Bukan Saja Milo, Ada Banyak Produk Nestlé Yang Kita Tak Sangka

Heboh satu Malaysia apabila Milo dikatakan salah satu punca rakyat Malaysia obes akibat kandungan gulanya.

Terima kasih kami ucapkan kepada saudara Vishen Lakhiani yang telah membuka mata dan minda ramai rakyat Malaysia tentang pentingnya membaca kandungan sesuatu makanan atau minuman terlebih dahulu. Bukan Milo saja ada gula, nasi lemak, teh tarik pun ada gula.

Bahagian Pertama:

My country is now the fattest country in Asia. And this food company…according to an expose in the New York Times, is partially to blame. Hope this video helps awaken people to how food companies are blatantly lying to us all. It makes you sick. Literally.Here's the NY Times Article:https://www.nytimes.com/2017/12/23/health/obesity-malaysia-nestle.htmlAnd here's the link to the class I'm doing this week with Eric Edmeades on dispelling the lies around food:http://www.mindvalley.com/eric-edmeades/wildfit/masterclass/invite?utm_source=facebook&utm_medium=mv_group-post&utm_campaign=launch_wf_jan_2018&utm_content=vlog

Posted by Vishen Lakhiani on 25hb Januari 2018

Bahagian Kedua:

Konspirasi Gula oleh Milo/Nestle

Konspirasi Gula Di Dalam MILO MalaysiaSeperti mana yang tahu, page ini telah memperjuangkan isu #konspirasigula lebih setahun yang lepas. Terbaharu, video daripada Vishen Lakhiani telah menggemparkan Malaysia dengan pembongkaran konspirasi gula oleh Nestle. Pihak Nestle telah memberikan respons kepada video beliau di link berikut: https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/01/30/natural-sugar-in-milo-comes-from-milk-and-malt-says-nestle/ "We keep the amount of sugar we add to a minimum – adding only 6gm of sugar for every 200ml serving, which is about one teaspoon of sugar. This is to maintain the taste that Malaysians are familiar with," the statement said.Alasan untuk mengekalkan rasa yang dikenali rakyat Malaysia adalah punca Milo mempunyai gula sebanyak itu.Namun penjelasan yang diberikan tidak memuaskan. Dengan itu muncullah video ke dua ini daripada Vishen. PHM mengambil inisiatif untuk menterjemah daripada BI ke BM agar lebih ramai masyarakat Malaysia faham tentang bahaya gula. Share juga kepada semua kawan-kawan. Share juga di Whatsapp/Instagram/Twitter/WeeChat/Telegram dan sebagainya. Moga Milo dan Nestle akhirnya mendengar suara kita – Hentikan Konspirasi Gula!#Konspirasigula

Posted by Public Health Malaysia on 2hb Februari 2018

 

Bayangkan dari kecil lagi kita telah membesar dengan slogan, “Minum Milo Anda Jadi Sihat Dan Kuat…” dan terkini lagu “Bekalkannya Tenaga Juara…” pula sering berkumandang di radio dan televisyen. Milo sudah lama dijenamakan sebagai minuman nutrisi untuk kanak-kanak kekal sihat dan bertenaga. Mak-mak dekat rumah pun bagi anak-anak minum Milo untuk sarapan pagi sebab percaya akan bekalkan nutrisi (paling penting senang nak buat!).

Sama-sama kita nantikan respon dari pihak Nestlé tentang isu #konspirasi gula ini.

Oh ya, untuk makluman Milo bukan berasal dari Malaysia. Negara asal Milo adalah Australia.

Lagi satu kalau nak tahu tak semua negara ada Milo. Menurut laman web Nestlé berikut merupakan 8 negara yang rakyatnya minum Milo:

  • Australia
  • Colombia
  • Malaysia
  • New Zealand
  • Philippines
  • Thailand
  • Japan
  • Vietnam

Siapa Nestlé?

Merujuk kepada laman web Nestle Malaysia, Nestlé merupakan pengilang terbesar dunia untuk produk makanan dan minuman. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé kini berada di 191 buah negara di seluruh negara. Sejak tahun 1912 lagi, Nestlé telah memberikan khasiat yang bernutrisi kepada rakyat Malaysia menerusi jenama-jenama dan produk-produk seperti MILO, MAGGI, NESCAFÉ dan KITKAT, di samping mengekalkan integriti status Halal.

Semua produk dihasilkan Nestlé merangkumi setiap peringkat pengguna bermula daripada bayi sehinggalah yang dewasa, dari sarapan pagi sehingga ke makan malam.

Bagaimana Dengan Prestasi Saham Nestlé?

Sumber: Bursa Marketplace

Nestlé (Malaysia) Berhad  telah tersenarai di Bursa Malaysia sejak zaman BSKL lagi, iaitu pada tahun 1989.

Kalau kita lihat 5 pemegang saham utama Nestlé (*sehingga 6 Feb 2018)

  1. Nestle S.A – 72%
  2. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) 6.99%
  3. Permodalan Nasional Berhad (PNB) 3.17%
  4. Public Mutual Berhad 1.99%
  5. Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad 1.63%

Jom lihat pula prestasi harga saham mereka:

Harga 2 Februari 2017: RM 76.04
Harga 2 Februari 2018: RM 115.90

Kenaikan Setahun: RM39.86 atau 52.42%

Wow, boleh tahan bukan?

Kalau nak tahu, saham Nestlé (Malaysia) Berhad merupakan satu-satunya saham patuh syariah yang berharga atas RM100 di Bursa Malaysia. Kira saham Nestlé (Malaysia) Berhad adalah yang paling mahal buat masa ini. Di tangga kedua adalah saham Dutch Lady berharga RM62.

Nak beli 1 lot (100 unit) saham Nestlé hanya perlu ada modal RM11,500. Mahal? Bukan soal mahal atau murah harga saham tu. Tapi adalah tentang sejauh mana pengetahuan kita dalam menjana keuntungan di pasaran saham Bursa Malaysia.

Tetapi jika anda yang memiliki modal biasa-biasa boleh pilih banyak lagi saham-saham lain yang lebih murah.

Baca juga: 
10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Tahun 2017 (Kategori Super Big Caps)

10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Tahun 2017 (Kategori Big Caps)

Walaupun ekonomi negara dikatakan tak ok, namun Nestlé seolah-olah tidak terkesan dan tetap mencatatkan keuntungan setiap tahun. Berikut merupakan prestasi keuntungan bersih syarikat setiap tahun:

2012 – RM 505 juta
2013 – RM 562 juta
2014 – RM 550 juta
2015 – RM 591 juta
2016 – RM 637 juta

Jenama-Jenama Lain Yang Nestlé Berkepentingan

Mesti ramai tahu Nestlé merupakan pemilik jenama seperti Milo, Maggi, Nescafé Dan KitKat? Tapi tunggu, ada banyak lagi sebenarnya yang ada kena mengena dengan Nestlé.

Sumber rujukan: International Business Guide

Pelik tapi benar, Nestlé yang menguasai industri makanan dan minuman turut mempunyai pegangan saham dalam syarikat kosmetik terkemuka di dunia L’Oreal sejak 40 tahun yang lalu. Nestlé S.A yang berpengkalan di Switzerland memiliki 23% pegangan dalam L’Oreal, yang bernilai kira-kira US$28 bilion. Jenama-jenama di bawah L’Oreal pula adalah:

  • The Body Shop
  • Maybelline New York
  • Lancôme
  • Giorgio Armani
  • Yves Saint Laurent
  • Biotherm
  • Kiehl’s
  • Ralph Lauren
  • Shu Uemura
  • Guy Laroche
  • Garnier
Sumber rujukan : L’Oreal Group

Paling tak sangka jenama makanan kucing Friskies juga adalah kepunyaan Nestlé. Jenama ini dipasarkan oleh Purina PetCare (Malaysia) Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Nestlé Purina PetCare Company yang berpangkalan di Missouri, Amerika Syarikat.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada pembaca.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.