IPO Powerwell Holdings Berhad Dah Boleh Apply Online, IPO Pertama Tahun 2020

Alhamdulillah, kita sambut tahun baru 2020 dengan adanya IPO baru yang bakal disenaraikan iaitu Powerwell Holdings Berhad.

Sumber: Bursa Malaysia

IPO Powerwell Holdings ini dibuka pada hari Khamis, 2 Januari 2020 dan akan ditutup pada hari Jumaat, 10 Januari 2020. Katanya saham bakal Powerwell bakal disenaraikan buat pertama kali di Bursa Malaysia pada hari Rabu, 22 Januari 2020.

Sumber: Bursa Malaysia

Sebanyak 145 juta unit saham baru bakal dijual kepada khalayak ramai pada harga RM0.25 seunit. Manakala 113 juta unit saham pula dijual melalui Private Placement.

Siapa Powerwell Holdings Ni?

Sumber: Laman Web Powerwell Holdings

Menurut laman web Powerwell, mereka merupakan pakar dalam membekalkan perkhidmatan pengurusan tenaga. Mereka juga berpengalaman lebih daripada 30 tahun dalam industri.

Projek Yang Pernah Powerwell Holdings Buat

Sumber: Laman Web Powerwell Holdings

Powerwell Holdings Nak Buat Apa Dengan Duit IPO?

Memetik sumber daripada BH Online:

“Pengarah Eksekutif (Pentadbiran) Powerwell, Catherine Wong, berkata daripada jumlah berkenaan, syarikat akan memperuntukkan sebanyak RM10.27 juta bagi tujuan perbelanjaan modal.

Katanya, ia termasuklah pembelian peralatan dan jentera mesin bagi menambah baik sistem ‘Enterprise Resourse Planning’ (ERP) Powerwell dan juga perkakasan berkaitan.

“Selain itu, RM3.87 juta juga akan diperuntukkan bagi tujuan perbelanjaan pensijilan dan RM3.62 juta bagi modal kerja. Baki RM4.10 juta juga diperuntukkan bagi anggaran perbelanjaan penyenaraian,” katanya pada sidang media sempena pelancaran prospektus Powerwell di sini, hari ini.”

Hadir sama pada majlis berkenaan adalah Pengarah Urusan Powerwell, Jason Tham; Pengarah Eksekutif (Operasi), Ricky Lee serta Pengarah Ketua Kewangan Korporat Mercury Securities Sdn Bhd, Denis Lim.

Powerwell dan anak syarikatnya secara prinsipal terbabit dengan rekaan, pengeluaran dan dagangan dalam produk pengedaran elektrik yang merangkumi ‘switchboards’ bervoltan rendah, ‘switchgears’ bervoltan sederhana dan produk lain yang berkaitan.

Pada masa ini, selain pasaran tempatan, Powerwell juga membekalkan produknya ke beberapa projek di luar negara termasuklah di Vietnam, Bangladesh, Indonesia, Filipina, Kemboja, Singapura, Pakistan, Myanmar, Dubai dan Jepun.

Syarikat berkenaan juga telah melantik pengedar di Bangladesh, Indonesia, Singapura, Filipina dan Pakistan.

Mengulas lanjut, Wong berkata, pihaknya akan terus meneroka peluang yang ada dalam projek berkaitan sektor pembinaan serta elektrik dan eletronik di dalam dan luar negara.

“Memandangkan semua projek yang kami jalankan pada masa ini adalah berdasarkan kontrak, maka kami terus agresif dalam meneroka projek baharu,” katanya.

Maklumat Kewangan Powerwell Holdings Yang Terkini

Sumber: Bursa Malaysia

Boleh tahan juga prestasi kewangan terkini yang dilaporkan Powerwell Holdings ni. Dalam suku terkini, syarikat mencatatkan pendapatan sebanyak RM26.8 juga dengan keuntungan selepas cukai sebanyak RM5.2 juta.

Status Patuh Syariah Powerwell Holdings Berhad?

Buat masa ini, belum ada sebarang keputusan berkenaan status patuh syariah bagi saham Powerwell ni.

Jom Beli IPO Powerwell Holdings Secara Online

Kita dah boleh beli melalui Maybank2U. Nak tahu lebih lanjut, ikut Tutorial Bergambar Mohon Saham IPO Menggunakan Maybank2U (TERKINI)

Juga boleh beli IPO Powerwell melalui CIMB Clicks. Nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk Tutorial Bergambar Beli Saham IPO Menggunakan CIMB Clicks.

Kenapa Nak Beli IPO?

Kalau nak tahu, Prestasi IPO Bagi Tahun 2019, Ada Yang Harganya Naik 115% Selepas Sehari. Di kala FBM KLCI turun 6% bagi tahun 2019, sebaliknya yang berlaku pula dengan IPO.

Pada tahun 2019, lebih daripada 80% IPO naik dalam masa sehari ianya disenaraikan, memang untung siapa yang dapat beli IPO ni.

Rahsia Nak Lulus IPO Dengan Mudah

Sebelum nak apply IPO ni, ada teknik dia. Ada rahsia dia. Pastikan kita tahu rahsia IPO nak senang lulus.

Patutlah kita tengok ada orang bila dia mohon IPO je konfem dapat. Tapi kita ni yang dah banyak kali cuba, asyik tak dapat-dapat je.

Nak tahu rahsianya, kena baca Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Timur Tengah Dilanda Konflik: Krisis Menjadi Peluang?

Risiko geopolitik jadi tumpuan utama

Peperangan Iran yang sedang berlaku sekarang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur, memandangkan ia memberikan kesan ekonomi yang runcing berkaitan kekurangan tenaga yang berlarutan. Harga minyak yang lebih tinggi untuk tempoh lebih lama menimbulkan risiko untuk Rizab Persekutuan AS (US Fed) menjadi lebih agresif. Para pelabur ekuiti rata-ratanya dilihat lebih munasabah, dengan mengambil kira jangkaan kes asas untuk konflik yang terkawal, yang bermakna strategi pembelian semasa harga lemah. Perjanjian gencatan senjata masih rapuh.

Semakin lama masa diambil untuk mencapai jalan penyelesaian atau jika terjerumus semula dalam pertelingkahan, semakin tinggi risiko pelabur hilang keyakinan dan menjual pegangan. Sekiranya kes asas gagal dicapai, pelabur akan menjadi lebih berhati-hati dan lebih menjaga simpanan tunai mereka. Kami anggarkan penilaian terendah buat FBM KLCI pada – 2SD (1,433 mata). Sebaliknya, pengakhiran yang berkekalan kepada konflik ini akan menyaksikan kenaikan harga susulan kelegaan, dengan tumpuan pada saham-saham pertumbuhan dan saham ketinggalan nilai yang terjejas oleh peperangan.

Keadaan makroekonomi dan jangkaan pelabur yang berubah-ubah

Andaian kes asas oleh Jabatan Ekonomi RHB, dengan kebarangkalian 60%, ialah situasi gencatan senjata yang berkekalan, dan premium risiko harga minyak mereda. Kes asas untuk ramalan makroekonomi rasmi oleh RHB tidak banyak dipinda, tetapi ia sekarang mengambil kira hanya satu potongan kadar US Fed untuk 2026 (daripada dua). Selagi saluran komunikasi antara watak-watak utama ini kekal terbuka apabila kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian tanpa mencalarkan reputasi, pasaran-pasaran mungkin boleh terus berharap penyelesaian akan muncul. Senario kes “lebih buruk” (kebarangkalian 30%) pula mengandaikan konflik yang berlarutan dan harga minyak meninggi.

Tempoh hari tambahan bagi harga minyak yang tinggi dan bekalan tenaga yang terhad kepada pasaran menimbulkan risiko inflasi berterusan, merendahkan pendapatan boleh belanja, menekan permintaan, menjejaskan keberuntungan syarikat, dan mendesak US Fed. Perjanjian keamanan yang berkekalan dapat mengurangkan kerosakan pada asas-asas makroekonomi dunia dan mengurangkan premium risiko dalam harga minyak mentah dengan ketara. Cabarannya dilihat pada butiran pelaksanaan – khususnya berhubung kebebasan untuk menelusuri Selat Hormuz dan pengesahan jumlah kerosakan secara beransur-ansur pada prasarana pengeluaran dan penapisan minyak di Negara-Negara Teluk.

Strategi

Berdasarkan andaian kes asas RHB, pada asasnya kami dapat kekal positif akan prospek untuk ekuiti dan membiarkan sasaran FBM KLCI kami untuk akhir tahun 2026 sama pada 1,780 mata buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, peperangan Iran ini mencerminkan tahap risiko geopolitik yang runcing yang berpunca daripada Pentadbiran Trump. Pendirian pelaburan berjaga-jaga yang disarankan dalam laporan prospek ekuiti 2026 kami berkisar tentang pendirian berwaspada pelabur, mentaliti dagangan, dan strategi pembelian semasa harga lemah, masih terpakai.

Landskap geopolitik yang semakin meruncing memerlukan pendirian yang lebih mengelakkan risiko, dengan tumpuan pada sektor-sektor yang lebih selamat (seperti tenaga, perladangan, penjagaan kesihatan, telekomunikasi, pengguna, dan REIT) dan pegangan tunai lebih tinggi. Berdasarkan kejadian dahulu, kami anggarkan tahap penilaian terendah bagi FBM KLCI pada -2SDatau 1,433 mata. Sentimen pasaran yang kembali positif terhadap risiko bermakna strategi pelaburan menumpu pada pertumbuhan dan saham-saham ketinggalan nilai dalam pasaran

Penganalisis
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.