Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi September 2019

Seperti mana yang kita sedia maklum, bulan September bukanlah bulan yang begitu baik untuk para pelabur saham. Indeks FBM KLCI turut mencatatkan penurunan dan kelihatan lesu sepanjang sebulan yang lalu.

Maka ramai juga yang rugi besar kesan daripada ini. Tak percaya? Tengok saja senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan September 2019 di bawah:

Sumber: iSaham Screener

1. Ikhmas Jaya Group

Sumber: Bursa Marketplace

2. Vsolar Group

Sumber: Bursa Marketplace

3. Concrete Engineering Producs (CEPCO)

Sumber: Bursa Marketplace

4. APFT Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

5. EA Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

6. Sumatec Resources

Sumber: Bursa Marketplace

7. PJBumi Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

8. Mudajaya Group

Sumber: Bursa Marketplace

9. MCT Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

10. TH Plantations

Sumber: Bursa Marketplace

Hampir Semua Yang Rugi Besar Adalah Saham Super Penny

Dahlah semua yang dalam senarai adalah merupakan penny stock, majority daripadanya adalah super penny. Bila harga rendah, potensi untuk naik cepat dan turun cepat adalah sangat tinggi.

Oleh itu, perlu ikut Trading Plan dan Cut Loss supaya kerugian tak melarat.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan April 2019 di atas adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener,  Value Investing Screener dan banyak lagi.

Tak Tahu Nak Beli Saham Apa? Memperkenalkan SpeedSaham

Masalah juga bila ada banyak saham di Bursa Malaysia, mesti tak tahu nak beli saham apa ni kan? Kalau boleh, kita nak cari yang boleh beri pulangan yang baik, betul tak? Maka sekarang dah ada SpeedSaham untuk membantu kita semua.

SpeedSaham adalah screener saham berasaskan web yang menggunakan algorithm untuk bantu tunjukkan saham-saham berpotensi bagi Short-Term, Mid-Term dan Long-Term.

This image has an empty alt attribute; its file name is Onpay-Prev-Banner-Home-700x350.jpg

Saham Short Term?

Sesuai untuk pedagang yang nak buat duit dalam masa sejam, 2 jam, 3 jam atau sehari dua.

Saham Mid Term?

Sesuai untuk pedagang yang nak buat duit dalam masa seminggu dua.

Saham Long Term?

Sesuai untuk pelabur simpan dan peram, buat duit dalam masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Nak tahu lebih lanjut tentang bagaimana SpeedSaham boleh membantu kita, tak kisah kita seorang pelabur atau pedagang; klik untuk melanggan atau tempah tempat duduk anda di sesi previu SpeedSaham.

Jumpa anda di sana!

*Penafian: Sebarang tindakan atau keputusan untuk berdagang/melabur berdasarkan saham-saham yang berpotensi ini adalah keputusan anda. Kami tidak bertanggungjawab ke atas keuntungan atau kerugian anda apabila berdagang/melabur.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Verdant Solar Holdings Berhad Bersiap Sedia Untuk Debut Di Pasaran ACE, Lancar Prospektus IPO

KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2025 – Verdant Solar Holdings Berhad (“Verdant” atau “Syarikat”), penyedia perkhidmatan Kejuruteraan, Pemerolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (“EPCC”) serta Operasi dan Penyelenggaraan (“O&M”) untuk sistem fotovoltaik (“PV”) solar di Malaysia, hari ini telah melancarkan prospektus Tawaran Awam Permulaan (“IPO”). Acara ini menandakan langkah penting ke arah penyenaraian Syarikat yang dicadangkan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) pada 22 Oktober 2025.

Dengan potensi pertumbuhan kukuh di tengah pasaran hartanah kediaman yang sedang rancak, disokong oleh program solar yang dimulakan kerajaan serta rekod pencapaian terbukti lebih daripada sedekad, Verdant menyasarkan untuk mengumpul hasil kasar dianggarkan sebanyak RM44.02 juta melalui terbitan 142,000,000 saham biasa baharu pada harga IPO RM0.31 sesaham. Berdasarkan modal saham terbitan diperbesarkan Syarikat sebanyak 817,618,243 saham dan harga IPO, permodalan pasaran Verdant dianggarkan berjumlah kira-kira RM253.46 juta.

Hasil daripada IPO akan disalurkan bagi menyokong pengembangan perniagaan Verdant. Daripada jumlah tersebut, 31.80% telah diperuntukkan untuk membiayai penubuhan pejabat cawangan bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan; 22.72% akan diperuntukkan untuk pengembangan melalui pelaburan strategik, peluang penggabungan dan pengambilalihan; dan 8.63% akan digunakan untuk meningkatkan infrastruktur digital Syarikat bagi memperkukuh kecemerlangan operasi. Baki selebihnya akan digunakan untuk modal kerja umum dan perbelanjaan berkaitan penyenaraian.

Sebagai kontraktor EPCC, Verdant terlibat secara utama dalam penyampaian menyeluruh projek solar PV turnkey, meliputi reka bentuk dan kejuruteraan awal, pemerolehan peralatan, pemasangan di tapak, ujian dan pentauliahan, serta perkhidmatan selepas jualan O&M melalui aplikasi Verdant Home App. Syarikat juga menjalankan perdagangan produk solar, termasuk jenama sendiri bagi sistem pengudaraan solar, Verdant Star.

Lim Tzer Haur, Pengarah Urusan Verdant Solar Holdings Berhad berkata, “Penyenaraian kami yang dicadangkan di Pasaran ACE bukan sahaja menandakan satu pencapaian tetapi juga bukti hampir sedekad dedikasi dan kepakaran. Dari permulaan kami pada 2015 hingga menjadi penyedia penyelesaian dan perkhidmatan solar menyeluruh yang dipercayai, IPO ini akan menyediakan platform untuk Verdant Solar mengekalkan dan mempercepatkan pertumbuhan kami. Dipandu oleh tujuan kami untuk ‘Mengubah Cara Orang Mendapatkan Tenaga’, kami kekal komited untuk menjadikan penyelesaian solar dapat diakses oleh semua.”

“Dengan hasil yang diperoleh, kami merancang untuk memperkukuh kehadiran pasaran melalui pejabat cawangan baharu di Melaka, Kuantan, dan Ipoh, berkembang melalui pelaburan strategik serta penggabungan dan pengambilalihan, dan meningkatkan infrastruktur digital kami, termasuk sistem ERP dan CRM serta aplikasi Verdant Home App. Dengan Program Solar ATAP yang bakal memacu permintaan pemasangan solar pada 2026, kami percaya inisiatif ini akan menempatkan kami untuk memanfaatkan peluang ini di Malaysia dan memastikan nilai jangka panjang kepada para pemegang kepentingan,” tambahnya lagi.

Bersempena pelancaran ini, tempoh permohonan untuk IPO Verdant Solar Holdings Berhad akan bermula hari ini (29 September) dan berakhir pada 7 Oktober 2025 jam 5.00 petang. Mercury Securities Sdn Bhd merupakan Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal, dan Ejen Penempatan Tunggal bagi IPO ini.