
Volume didefinisikan sebagai sebuah aktiviti mewakili jual beli yang melibatkan pedagang dan juga pelabur. Setiap unit volume dalam pasaran mencerminkan tindakan kedua belah pihak (penjual dan pembeli). Seorang pedagang (trader) menjual sebuah saham dan manakala seorang pedagang yang lain membeli saham tersebut maka dalam volume terhasil angka satu transaksi. Manakala volume harian ialah bilangan kontrak atau saham yang di dagangkan dalam satu hari.
Seorang penganalisis pasaran biasanya memplot Volume Indicator sebagai sebatang bar yang berbentuk histogram menegak. Semakin tinggi ketinggian bar tersebut maka semakin banyak aktiviti jual beli yang telah berlaku. Perubahan sejumlah kuantiti dalam volume akan menghasilkan penurunan atau kenaikan sesebuah aset yang di dagangkan. Perubahan dalam volume memberikan petunjuk awal sama ada trend pasaran berkemungkinan berterusan atau bertukar arah.
Walaubagaimanapun sesetengah pedagang atau pelabur, berpendapat bahawa harga sudah mencerminkan semua maklumat mengenai pasaran tersebut dan mereka lebih mengabaikan informasi volume, disebabkan alasan “anda hanya mencipta keuntungan berdasarkan perubahan harga, bukan pada perubahan volume”.
Manakala dari sudut yang lain, kebanyakan golongan profesional tahu bahawa menganalisis volume, boleh membantu mereka memahami pasaran dengan lebih mendalam dan berdagang atau melabur dengan lebih baik.
Terdapat 3 Cara Bagaimana Sebuah Volume Terhasil Dalam Pasaran:
- Bilangan sebenar saham atau kontrak yang didagangkan, seorang pembeli dan seorang penjual melakukan satu transaksi pada sebuah harga dan unit yang dipersetujui bersama, maka terhasillah 1 volume.- Sebagai contoh Bursa Saham New York(New York Stock Exchange), mereka akan melaporkan atau menyediakan informasi tersebut untuk kegunaan pengguna. Cara ini adalah yang paling jelas dan paling sesuai dijadikan salah satu bahan informasi dalam proses menganalisa pasaran.
 

- Jumlah dagangan yang berlaku dalam sesebuah pasaran contohnya terdapat 5,000 individu yang ingin menjual saham atau kontrak dan terdapat 20,000 yang ingin membeli saham dan kontrak yang sama tetapi tidak mengira harga dan unit yang dipersetujui bersama. Hanya memfokus kepada jumlah keseluruhan peserta pasaran yang berdagang.- Contohnya Bursa Saham London (LSE) yang menggunakan kaedah seperti ini. Ianya kurang efektif dan kurang berkesan untuk digunakan dalam menganalisis volume pasaran.
 

- Tick Volume. Jumlah perubahan volume, dalam sesuatu tempoh masa (time-frame) yang lebih kecil daripada daily time-frame. Contohnya time-frame 15 minit, 1 jam, 4 jam dan sebagainya.- Kebanyakan bursa niaga hadapan (Futures market) di Amerika Syarikat tidak melaporkan tick Volume untuk intraday. Kemudiannya para pedagang intraday menggunakan tick volume melalui proxy lain.
 












