Dari Penny Kepada Bangsawan

Kita telah pun berada di bulan Ogos dan sudah semakin hampir ke penghujung tahun 2020. Banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Banyak saham-saham telah merudum, terutamanya yang terlibat dengan industri pelancongan, penerbangan, oil & gas dan banyak lagi.

Namun di sebalik krisis pasti ada peluang. Minat pembelian terhadap sektor-sektor seperti sarung tangan getah, penjagaan kesihatan dan juga teknologi menggila. Hasilnya, banyak penny stock atau saham-saham di bawah RM1 pada awal tahun ini, kini bertukar menjadi saham ‘bangsawan’.

Kredit Gambar: The Edge Markets

Ada yang naik beribu-ribu peratus dalam tempoh 8 bulan. Memang luar biasa.

Jom kita tengok lebih lanjut mengenai saham-saham yang dulunya penny atau berharga sen-sen, tetapi kini berharga RM1 dan ke atas.

1. Careplus Group

Sumber: Bursa Marketplace

Harga Careplus pernah mencecah paras RM5, sedangkan harga saham RM0.16 pada awal tahun.

Kenaikan lebih daripada 3000% dalam tempoh 8 bulan. Tahniah kepada para pembaca yang telah berjaya meraih pulangan luar biasa!

Cuma syarikat belum untung setakat laporan yang terkini, tapi pastinya apabila laporan terkini pendapatan dan keuntungan dibentangkan – agak-agak syarikat untung atau rugi?

2. HLT Global

Sumber: Bursa Marketplace

HLT Global juga terlibat dalam industri sarung tangan getah. Harga sahamnya pernah mencapai paras RM3, sebelum turun semula ke paras RM2.

Awal tahun baru 18 sen. Amacam, boleh naik lagi ke harga tu?

3. Rubberex

Sumber: Bursa Marketplace

Saham yang paling mahal dalam senarai ini, dulu harga Rubberex baru 53 sen.

Boleh tahan juga keuntungan syarikat dan ianya merupakan syarikat yang memberi dividen kepada para pemegang saham.

4. LKL International

Sumber: Bursa Marketplace

LKL International ni dulu harganya paling murah pada awal tahun iaitu pada paras 14 sen, sekarang 92 sen.

5. Euro Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Kalau diikutkan, Euro Holdings berada dalam industri perabot. Perabot pun dapat permintaan tinggi ke sepanjang tahun ini?

Tapi apa yang pasti, syarikat sedang mengalami kerugian tetapi harga saham baru 17 sen pada awal tahun. Sekarang harganya RM1.57.

6. Adventa

Sumber: Bursa Marketplace

Adventa pula terlibat dalam industri kesihatan yang mencatatkan permintaan yang meningkat sepanjang tahun ini.

Cumanya syarikat sekarang ini sedang rugi, mungkin selepas laporan terkini dikeluarkan – syarikat mula mencatatkan keuntungan.

7. Comfort Gloves

Sumber: Bursa Marketplace

Ini memang betul saham bangsawan dengan Market Cap yang tinggi dan harga saham dulu pernah nak cecah RM7, sedangkan awal tahun dulu baru 79 sen.

Keuntungan pun banyak, lepas ni mesti untung lagi banyak. Harga saham naik ke tak agak-agak?

8. ES Ceramics (Tak patuh syariah)

Sumber: Bursa Marketplace

Seterusnya kita ada ES Ceramics yang terlibat dalam industri tembikar. Syarikat jual tembikar pun ada dalam pasaran saham?

Pada awal tahun, harga saham baru 21 sen tapi sekarang dah naik banyak. Oh ya, saham ES Ceramics buat masa ini tidak patuh syariah.

9. Tek Seng Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Tek Seng merupakan syarikat yang terlibat dalam industri pembuatan, jual beli dan juga tenaga solar. Dulu harga saham baru 28 sen, tapi sekarang dah seringgit lebih.

Syarikat sedang mengalami kerugian, oleh itu daripada segi Fundamental memang tak kuat.

10. Focus Dynamics

Sumber: Bursa Marketplace

Kalau dilihat kepada chart Focus Dynamics ni, kenaikan dia tak begitu mendadak. Sebaliknya uptrend yang sihat.

Cuma kita perlu beri perhatian sikit kerana sakit tengah rugi walaupun Market Cap bagi syarikat Focus Dynamics ini merupakan di antara yang terbesar dalam senarai.

Sumber Rujukan: The Edge Markets

Ini Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.