Petronas Berjaya Menemui Dua Telaga Minyak Baru Di Teluk Mexico

Harga minyak pada ketika ini pada tahap yang membimbangkan bagi negara pengeluar minyak terutamanya jika minyak adalah merupakan sumber pendapatan utama bagi sesebuah negara itu. Walaupun harga minyak sedang merudum, syarikat minyak masih meneruskan usaha untuk mencari telaga minyak baru kerana harga minyak dijangka pulih semula.

Malaysia melalui syarikat petroleum terkemuka dunia iaitu Petronas, turut membuat pelaburan dalam mencari sumber telaga minyak mentah baru. Terkini, Petronas telah berjaya menemui dua telaga minyak baru di teluk Mexico.

Anak syarikat Petronas yang berpangkalan di Mexico iaitu PC Carigali Mexico Operations, S.A. de CV (PCCMO) telah menemui dua telaga minyak tersebut.

Pencarian telaga baru merupakan rutin yang biasa dilakukan oleh syarikat petroleum dunia.Secara asasnya, penerokaan dalam mencari telaga minyak baru akan melibatkan dua jenis cari gali iaitu onshore dan offshore. Onshore boleh dikategorikan sebagai mengambil sumber minyak di daratan manakala offshore pula boleh dikategorikan sebagai mengambil minyak yang berada di tengah laut.

Bagi kedua-dua jenis pencarian ini, terdapat perbezaan yang ketara di dalam  proses cari gali. Secara kasarnya, pencarian petroluem di dasar laut atau offshore merupakan pencarian yang lebih sukar jika dibandingkan dengan onshore. Ini kerana kepakaran yang amat tinggi diperlukan dalam proses pencarian tersebut yang juga memerlukan pelantar minyak untuk beroperasi.

Kos untuk mencari minyak di dasar laut juga tinggi memandangkan ia memerlukan kepakaran dan peralatan yang lebih canggih.

Minyak di atas darat pula lebih senang untuk dicarigali dan merupakan kaedah  yang paling lama digunakan dalam industri carigali minyak. Kebanyakan minyak yang berada di darat berada di negara Timur Tengah dan kos operasi adalah lebih murah.

Walaupun kos cari gali minyak onshore dikatakan lebih murah, ini tidak bermakna syarikat yang menjalankan cari gali tersebut boleh membuat keuntungan dengan lebih banyak berbanding dengan offshore. Kebanyakan kontrak cari gali onshore adalah lebih pendek jika dibandingkan dengan tempoh kontrak yang diberikan untuk offshore.

Pada kali ini, Pertronas telah berjaya menemui minyak di kawasan perairan Mexico kira-kira 75 kilometer barat laut Tabasco yang mana ekpedisi pencarian ini dikenali sebagai Polok-1 and Chinwol-1.

Pada platform yang pertama iaitu Polok-1, PCCMO telah menggali ke dasar laut sedalam 2,620 meter dan mereka telah menemui minyak pada jarak 200 meter. Manakala Chinwol-1 telah digali sedalam 1,850 meter dan menemui minyak pada jarak 150 meter.

Kedua-dua platform ini terletak 12 kilometer di antara satu sama lain. Kedalaman air laut di pelantar Polok-1 adalah pada ketinggian 584 meter dari paras laut manakala Chinwol-1 mempunyai kedalaman sebanyak 464 meter.

Petronas telah menjalankan proses carigali tersebut pada bulan Februari tahun ini. Melalui anak syarikatnya, PCCMO telah menguasai 10 blok kawasan cari gali di teluk Mexico dengan keluasan 22,000 kilometer persegi.

Dengan penemuan telaga minyak ini, diharapkan pendapatan Petronas akan bertambah dan sumbangan Petronas kepada negara amatlah diperlukan di saat ini.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.