkan kenaikan harga yang tinggi, sedangkan bila merujuk semula pada weekly chart, harga sudah memcecah support line dalam keadaan trend menurun.

Sebagai pelabur yang bijak ini adalah masa untuk bersedia membeli dengan banyak lagi.

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Namun, persoalannya “Mana yang lebih sesuai untuk saya gunakan?”

Ini bergantung kepada strategi masing-masing. Jika pelabur masih baru (newbie) mengenali pasaran saham, sebaiknya belajar dan mahir terlebih dahulu time frame yang tidak terlalu agresif iaitu time frame daily chart, ini kerana menggunakan time frame berbeza-beza adalah sangat mengelirukan.

Dengan meluangkan masa untuk menganalisis beberapa time frame, trader mampu meningkatkan peluang keuntungan pada tradenya.

Kesimpulannya, mengkaji time frame yang lebih panjang dapat membantu kita melihat lebih banyak signal candlestick dan indikator yang lebih jelas.

Dengan menggunakan time frame yang lebih pendek, kita boleh meningkatkan jumlah transaksi, akan tetapi jumlah risikonya lebih tinggi berbanding strategi time frame yang panjang.

Akhir sekali, dengan gabungan beberapa time frame, trader mampu memahami lebih baik trend semasa dan akan memberi keyakinan yang lebih tinggi dalam membuat keputusan samada untuk beli atau jual sesuatu saham tersebut.

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Ramai kata mudah faham. Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

https://www.facebook.com/watch/?v=1322166808601507

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

William J. O’Neil: Pelabur Di Sebalik Strategi CANSLIM Yang Digunakan Di Seluruh Dunia

Dalam dunia pelaburan saham, terdapat beberapa nama besar yang sering menjadi rujukan pelabur. Salah satu daripadanya ialah William J. O’Neil seorang pelabur, usahawan dan penulis yang memperkenalkan pendekatan sistematik dalam memilih saham berpotensi tinggi.

Beliau bukan sekadar pelabur biasa, tetapi individu yang membina satu kaedah pelaburan yang masih digunakan oleh pelabur di seluruh dunia sehingga hari ini.

Latar Belakang William J. O’Neil

William J. O’Neil dilahirkan pada tahun 1933 di Oklahoma, Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya dalam dunia pelaburan sebagai broker saham selepas menamatkan pengajian dalam bidang perniagaan.

Apa yang membezakan O’Neil daripada pelabur lain pada zamannya ialah pendekatan beliau yang lebih sistematik dan berasaskan data. Beliau merupakan antara pelopor awal yang menggunakan komputer untuk menganalisis data pasaran saham, sesuatu yang sangat jarang dilakukan ketika itu.

Melalui kajian terhadap saham-saham yang berjaya, beliau mula mengenal pasti corak tertentu yang berulang sebelum sesuatu saham mencatat kenaikan besar.

Daripada kajian inilah lahirnya satu strategi yang dikenali sebagai CANSLIM.

Apa Itu CANSLIM?

CANSLIM ialah satu kaedah pemilihan saham yang menggabungkan analisis fundamental dan teknikal untuk mencari saham yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi.

Ia bukan sekadar teori, tetapi hasil kajian terhadap ratusan saham terbaik dalam sejarah pasaran.

CANSLIM merupakan akronim kepada tujuh kriteria utama:

C – Current Quarterly Earnings Per Share

Syarikat perlu menunjukkan pertumbuhan pendapatan suku tahunan yang kukuh, biasanya sekurang-kurangnya 25%.

A – Annual Earnings Growth

Pendapatan tahunan perlu meningkat secara konsisten dalam beberapa tahun kebelakangan.

N – New Products, Management, Events, Information

Syarikat perlu mempunyai sesuatu yang baharu seperti produk, pengurusan atau pemangkin yang boleh menarik minat pelabur.

S – Supply and Demand

Saham dengan permintaan tinggi dan penawaran terhad lebih mudah mengalami kenaikan harga.

L – Leader and Laggard

Fokus kepada syarikat peneraju dalam industri, bukan yang ketinggalan.

I – Institutional Sponsorship

Kehadiran pelabur institusi menunjukkan keyakinan terhadap kualiti syarikat.

M – Market Direction

Arah pasaran keseluruhan memainkan peranan penting kerana majoriti saham bergerak mengikut trend pasaran.

Pendekatan ini menekankan bahawa saham terbaik bukan sahaja mempunyai asas perniagaan yang kukuh, tetapi juga berada dalam momentum pasaran yang betul.

Keunikan Pendekatan O’Neil

Apa yang menjadikan pendekatan O’Neil unik ialah gabungan beberapa elemen penting:

1. Gabungan Fundamental dan Teknikal

Tidak seperti pelabur yang hanya fokus kepada satu pendekatan, O’Neil menggabungkan kedua-duanya. Beliau mencari syarikat yang kukuh dari segi kewangan, tetapi hanya membeli apabila harga menunjukkan momentum kenaikan.

2. Fokus Kepada Pertumbuhan

O’Neil percaya bahawa saham terbaik adalah saham yang sedang berkembang, bukan semestinya yang kelihatan murah.

Ini berbeza dengan pendekatan “value investing” yang mencari saham undervalued.

3. Disiplin Kawalan Risiko

Salah satu prinsip penting dalam strategi beliau ialah mengehadkan kerugian, biasanya sekitar 7% hingga 8% daripada harga belian.

Ini menunjukkan bahawa kejayaan pelaburan bukan hanya tentang memilih saham yang betul, tetapi juga tentang mengurus risiko dengan disiplin.

Sumbangan Dalam Dunia Pelaburan

Selain membangunkan strategi CANSLIM, O’Neil juga merupakan pengasas kepada Investor’s Business Daily, sebuah platform yang menyediakan analisis pasaran, data saham dan idea pelaburan kepada pelabur.

Beliau juga menulis beberapa buku terkenal, antaranya How to Make Money in Stocks, yang menjadi rujukan utama pelabur di seluruh dunia.

Pendekatan beliau bukan sahaja memberi panduan kepada pelabur individu, tetapi turut mempengaruhi cara penganalisis dan institusi menilai saham.

Apa Yang Pelabur Boleh Pelajari?

Walaupun strategi CANSLIM kelihatan teknikal, terdapat beberapa prinsip asas yang boleh diambil oleh semua pelabur:

  • Fokus kepada syarikat yang mempunyai pertumbuhan kukuh
  • Jangan hanya melihat harga murah sebagai peluang
  • Fahami peranan sentimen dan arah pasaran
  • Utamakan disiplin dalam mengurus risiko

Dalam dunia pelaburan yang sering dipenuhi spekulasi dan emosi, pendekatan berasaskan sistem seperti ini membantu pelabur membuat keputusan dengan lebih objektif.

Kesimpulan

William J. O’Neil bukan sekadar pelabur yang berjaya, tetapi seorang pemikir yang berjaya menyusun satu sistem pelaburan yang praktikal dan boleh diikuti.

Strategi CANSLIM membuktikan bahawa kejayaan dalam pelaburan bukan bergantung kepada nasib semata-mata, tetapi kepada kombinasi ilmu, analisis dan disiplin.

Dalam pasaran yang sentiasa berubah, pelabur yang mempunyai sistem dan prinsip yang jelas akan lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan berbanding mereka yang hanya bergantung kepada sentimen semasa.