Senarai Terkini Saham Syarikat Patuh Syariah di Bursa Malaysia November 2018

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS).

Senarai kemas kini yang berkuat kuasa mulai 30 November 2018, mengandungi 689 sekuriti patuh Syariah. Sekuriti-sekuriti ini mewakili 76 peratus daripada 902 sekuriti tersenarai di Bursa Malaysia.

Senarai tersebut termasuk 33 sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah manakala 34 sekuriti telah dikeluarkan daripada senarai terdahulu yang diterbitkan pada Mei 2018.

Senarai penuh yang dikemas kini dua kali setahun berdasarkan penyata kewangan tahunan terkini syarikat yang telah diaudit, boleh didapati di laman sesawang SC iaitu di https://www.sc.com.my/data-statistics/islamic-capital-market/list-of-shariah-compliant-securities-by-scs-shariah-advisory-council/. Senarai kemas kini seterusnya akan diterbitkan pada Mei 2019, berdasarkan penyata kewangan yang telah diaudit yang dikeluarkan sehingga 31 Mac 2019.

Senarai Saham Yang Baru Jatuh Patuh Syariah

Di antara nama besar yang kini syariah-compliant adalah BCM Alliance, Hengyuan, Securemetric (yang baru ini keluar IPO katanya tak patuh Syariah) dan banyak lagi seperti di atas.

Senarai Saham Yang Baru Terkeluar Patuh Syariah

Manakala nama-nama besar yang terkeluar daripada senarai patuh Syariah adalah Hong Leong Industries, QES, Malaysian Pacific Industries (MPI) dan banyak lagi.

Apa nak buat kalau saham yang kita beli sebelum ini patuh Syariah, tapi bukan lagi patuh Syariah mengikut pengumuman terkini Suruhanjaya Sekuriti?

1. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Melebihi Pelaburan Pokok

2. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Kurang Daripada Pelaburan Pokok

Macam Mana Nak Kenal Saham Patuh Syariah?

Selain daripada rujuk dekat laman web Suruhanjaya Sekuriti, kita juga boleh tengok di trading platform dan akan ada simbol yang membezakannya dengan saham-saham syarikat yang tidak patuh syariah.

Contohnya ada simbol ‘[S]’ atau simbol bulat kecil [°] di sebelah nama saham.

Kini Ada 689 Saham Syarikat Di Bursa Malaysia Yang Patuh Syariah

Boleh muat turun senarai tersebut di laman web Suruhanjaya Sekuriti.

Kini kita ada 689 sekuriti patuh Syariah yang mewakili 76 peratus daripada 902 sekuriti tersenarai di Bursa Malaysia.

Kenapa Status Patuh Syariah Penting?

Kita sebagai orang Islam, wajib untuk kita pilih sesuatu yang halal. Jangan ragu-ragu lagi untuk membeli saham patuh Syariah, kerana ianya perlu melalui proses audit yang ketat. Bukan senang-senang nak dapat status patuh Syariah, kerana perlu mematuhi Tanda Aras Aktiviti Perniagaan 5% dan 20% serta Tanda Aras Nisbah Kewangan.

Nak tahu lebih lanjut, boleh baca Bagaimana Nak Tentukan Sesuatu Saham Itu Patuh Syariah Atau Tidak?

Berkenalan Dengan Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhunjaya Sekuriti

Bukan calang-calang orang yang menjadi ahli MPS ini, kesemua mereka ada kelulusan dan memang pakar dalam bidang kewangan Islam.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti
Previous ArticleNext Article

2 Comments

  1. As salam tuan, sy nk tny.. Sy ade beli saham sanichi ketika ia patuh syariah..slps sy tahu sanichi dah jd konvensional sy terlupa nk jual sblm disember nie..klu sy jual skrg,mcm mn sy nak bersihkan duit hasil jualan saham tersebut?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Air Selangor Selesai Terbit Sukuk SRI Bernilai RM1.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) — Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berjaya menyempurnakan terbitan tranche ketujuh dan terbesar sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) di bawah program Sukuk Kelestarian Air Selangor bernilai RM1.5 bilion.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata terbitan tersebut merangkumi lima siri sukuk dengan tempoh matang antara tujuh hingga 25 tahun.

Ia merupakan terbitan kelapan di bawah Program Sukuk Murabahah Air Selangor yang dinaikkan hadnya kepada RM20 bilion bagi menyokong keperluan infrastruktur jangka panjang dan matlamat kemampanan syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Adam Saffian Ghazali berkata sambutan yang menggalakkan terhadap sukuk SRI sebelum ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap daya tahan kewangan syarikat serta komitmen bersama ke aras kemajuan mampan.

Beliau berkata untuk terbitan kali ini, ia menerima permintaan tinggi daripada pelabur, dengan lebihan langganan sebanyak 2.51 kali dan jumlah nilai perolehan kontrak mencecah RM3.77 bilion, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Air Selangor dalam pasaran sukuk mampan.

“Program Sukuk Murabahah itu turut menerima pengukuhan semula penarafan kredit AAA jangka panjang dengan tinjauan stabil oleh RAM Rating Services Bhd pada 28 Ogos 2025, membuktikan asas kredit program yang kukuh,” katanya.

Air Selangor berkata hasil daripada penerbitan sukuk SRI ini akan digunakan bagi membiayai projek-projek layak yang sejajar dengan keutamaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) syarikat serta Rangka Kerja Sukuk Kelestarian Pembangunan Mampan.

Antara projek utama yang bakal menerima pembiayaan termasuk inisiatif bekalan air mampan dan pengurusan sumber air seperti Skim Bekalan Air Rasau serta program penggantian paip, yang mencerminkan komitmen Air Selangor dalam memastikan jaminan bekalan air jangka panjang untuk generasi akan datang, kata syarikat itu.
— BERNAMA