Farm Fresh Bakal Terbit IPO Hujung Tahun 2020

SERDANG: Farm Fresh Sdn Bhd bakal menjadi syarikat pengeluar tenusu pertama negara disenaraikan di Bursa Malaysia.

Ketua Pegawai Operasinya, Azmi Zainal berkata, pihaknya dalam proses permohonan penyenaraian dan bakal menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO).

“Kami jangkakan IPO diterbitkan pada November 2020 dan sekarang kita masih dalam proses melengkapkan IPO berkenaan.

“Dari segi nilai jualan dan semuanya kita memang sudah layak untuk ke IPO dan kami memang ke arah itu berikutan ramai yang meminta Farm Fresh menerbitkan IPO.

“Sekarang memang sudah sampai masanya bagi kami ke Bursa dan IPO ini mengambil masa setahun untuk dilengkapkan semuanya,” katanya yang ditemui sempena sesi lawatan ke ladang Farm Fresh di Ladang 16, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Azmi berkata, menjelang 2020 pihaknya menjangkakan untuk mencapai RM380 juta jualan dengan 20 hingga 25 peratus disumbangkan daripada segmen usahawan Farm Fresh.

Beliau berkata, melangkah ke hadapan pihaknya akan membuka ladang baharu Farm Fresh di Perak dan Pahang pada tahun depan.

“Buat masa ini, kami mempunyai empat ladang di Malaysia dan tiga di Australia yang mana ladang di Malaysia saja mampu menghasilkan kira-kira 20 juta liter susu setahun.

“Kami mengeluarkan lebih kurang 36 peratus daripada pengeluaran susu mentah negara dan bagi menampung permintaan yang sentiasa meningkat, kami turut memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) RM80 juta tahun depan,” katanya.

Kredit: Harian Metro

Siapa Pemilik Sebenar Farm Fresh?

Pengasas Farm Fresh adalah Loi Tuan Ee yang berasal dari Perak, beliau juga merupakan CEO syarikat. Menyedari bahawa banyak produk tenusu di Malaysia yang diperbuat daripada susu yang dihasilkan semula atau tepung, beliau mengambil keputusan untuk membeli sebidang tanah kecil di Johor dan mengimport 60 ekor lembu Holstein Jersey dari Australia, dan seterusnya menubuhkan The Holstein Milk Company.

Impian beliau? Menghasilkan tenusu yang segar dan asli secara semula jadi.

Bagi membantu mengembangkan operasi syarikat, beliau telah mendapatkan bantuan rakan lamanya Azmi Zainal sebagai rakan kongsi dan COO, beserta dengan Ganesh Nadarajah sebagai CFO. Ini baru 1 Malaysia namanya.

Mereka juga membawa masuk Khazanah Nasional, agensi pelaburan strategik Kerajaan Malaysia, sebagai pelabur dalam syarikat ini. Kerjasama ini telah menyediakan sebuah asas yang kukuh bagi mencetuskan kejayaan syarikat yang seterusnya.

Bermula dengan hanya 60 ekor lembu, kawanan lembu yang dimiliki Loi kini berjumlah 3500 ekor dan berada di kelas kedua kemudahan yang bertaraf dunia.

Farm Fresh bakal menjadi syarikat tenusu kedua yang disenaraikan di Bursa Malaysia selepas Dutch Lady. Dengan back up dari khazanah sebagai pemegang saham utama (30% ), IPO Farm Fresh adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pembinaan: Laluan Jelas Di Sebalik Ketidaktentuan

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Saham Pilihan Utama: Gamuda, Sunway Construction (SCGB), dan Kerjaya Prospek (KPG). Antara 10 syarikat yang kami kaji yang melaporkan keputusan semasa suku terbaru ini, empat mencatat keputusan menepati jangkaan (SCGB, KPG, Inta Bina (INTA), MGB), lima tersasar dan satu mencapai unjuran. Risiko-risiko negatif berkenaan kos bahan yang lebih mahal akibat pertelingkahan di Asia Barat sebahagiannya dapat dikurangkan dengan memasuki kontrak berdasarkan model kos tokok, manakala untuk kontrak bayaran sekali gus tetap, arahan perubahan kerja mungkin dapat dirundingkan.

Margin bersih untuk saham-saham terbesar sektor (SCGB dan KPG)

Masih bagus pada 1QCY26, disebabkan oleh projek pusat data (DC) yang siap dengan cepat (sesetengah kontrak adalah berasaskan kos tokok dan bukannya berdasarkan bayaran sekali gus tetap) di samping akaun-akaun projek yang dimuktamadkan, yang seterusnya menyebabkan peruntukan dikembalikan. Sebaliknya, kontraktorkontraktor bermodal kecil hingga sederhana, khususnya kontraktor cerucuk, rataratanya mengalami penyusutan margin secara QoQ semasa 1QCY26 disebabkan oleh harga bahan lebih tinggi, terutamanya untuk diesel walaupun konflik Asia Barat hanya menjejaskan pasaran selama satu bulan.

Trend harga bahan terkini

Harga bar keluli memaparkan kenaikan 13% YoY pada bulan April sehingga mencapai kira-kira MYR2,300 setan, iaitu paras tertinggi sepanjang 16 bulan. Namun begitu, harga bar keluli sekarang masih jauh lebih rendah daripada paras puncak pada Apr 2022 yang mencecah MYR3,500 setan semasa krisis antara Rusia-Ukraine meruncing. Harga beg simen purata di Semenanjung Malaysia meningkat 8% YoY pada bulan April kepada MYR25.25 bagi setiap beg 50kg, sementara sesetengah kontraktor dilihat masih dapat memperolehnya pada harga MYR22-24 bagi setiap beg 50kg. Mengikut unjuran kami, setiap kenaikan 10% pada harga diesel, simen dan konkrit siap bancuh (RMC), margin bersih bagi kontraktorkontraktor besar yang kami kaji mungkin menurun kira-kira 0.5-0.7ppts.

Walaupun Jabatan Perdagangan AS berkata pada 31 Mei

Bahawa ia akan menguatkuasakan syarat-syarat kelayakan lesen untuk eksport cip kecerdasan buatan (AI) maju kepada syarikat-syarikat yang beribu pejabat di China, biarpun syarikat-syarikat tersebut turut menjalankan operasi dalam pasaran luar negara, kami dapat menghela nafas lega daripada perkembangan ini kerana pemaju DC utama iaitu GAM, SCGB, dan IJM Corp rata-ratanya tertumpu pada syarikat penyedia khidmat awan bukan dari China.

Prospek prasarana

Kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak akan menghentikan mahupun menangguhkan sebarang projek pembinaan sektor awam meskipun berdepan kenaikan kos yang didorong oleh gangguan bekalan dunia yang berkait dengan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Projek-projek prasarana penting yang akan datang

Termasuk kerja-kerja Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang (dianggarkan MYR3-4bn) dan Segmen 2 bagi LRT Pulau Pinang yang akan menghubungkan KOMTAR dan Penang Sentral (anggaran MYR5-6bn). Projek-projek lain yang diramalkan merangkumi pemanjangan jajaran antara Laluan Kereta Api Pantai Timur-Pelabuhan Klang (anggaran MYR600j-900j).

Faktor pemangkin utama untuk sektor ini

Sekiranya terdapat sebarang pelaksanaan mekanisme perkongsian kos antara Kerajaan dengan kontraktor untuk mengurangkan bebanan kenaikan harga dalam sektor pembinaan. Risiko-risiko utama termasuk pelancaran kerja yang merosot dan kekurangan pekerja buruh.

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.