Harga Saham Industri Pertahanan Di Amerika Syarikat Melonjak Selepas Jeneral Perang Iran Dibunuh

Perang merupakan tragedi yang paling menakutkan dalam perdababan manusia, tidak kira zaman moden atau zaman silam. Setiap peperangan yang berlaku, kehilangan nyawa bagi kedua-belah pihak memang tidak dapat dielakkan sama sekali

Paling malang apabila kehilangan nyawa yang berlaku itu melibatkan orang awam. Secara kasarnya peperangan ini akan merugikan kedua belah pihak tetapi jika diperinci secara halus, ada pihak yang akan untung jika tercetusnya konflik peperangan.

Pihak yang paling untung jika peperangan berlaku adalah syarikat yang terlibat dalam menghasilkan senjata dan jentera perang.

Perang Dunia Ketiga Bakal Tercetus?

Minggu lepas, Kerajaan Amerika Syarikat telah membunuh seorang jeneral perang Negara Iran yang bernama Qassem Soleimani. Beliau merupakan seorang jeneral yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam memimpin pasukan tentera elit Negara Iran ketika beliau berada di Iraq.

Tindakan yang dilakukan oleh Donald Trump itu telah dijangka oleh ramai pihak dan beliau yang mendakwa pembunuhan yang dilakukan oleh negara tersebut bertujuan untuk mengelakkan lebih banyak serangan ganas yang dirancang oleh Jeneral Qassem terhadap kepentingan Amerika Syarikat di Asia Barat.

Pembunuhan yang dilakukan oleh Donald Trump ini adalah tindak balas yang dilakukan oleh negara tersebut terhadap pembunuhan dan serangan terhadap pengkalan tentera di Kirkuk dan kedutaan Amerika Syarikat di Baghdad yang dilakukan oleh pasukan militan di bawah pimpinan jeneral tersebut.

Dalam tragedi 27 Disember yang lepas, beberapa orang warga Amerika Syarikat  telah meninggal dunia termasuk kontraktor akibat serangan roket yang dilakukan oleh militan ke atas pengkalan tentera tersebut. Dan tiga  hari kemudian, kedutaan Amerika Syarikat diserang oleh para militan yang dipercayai mendapat arahan daripada Jeneral tersebut.

Kesan Yang Positif Kepada Industri Pertahanan Amerika Syarikat

Photo by UX Gun on Unsplash

Serangan yang dilakukan oleh pentadbiran Donald Trump terhadap Jeneral Qassem tersebut telah memberi kesan yang positif terhadap kenaikan harga saham syarikat di dalam industri pertahanan dan pembuatan senjata di negara tersebut. Dengan melakukan serangan tersebut, Amerika Syarikat telah mengisytiharkan perang terhadap Iran secara tidak langsung.

Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Donald Trump dilihat tidak begitu mesra dengan Iran dan sentiasa menekan Iran daripada segenap aspek jika dibandingkan dengan pentadbiran Barrack Obama yang terdahulu.

Di antara syarikat yang mendapat durian runtuh dengan kenaikan harga saham dalam tempoh satu hari selepas serangan tersebut adalah seperti berikut:

1. General Dynamics

Kenaikan Dalam Masa Sehari: Naik Sebanyak 0.8%

Market Capitalization: $51.9 billion

2. TransDigm

Kenaikan Dalam Masa Sehari: Naik Sebanyak 1.1%

Market cap: $30.6 billion

3. Huntington Ingalls

Kenaikan Dalam Masa Sehari: Naik Sebanyak 1.6%

Market Capitalization: $10.6 billion

4. Raytheon

Kenaikan Dalam Masa Sehari: Naik Sebanyak  2.4%

Market Capitalization: $63.6 billion

5. L3Harris Technologies

Kenaikan Dalam Masa Sehari: Naik Sebanyak  3.6%

Market Capitalization: $46.4 billion

6. Lockheed Martin

Kenaikan Dalam Masa Sehari: Naik Sebanyak 4.2%

Market Capitalization: $117.4 billion

7. Northrop Grumman

Kenaikan Dalam Masa Sehari: Naik Sebanyak 5.5%

Market Capitalization: $62.7 billion

Saham Berkaitan Minyak Pun Naik

Selain dari saham yang melibatkan syarikat sektor pertahanan,saham syarikat yang melibatkan industri minyak juga turut terkena tempias kenaikan harga saham akibat serangan tersebut. Harga minyak mentah dunia telah naik sebanyak 3.1% kesan dari peristiwa itu.

Di antara faktor yang menyebabkan kenaikan bagi saham syarikat minyak adalah disebabkan Iran merupakan ahli negara OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries) yang bertanggunjawab mengeluarkan minyak mentah dunia.

Iran yang berikrar akan bertindak balas dan Amerika Syarikat telah menempatkan seramai 3,000 orang tentera di Asia Barat sebagai langkah berjaga-jaga.

Sumber Rujukan: https://markets.businessinsider.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tarif Trump Boleh Jejaskan Pertumbuhan Perdagangan Global Sehingga 10 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Kemungkinan berlaku pengurangan jumlah perdagangan global sebanyak 7.0 hingga 10 peratus dalam jangka masa sederhana hingga panjang sekali gus menandakan penurunan ketara jika cadangan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaksanakan.

Profesor di Stern School of Business, New York University (NYU), Steven A. Altman berkata senario itu boleh berlaku jika AS dan negara lain bertindak balas dalam bentuk tarif ke atas eksport AS.

Beliau juga mempertimbangkan kemungkinan kesan terhadap perdagangan global jika Trump meneruskan peningkatan tarif yang dicadangkan semasa kempen pilihan rayanya, termasuk pengenaan tarif 60 peratus ke atas semua import AS dari China, dan 10 peratus bagi import dari negara lain di seluruh dunia.

“Tarif ini berkemungkinan memperlahan pertumbuhan perdagangan global dengan ketara, walaupun tidak akan menjejaskan sepenuhnya,” katanya semasa taklimat media webinar mengenai pelancaran laporan DHL Trade Atlas hari ini.

Edisi 2025 itu menyediakan laporan mendalam mengenai landskap aliran import dan eksport global.

Laporan yang diterbitkan dengan kerjasama Stern School of Business, NYU itu meliputi hampir 200 negara, meneliti trend pertumbuhan perdagangan, peralihan dari segi geografi, campuran produk yang didagangkan dan perubahan menyeluruh dalam persekitaran perniagaan.

Altman berkata tanpa pelaksanaan sepenuhnya tarif yang dicadangkan Trump, perdagangan global dijangka berkembang kira-kira 16 peratus menjelang 2029, berbanding tahap unjuran 2024.

“Walaupun di bawah anggaran paling pesimistik iaitu pengurangan jumlah perdagangan sebanyak 10 peratus menjelang 2029, pertumbuhan perdagangan yang positif masih akan berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang, walaupun jauh lebih rendah daripada senario asas itu,” katanya.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.