Pemuda Ini Menganalisa 150 Jutawan Dan Ini Tiga Rahsia Kejayaan Mereka

Menyerap tingkah laku, perangai, strategi dan pelbagai aspek digunakan oleh mereka yang bergelar jutawan; boleh membantu dan mendorong kita ke arah kejayaan seperti mereka. Selagi kita bersedia untuk berdepan dengan apa jua bentuk cabaran, risiko dan halangan; kita berpotensi untuk melakar kejayaan dan bergelar jutawan satu hari nanti.

Pemuda yang bernama John, iaitu pemilik blog Esi Money telah menghabiskan masa beliau selama beberapa tahun untuk menemubual dan membuat kajian ke atas 150 jutawan. Beliau telah merumuskan 3 resipi utama untuk menjadi seorang jutawan seperti berikut:

1. Meningkatkan Dan Memperbanyakkan Potensi Sumber Pendapatan

Jika diimbas kembali, kebanyakan jutawan pada awalnya sangat menitik beratkan sumber pendapatan awal mereka. Menurut John, para jutawan pada awalnya bukanlah seperti yang kita sangkakan.

Mereka mengambil masa dan bekerja keras untuk membina kekayaan yang besar. Dalam erti kata lain, semakin cepat mereka membina punca sumber pendapatan mereka, semakin hampir misi mereka untuk merangkul status jutawan.

Sumber pendapatan tersebut dibina melalui pelbagai cabang dan kaedah, di antaranya dengan menggunakan pendapatan pekerjaan seharian mereka, dan perniagaan mereka di luar.

Sebahagian besar jutawan bermula dengan ‘gaji pendapatan yang rendah’, dan berusaha keras bagi meningkatkan nilai kemahiran seiring dengan keinginan mereka.

Selain itu juga, mereka sangat mengutamakan sumber pendapatan yang pelbagai. Contohnya hasil dari dividen pelaburan saham, pelaburan hartanah dan sebagainya.

2. Kawal Perbelanjaan

Salah satu rahsia yang paling mengejutkan hasil kajian terperinci John ialah, majoriti jutawan sangat berdisiplin dalam berbelanja. Tidak bermakna mereka tidak bersuka-ria untuk berbelanja mengikut keinginan, tetapi ianya sangat jarang dan hanya sesekali berlaku dalam kehidupan mereka.

Meningkatkan pengawalan dan disiplin dalam berbelanja adalah sangat penting, kerana ia adalah ciri-ciri utama untuk menjadi seorang jutawan. Tidak bermakna jika hari ini mendapat keuntungan sejuta ringgit, esok hari kita berbelanja sejuta ringgit.

Tujuan utama mereka mengawal perbelanjaan adalah untuk meningkatkan simpanan dan memaksimakan wang untuk dijadikan modal pelaburan mereka.

Sebaik sahaja kita berbelanja kurang daripada yang kita perolehi, menyimpan secara automatik, dan melabur secara berhemah; ini akan meningkatkan peluang kita untuk menjana kekayaan.

3. Mula Melabur Seawal Mungkin

Salah satu daripada elemen penting dalam pelaburan adalah ‘masa’. Laga lama kita biarkan sesuatu pelaburan itu berkembang, lebih tinggi nilai pelaburan tersebut bagi jangka masa panjang.

Mungkin kita boleh mula melabur ke dalam ilmu pada peringkat awal, sebelum memasuki dunia pelaburan sebenar. Ini bagi membolehkan kita mengenal diri kita, toleransi kita terhadap risiko, dan mempelbagaikan portfolio pelaburan kita.

Pelaburan adalah salah satu cara untuk meningkatkan pendapatan. Mana-mana jutawan sangat mengutamakan pelaburan dan membangunkan perniagaan untuk menjadi lebih maju.

Terlalu banyak instrumen pelaburan yang boleh kita melabur. Ada yang melabur ke dalam saham, hartanah dan sebagainya. Apabila kita dah kenal diri kita dan instrumen pelaburan yang ada; barulah kita yakin dengan pilihan yang ada.

Dan jangan sesekali melabur ke dalam sesuatu yang kita tak faham, takut-takut terkena scam pula nanti.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.