Top Glove Kini Syarikat Ketiga Terbesar Di Bursa Malaysia

Top Glove kini menjadi syarikat ketiga terbesar yang tersenarai di Bursa Malaysia dari segi modal pasaran yang mana mendahului Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ini berlaku apabila saham Top Glove naik sehingga 11% ke paras tertinggi RM24.50 pada pagi Isnin (13 Julai 2020).

Saham susut kepada RM23.90 pada pertengahan sesi Isnin tetapi masih tinggi daripada paras harga pembukaan RM22.50. Kini modal pasaran syarikat itu meningkat kepada RM65.7 billion lebih tinggi daripada syarikat tenaga milik kerajaan, TNB.

Hari Isnin sahaja, lebih daripada 20 juta saham Top Glove didagangkan yang mana semakin hampir kepada penyandang kedua modal pasaran terbesar iaitu Public Bank dan seterusnya Maybank di tempat pertama dengan RM88.8 billion.

Menurut Kenanga Investment Bank Bhd, Top Glove mampu mencapai harga RM32 seunit dengan prospek positif beberapa suku tahunan akan datang.

Setakat pada pukul lima petang Isnin, harga saham Top Glove ditutup pada RM24 dengan kenaikan 9.5%.

Syarikat ini dikatakan akan membuka dua buah kilang setiap tahun untuk menyamai permintaan global terhadap sarung tangan getah. Peningkatan harga saham Top Glove adalah jangkaan pelabur terhadap permintaan yang terus meningkat berikutan lonjakan kes positif terutamanya di Amerika Syarikat dan Brazil.

Jangkaan permintaan yang terus meningkat juga berikutan kesedaran orang ramai terhadap penjagaan daripada jangkitan kuman.

Buat masa ini, Top Glove mempunyai 45 buah kilang yang mana 34 daripadanya adalah kilang penghasilan sarung tangan yang mampu mengeluarkan 78.7 billion unit setahun.

MIDF Research meramalkan pengeluaran Top Glove akan meningkat 36% daripada 73.8 billion unit pada suku ketiga kepada 100.4 billion unit pada suku keempat 2021.

MIDF juga menaik taraf penilaiannya terhadap Top Glove daripada ‘neutral’ kepada ‘buy’ dengan sasaran harga seunit saham RM 26.12 daripada RM17.30 sebelum ini.

Ambank Research pula percaya momentum kenaikan saham syarikat ini akan berterusan dan menuju sasaran take-profit (TP) RM24.82 dan RM26.62 selepas ia menembusi paras resistance RM20.16 dengan jumlah dagangan yang tinggi.

Sumber rujukan:

https://www.malaymail.com
https://www.nst.com.my

Previous ArticleNext Article

4 Comments

  1. Syarikat Top Glove Global Investment…adakah syarikat ini sama dengan syarikat Top Glove.? Sebab syarikat Top Glove Global Investment ini telah mengambil deposit dari orang awam untuk tujuan pelaburan 24 jam dapat pulangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pembinaan: Laluan Jelas Di Sebalik Ketidaktentuan

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Saham Pilihan Utama: Gamuda, Sunway Construction (SCGB), dan Kerjaya Prospek (KPG). Antara 10 syarikat yang kami kaji yang melaporkan keputusan semasa suku terbaru ini, empat mencatat keputusan menepati jangkaan (SCGB, KPG, Inta Bina (INTA), MGB), lima tersasar dan satu mencapai unjuran. Risiko-risiko negatif berkenaan kos bahan yang lebih mahal akibat pertelingkahan di Asia Barat sebahagiannya dapat dikurangkan dengan memasuki kontrak berdasarkan model kos tokok, manakala untuk kontrak bayaran sekali gus tetap, arahan perubahan kerja mungkin dapat dirundingkan.

Margin bersih untuk saham-saham terbesar sektor (SCGB dan KPG)

Masih bagus pada 1QCY26, disebabkan oleh projek pusat data (DC) yang siap dengan cepat (sesetengah kontrak adalah berasaskan kos tokok dan bukannya berdasarkan bayaran sekali gus tetap) di samping akaun-akaun projek yang dimuktamadkan, yang seterusnya menyebabkan peruntukan dikembalikan. Sebaliknya, kontraktorkontraktor bermodal kecil hingga sederhana, khususnya kontraktor cerucuk, rataratanya mengalami penyusutan margin secara QoQ semasa 1QCY26 disebabkan oleh harga bahan lebih tinggi, terutamanya untuk diesel walaupun konflik Asia Barat hanya menjejaskan pasaran selama satu bulan.

Trend harga bahan terkini

Harga bar keluli memaparkan kenaikan 13% YoY pada bulan April sehingga mencapai kira-kira MYR2,300 setan, iaitu paras tertinggi sepanjang 16 bulan. Namun begitu, harga bar keluli sekarang masih jauh lebih rendah daripada paras puncak pada Apr 2022 yang mencecah MYR3,500 setan semasa krisis antara Rusia-Ukraine meruncing. Harga beg simen purata di Semenanjung Malaysia meningkat 8% YoY pada bulan April kepada MYR25.25 bagi setiap beg 50kg, sementara sesetengah kontraktor dilihat masih dapat memperolehnya pada harga MYR22-24 bagi setiap beg 50kg. Mengikut unjuran kami, setiap kenaikan 10% pada harga diesel, simen dan konkrit siap bancuh (RMC), margin bersih bagi kontraktorkontraktor besar yang kami kaji mungkin menurun kira-kira 0.5-0.7ppts.

Walaupun Jabatan Perdagangan AS berkata pada 31 Mei

Bahawa ia akan menguatkuasakan syarat-syarat kelayakan lesen untuk eksport cip kecerdasan buatan (AI) maju kepada syarikat-syarikat yang beribu pejabat di China, biarpun syarikat-syarikat tersebut turut menjalankan operasi dalam pasaran luar negara, kami dapat menghela nafas lega daripada perkembangan ini kerana pemaju DC utama iaitu GAM, SCGB, dan IJM Corp rata-ratanya tertumpu pada syarikat penyedia khidmat awan bukan dari China.

Prospek prasarana

Kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak akan menghentikan mahupun menangguhkan sebarang projek pembinaan sektor awam meskipun berdepan kenaikan kos yang didorong oleh gangguan bekalan dunia yang berkait dengan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Projek-projek prasarana penting yang akan datang

Termasuk kerja-kerja Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang (dianggarkan MYR3-4bn) dan Segmen 2 bagi LRT Pulau Pinang yang akan menghubungkan KOMTAR dan Penang Sentral (anggaran MYR5-6bn). Projek-projek lain yang diramalkan merangkumi pemanjangan jajaran antara Laluan Kereta Api Pantai Timur-Pelabuhan Klang (anggaran MYR600j-900j).

Faktor pemangkin utama untuk sektor ini

Sekiranya terdapat sebarang pelaksanaan mekanisme perkongsian kos antara Kerajaan dengan kontraktor untuk mengurangkan bebanan kenaikan harga dalam sektor pembinaan. Risiko-risiko utama termasuk pelancaran kerja yang merosot dan kekurangan pekerja buruh.

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.