Pelabur Institusi Bakal Untung Besar Dengan IPO Ant Group, Termasuklah Khazanah Nasional

Pernah dengar tentang Ant Group? Kalau nak tahu, syarikat ini yang diasaskan oleh Alibaba (Jack Ma) pada tahun 2003 dan merupakan sebuah platform pembayaran online di China.

Sebelum ini, mereka dikenali sebagai AliPay dan bertukar nama menjadi Ant Group pada tahun 2014 apabila Alibaba membuka peluang pelaburan kepada orang ramai daripada sektor swasta.

Sumber gambar : asiatimes.com

Dan pada tahun 2018, Ant Group membuka peluang kepada pelabur dari luar China untuk melabur ke dalamnya.

Di antara jerung-jerung yang merebut peluang untuk melabur ke dalam Ant Group adalah GIC Private Limited (dulunya dikenali sebagai Government of Singapore Investment Corporation) dan Temasek Holdings dari Singapura, Canada Pension Plan Investment Board dari Kanada, Silver Lake, Warburg Pincus, Carlyle Group, General Atlantic, T. Rowe Price dari Amerika Syarikat; dan Khazanah Nasional dari Malaysia.

Nilai Pelaburan Naik 100%

Kita ambil contoh Khazanah Nasional yang melabur sebanyak USD650 juta pada tahun 2018, sebaik saja Ant Group ini disenaraikan di pasaran saham Hong Kong pada tarikh 5 November; nilai tersebut akan naik sekali ganda menjadi USD1.3 bilion.

Apabila disenaraikan nanti, Ant Group dijangka dapat lebih kurang USD35 bilion. Ia akan menjadikan IPO Ant Group ini yang terbesar di dunia, mengalahkan Saudi Aramco.

Dan katanya harga saham Ant Group bakal naik, kerana syarikat itu sendiri sangat menguntungkan. Di kala pandemik Covid-19 melanda dunia, Ant Group seolah-olah tidak terkesan langsung.

Sekiranya pada tahun 2019, Ant Group menjana keuntungan sebanyak USD2.6 bilion, setakat 6 bulan tahun pertama 2020 – mereka telah untung USD3.1 bilion!

Sumber Rujukan: The Wall Street Journal

Fundamental memang power, memang elok sangat sekiranya Khazanah Nasional hold saham Ant Group ini untuk jangka masa panjang.

Selain itu juga, Jack Ma bakal tersenarai di dalam 10 bilionaire terkaya dunia memandangkan Alibaba memegang sebanyak 33% saham di dalam Ant Group ini. Dan seramai 17 orang pekerja Alibaba juga bakal menjadi bilionaire setelah lama memegang saham Ant Group.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pembinaan: Laluan Jelas Di Sebalik Ketidaktentuan

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Saham Pilihan Utama: Gamuda, Sunway Construction (SCGB), dan Kerjaya Prospek (KPG). Antara 10 syarikat yang kami kaji yang melaporkan keputusan semasa suku terbaru ini, empat mencatat keputusan menepati jangkaan (SCGB, KPG, Inta Bina (INTA), MGB), lima tersasar dan satu mencapai unjuran. Risiko-risiko negatif berkenaan kos bahan yang lebih mahal akibat pertelingkahan di Asia Barat sebahagiannya dapat dikurangkan dengan memasuki kontrak berdasarkan model kos tokok, manakala untuk kontrak bayaran sekali gus tetap, arahan perubahan kerja mungkin dapat dirundingkan.

Margin bersih untuk saham-saham terbesar sektor (SCGB dan KPG)

Masih bagus pada 1QCY26, disebabkan oleh projek pusat data (DC) yang siap dengan cepat (sesetengah kontrak adalah berasaskan kos tokok dan bukannya berdasarkan bayaran sekali gus tetap) di samping akaun-akaun projek yang dimuktamadkan, yang seterusnya menyebabkan peruntukan dikembalikan. Sebaliknya, kontraktorkontraktor bermodal kecil hingga sederhana, khususnya kontraktor cerucuk, rataratanya mengalami penyusutan margin secara QoQ semasa 1QCY26 disebabkan oleh harga bahan lebih tinggi, terutamanya untuk diesel walaupun konflik Asia Barat hanya menjejaskan pasaran selama satu bulan.

Trend harga bahan terkini

Harga bar keluli memaparkan kenaikan 13% YoY pada bulan April sehingga mencapai kira-kira MYR2,300 setan, iaitu paras tertinggi sepanjang 16 bulan. Namun begitu, harga bar keluli sekarang masih jauh lebih rendah daripada paras puncak pada Apr 2022 yang mencecah MYR3,500 setan semasa krisis antara Rusia-Ukraine meruncing. Harga beg simen purata di Semenanjung Malaysia meningkat 8% YoY pada bulan April kepada MYR25.25 bagi setiap beg 50kg, sementara sesetengah kontraktor dilihat masih dapat memperolehnya pada harga MYR22-24 bagi setiap beg 50kg. Mengikut unjuran kami, setiap kenaikan 10% pada harga diesel, simen dan konkrit siap bancuh (RMC), margin bersih bagi kontraktorkontraktor besar yang kami kaji mungkin menurun kira-kira 0.5-0.7ppts.

Walaupun Jabatan Perdagangan AS berkata pada 31 Mei

Bahawa ia akan menguatkuasakan syarat-syarat kelayakan lesen untuk eksport cip kecerdasan buatan (AI) maju kepada syarikat-syarikat yang beribu pejabat di China, biarpun syarikat-syarikat tersebut turut menjalankan operasi dalam pasaran luar negara, kami dapat menghela nafas lega daripada perkembangan ini kerana pemaju DC utama iaitu GAM, SCGB, dan IJM Corp rata-ratanya tertumpu pada syarikat penyedia khidmat awan bukan dari China.

Prospek prasarana

Kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak akan menghentikan mahupun menangguhkan sebarang projek pembinaan sektor awam meskipun berdepan kenaikan kos yang didorong oleh gangguan bekalan dunia yang berkait dengan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Projek-projek prasarana penting yang akan datang

Termasuk kerja-kerja Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang (dianggarkan MYR3-4bn) dan Segmen 2 bagi LRT Pulau Pinang yang akan menghubungkan KOMTAR dan Penang Sentral (anggaran MYR5-6bn). Projek-projek lain yang diramalkan merangkumi pemanjangan jajaran antara Laluan Kereta Api Pantai Timur-Pelabuhan Klang (anggaran MYR600j-900j).

Faktor pemangkin utama untuk sektor ini

Sekiranya terdapat sebarang pelaksanaan mekanisme perkongsian kos antara Kerajaan dengan kontraktor untuk mengurangkan bebanan kenaikan harga dalam sektor pembinaan. Risiko-risiko utama termasuk pelancaran kerja yang merosot dan kekurangan pekerja buruh.

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.