Tips Ringkas Menguruskan Risiko Dalam Perdagangan Saham

Sebagai seorang trader, apakah kunci untuk membuat wang yang konsisten dalam pasaran dari masa ke masa supaya anda dapat menjalani hidup yang sempurna? Jawapannya sangat mudah, lagi lama anda bermain dengan pasaran, lagi banyak perkara yang anda akan belajar.

Malah, lagi lama anda bertahan, maka pasti akan muncul satu peluang yang memberi anda kelebihan dan pasaran kelihatan seakan-akan berpihak kepada anda.

Walau bagaimanapun, kebanyakannya tidak mampu bertahan lama dan mereka akan menutup akaun pelaburan lebih awal sebelum keadaan berpihak kepada mereka. Faktor utama perkara ini berlaku kerana kelemahan dalam menguruskan risiko.

Berikut adalah bagaimana anda mampu menjana keuntungan dengan menguruskan risiko anda sebaiknya:

  1. Tetapkan satu amaun yang anda mampu hilang. Amaun tersebut akan menjadi penanda aras untuk anda menanggung kerugian. Jadi, sekiranya anda kerugian di bawah tanda aras tersebut, anda masih mampu tersenyum dan berasa lega kerana anda hanya kehilangan wang hangus anda dan bukan kesemua modal.
  2. Cari kelebihan anda dan gunakan sebaiknya untuk mengaut keuntungan besar. Anda hanya perlu mengaut keuntungan yang besar sekali untuk menutupi kerugian kecil yang anda sering alami.

Secara jujur, begitu mudah untuk anda menjana keuntungan tetapi semua itu memerlukan kesabaran kerana setiap kemahiran yang anda belajar akan mengambil masa yang agak lama untuk anda menukarkannya menjadi keuntungan.

Ramai yang berputus asa di tengah-tengah jalan dan hanya mencari peluang untuk mengaut keuntungan dalam masa yang singkat sehinggalah akhirnya tiada lagi wang untuk terus bermain dalam pasaran.

Kebanyakan trader juga banyak memberikan tumpuan dan masa mereka kepada aspek-aspek yang salah dalam perdagangan. Ya, strategi perdagangan, entri perdagangan, analisis teknikal adalah semua aspek yang penting dan anda perlu tahu apa yang anda lakukan. Anda juga perlu mempunyai pelan dagangan dan memahami apa kelebihan anda untuk terus menjana keuntungan.

Namun, perkara-perkara ini sahaja tidak cukup. Anda perlu tahu “bahan api” yang yang betul untuk memastikan “api” anda sentiasa hidup dalam pasaran. “Bahan api” ibarat pengurusan risiko dalam perdagangan.

Anda perlu faham pengurusan risiko yang betul dan betapa pentingnya ia serta bagaimana untuk melaksanakannya dalam dagangan anda. Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberikan anda sedikit pemahaman itu.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

3,033 Kerusi Urut, RM40 Juta Setahun: Cerita IPO RNG Tech

Sumber : https://restngo.com.my/

Syarikat di sebalik jenama ‘Rest N Go’, RNG Tech Berhad, kini bersedia untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia. Menurut laporan daripada The Edge dan Bernama, RNG Tech telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia untuk penyenaraian awam awal (IPO).

RNG Tech mengendalikan rangkaian terbesar kerusi urut automatik di Malaysia di bawah jenama ‘Rest N Go’. Walaupun ramai yang anggap kerusi urut ini nampak jarang digunakan, model perniagaan mereka sebenarnya menghasilkan pendapatan yang konsisten dan margin keuntungan yang tinggi.

Para suami mesti biasa nampak kerusi urut “Rest N Go” ni dekat mall. Port wajib bila isteri tengah shopping 3 jam. RM10 untuk 10 minit. Kadang-kadang baru nak lena, isteri dah call: “Abang, tolong pegang beg kejap.”

3,033 Kerusi Urut, RM40 Juta Setahun

RNG Tech mengendalikan 3,033 kerusi urut automatik di seluruh Malaysia, dari pusat beli-belah hingga lapangan terbang. Setiap kerusi nampak tak sibuk, tapi secara purata hasilkan kira-kira RM36 sehari bersamaan lebih kurang 36 minit penggunaan sehari.

Kalau dikumpul semua, hasil keseluruhan cecah RM40.3 juta setahun, dengan margin untung bersih 36%. Maknanya setiap RM100, syarikat untung RM36.

Kenapa RNG Tech Nak IPO?

Secara ringkasnya, dana akan digunakan untuk :

  • Menambah lagi kerusi urut baharu di lokasi strategik : R&R, lapangan terbang, hospital dan universiti.
  • Modal kerja untuk menyokong pertumbuhan, penyelenggaraan, deposit sewaan tapak, dan operasi.
  • Menaik taraf sistem pengurusan mesin (MRS & SPI) supaya proses kutipan, penyelenggaraan dan data lebih automatik.
  • Pembayaran balik pinjaman / kurangkan liabiliti bagi memperkemas struktur kewangan.
  • Membina kredibiliti & jenama antarabangsa — sebab penyenaraian IPO beri kepercayaan pada rakan niaga dan pelabur asing.

Bisnes Skala, Bukan Sekadar Satu Kerusi

Model bisnes RNG Tech bukan bergantung pada satu lokasi. Ia bergantung pada kuantiti dan capaian. Walaupun setiap kerusi tak digunakan lama, syarikat masih boleh buat untung sebab ribuan kerusi beroperasi secara serentak. Sama konsep macam vending machine atau ATM. Setiap satu sumbang sedikit, tapi bila dikali beribu unit, jumlahnya menjadi luar biasa.

Kesimpulan: Bisnes Senyap, Duit Banyak

Kadang-kadang bisnes yang nampak kecil, senyap atau ‘tak glamor’ inilah yang kukuh. Tak perlu hype, tak perlu viral. Cukup dengan model automatik, margin tinggi dan aliran tunai stabil.

Kerusi urut ni nampak kosong dari jauh, tapi dalam senyap… dia tengah buat duit.

Baca lagi prospektus RNG Tech di laman web Bursa Malaysia.

Bila boleh mohon IPO RNG? Buat masa ini, RNG Tech telah memfailkan prospektus exposure untuk penyenaraian di Pasaran ACE. Tarikh rasmi belum diumumkan.

Penafian (Disclaimer) : Maklumat dalam artikel ini bertujuan untuk pendidikan umum dan bukan nasihat pelaburan. Semua angka (contoh: hasil, margin, bilangan kerusi) adalah berdasarkan dokumen prospektus dan laporan media yang diyakini dan boleh berubah dari semasa ke semasa. MajalahLabur dan penulis tidak menerima sebarang imbuhan/penajaan untuk artikel ini dan tidak mempunyai kepentingan langsung dalam sekuriti yang disebut, melainkan dinyatakan.