Fakta Menarik Tan Chong Motor vs Grab

Tan Chong Motor Holdings Berhad merupakan sebuah syarikat daripada industri automotif yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Sumber: malaysiastock.biz

Latar Belakang Tan Chong Motor Holdings Berhad

Tan Chong Motor disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia dengan simbol TCHONG dan kod 4405.

Tahukah anda bahawa Tan Chong Motor Holdings Berhad disenaraikan di Bursa Malaysia seawal tahun 1974? Ada di kalangan kita belum pun lahir pada ketika itu.

Tan Chong Motor bermula sederhana sekitar tahun 1950-an sebagai pengedar kecil kenderaan bermotor. Tan Chong Motor diasaskan oleh mendiang Tan Sri Tan Kim Hor dan mendiang Tan Sri Tan Yuet Foh.

Kini, TCMH beroperasi sebagai sebuah syarikat pemegangan pelaburan dengan aktiviti utama dalam pemasangan dan pengedaran kenderaan penumpang dan komersial, perkhidmatan selepas jualan, penjualan alat ganti, pendidikan, perdagangan, serta perkhidmatan kewangan berkaitan automotif seperti sewa beli, perkhidmatan insurans, pajakan, dan perkhidmatan langganan kereta, baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa

Berikut merupakan beberapa jenama di bawah portfolio Tan Chong Motor Holdings.

Sumber: Tan Chong Group

Selain Malaysia, kehadiran Tan Chong terdapat di beberapa negara di Rantau ini seperti Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Kemboja dan Taiwan.

Presiden Tan Chong Motor Holdings adalah Dato’ Tan Heng Chew.

Sekarang mari kita beralih kepada Grab pula. 

Grab

Grab diasaskan oleh gandingan dua individu yang bercita-cita tinggi iaitu Anthony Tan dan juga Tan Hooi Ling. 

Sumber: Bloomberg

Anthony merupakan seorang graduan dari Harvard dan beliau merupakan pewaris keluarga di belakang Tan Chong Motor Holdings Berhad, salah satu perniagaan automotif terbesar di Malaysia. 

Anthony Tan merupakan cucu kepada Tan Sri Tan Yuet Foh, pengasas bersama Tan Chong Motor Holdings Berhad. Ayah Anthony sendiri Dato’ Tan Heng Chew merupakan presiden Tan Chong Motor.

Namun, daripada hanya menyertai perniagaan keluarganya yang telahpun berjaya, Anthony memutuskan untuk memulakan dan membina syarikatnya sendiri.

Bagaimana Grab Bermula?

Idea untuk perkhidmatan tempahan teksi berasaskan aplikasi pertama kali dicetuskan dalam pertandingan perniagaan di Harvard Business School pada Julai 2011. Tan dan rakan sekuliahnya, Tan Hooi Ling, memenangi tempat kedua dan hadiah wang tunai sebanyak USD25,000 dalam pertandingan tersebut. 

Pada tahun berikutnya, mereka bersama-sama mengasaskan GrabTaxi dan melancarkan MyTeksi, sebuah aplikasi mudah alih untuk menempah teksi yang menawarkan perjalanan teksi yang lebih selamat dan boleh dipercayai di Malaysia.

Untuk mengukuhkan kedudukannya di pasaran, GrabTaxi menjalankan kerjasama strategik dan pengambilalihan. Pada tahun 2015, GrabTaxi mengambil alih operasi Uber di Asia Tenggara, menjadikannya platform e-hailing yang dominan di rantau ini. Langkah ini membolehkan Grab menyerap operasi serta rakan pemandu Uber, sekali gus memperkukuhkan kedudukan pasaran mereka.

Pada tahun-tahun berikutnya, Grab mengembangkan perkhidmatannya melebihi sekadar pengangkutan. Ia memperkenalkan GrabCar yang membolehkan pengguna menempah kereta persendirian, diikuti dengan pelancaran GrabFood untuk penghantaran makanan, GrabExpress untuk perkhidmatan kurier, dan GrabPay untuk pembayaran digital. Grab turut menceburi bidang perkhidmatan kewangan melalui GrabFinancial, yang menawarkan perkhidmatan seperti dompet digital, pinjaman, dan insurans.

Kini Grab telahpun disenaraikan di Nasdaq sejak Disember 2021. 

Gambar: Grab

Setakat 19 November 2024, harga seunit saham Grab adalah AS$5.46. Semoga suatu hari nanti kita dapat menyaksikan Grab disenaraikan di Bursa Malaysia pula.

Mungkinkah juga suatu hari nanti kita akan melihat Grab dan Tan Chong Motor Holdings bergabung menjadi satu entiti?

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama korang. Bila faham isi kandungan buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain!

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak ketenangan, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini. Misi kami agar dapat menyebarkan ilmu yang bermanfaat dalam bidang kewangan dan pelaburan.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Kini Anda Boleh Beli Saham Indonesia Terus Dari Malaysia — Melalui CGS iTrade!

Pasaran saham Indonesia (Indonesia Stock Exchange – IDX) semakin mendapat perhatian pelabur serantau, termasuk dari Malaysia. Dengan ekonomi yang pesat berkembang dan populasi melebihi 270 juta orang, Indonesia menawarkan peluang pelaburan yang besar khususnya dalam sektor pengguna, perbankan, infrastruktur dan teknologi.

Kini, pelabur Malaysia boleh meneroka potensi tersebut dengan mudah melalui platform CGS iTrade, yang menawarkan akses terus ke pasaran saham Indonesia.

1. Sokongan Dagangan Saham Indonesia di CGS iTrade

Platform CGS iTrade menyokong pembelian dan penjualan saham di Indonesia Stock Exchange (IDX).
Semasa membuka akaun, pastikan anda menanda pilihan “Cross Border” bagi mengaktifkan akses ke pasaran luar negara.

Untuk klien sedia ada, anda boleh menyemak senarai pasaran yang tersedia dengan klik pada tab “Exchange” di platform. Jika belum aktif, hubungi Dealer atau Remisier untuk mengaktifkan fungsi Cross Border Trading.

2. Akaun & Dokumen Diperlukan

Tiada akaun tambahan atau dokumen khas diperlukan untuk melabur di pasaran Indonesia.
Hanya pastikan anda memilih opsyen Cross Border semasa membuka akaun secara dalam talian.
Untuk pelanggan sedia ada, aktifkan akses melalui Dealer / Remisier.

3. Kadar Komisen & Brokerage Fee IDX

Kadar brokerage online:

  • Nilai kontrak di bawah RM100,000 → 0.60%
  • Nilai kontrak di atas RM100,000 → 0.50%
  • Brokerage minimum: IDR185,000

Kadar brokerage offline:

  • Semua nilai kontrak → 0.70%
  • Brokerage minimum: IDR200,000

4. Caj Tambahan Lain

Selain brokerage, terdapat beberapa caj tambahan seperti berikut:

Jenis CajKadar / Amaun
Bank ChargesRM20 (Beli sahaja)
Malaysian Contract Stamp0.10% (Maksimum RM1000/200)
Trading Levy0.0433%
Value Added Tax (VAT)0.0055%
Withholding Tax (Jual sahaja)0.1%

5. Dividen Saham Indonesia

Dividen yang diterima daripada saham IDX akan dikenakan agent fee & handling fee.
Untuk pasaran Indonesia, caj yang dikenakan ialah SGD10.
Perlu diingat, dividen luar negara juga tertakluk kepada cukai pegangan (withholding tax) oleh kerajaan Indonesia.

6. Status Saham Patuh Syariah

Bagi pelabur yang menitikberatkan aspek pelaburan patuh Syariah, anda boleh semak status terus di platform iTrade.
Saham yang patuh Syariah akan dipaparkan dengan simbol “SYR” di bawah ruangan Category.

7. Data Pasaran IDX

Platform CGS iTrade menawarkan data harga pasaran IDX tertangguh selama 15 minit.
Walaupun bukan real-time, ia masih mencukupi untuk pelabur runcit membuat keputusan berdasarkan pergerakan harga jangka sederhana.

8. Deposit Minimum

Tiada had deposit minimum ditetapkan untuk melabur di pasaran luar negara, termasuk IDX.
Ini memberi peluang kepada pelabur baru untuk mula dengan modal kecil dan berkembang secara berperingkat.

9. Pengeluaran & Pertukaran Mata Wang

Apabila menjual saham, anda boleh pilih untuk menerima hasil jualan (sales proceed) dalam:

  • MYR, atau
  • IDR, dengan memilih Settlement Currency: IDR.

Jika anda memilih IDR, baki tersebut akan disimpan dalam trust account dan boleh digunakan semula untuk pembelian saham di IDX.

Untuk pengeluaran, Dealer / Remisier akan bantu lakukan penukaran IDR kepada MYR.
Waktu pemprosesan (cut-off time conversion) ialah sebelum jam 11 pagi.

10. Tempoh Settlement

Tempoh penyelesaian transaksi di IDX adalah T+2, iaitu dua hari bekerja selepas tarikh dagangan.

Kelebihan Melabur di Pasaran Saham Indonesia (IDX)

Melabur di pasaran luar negara bukan sekadar peluang keuntungan, tetapi juga strategi penting untuk diversifikasi portfolio. Berikut beberapa sebab kenapa pasaran Indonesia patut dipertimbangkan oleh pelabur Malaysia:

1. Ekonomi Kedua Terbesar di ASEAN

Indonesia merupakan ekonomi kedua terbesar di rantau ini selepas Singapura, dan dijangka menjadi antara ekonomi ke-10 terbesar dunia menjelang 2030. Ini menjadikan pasaran sahamnya sangat dinamik dan berkembang.

2. Populasi Muda & Pasaran Pengguna Besar

Dengan lebih 270 juta penduduk dan majoriti berusia bawah 35 tahun, Indonesia menawarkan potensi pertumbuhan besar untuk sektor pengguna, runcit, makanan dan teknologi.

3. Akses Kepada Syarikat Berkualiti

IDX menempatkan banyak syarikat kukuh seperti Bank Central Asia (BCA), Telkom Indonesia, dan Unilever Indonesia antara nama besar dengan asas kewangan yang stabil.

4. Diversifikasi Portfolio

Melabur di IDX membantu pelabur Malaysia mengurangkan risiko pasaran tempatan. Apabila pasaran Malaysia perlahan, pasaran Indonesia yang aktif boleh menampung prestasi portfolio keseluruhan.

5. Potensi Pulangan Dividen & Pertumbuhan Modal

Beberapa syarikat di IDX menawarkan kadar dividen menarik dan berpotensi untuk pertumbuhan jangka panjang selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Jadi, melalui CGS iTrade, pelabur kini boleh mengembangkan portfolio ke luar negara dengan mudah termasuk pasaran saham Indonesia yang sedang meningkat naik.
Dengan proses pendaftaran yang ringkas, kadar brokerage yang kompetitif dan pilihan pelaburan yang luas, inilah masa sesuai untuk meneroka peluang baharu di rantau ASEAN.