Tutorial Cari Saham Undervalue atau Overvalue

Pernah dengar tentang saham Undervalue (bawah nilai) atau Overvalue (terlebih nilai)?

Sebagai pelabur saham, kita kena kaji sesuatu saham itu undervalue atau overvalue. Kenapa? Daripada situ, kita boleh pertimbangkan untuk membeli atau tidak saham tersebut.

Maksud saham undervalue ialah saham yang mempunyai harga semasa atau pasarannya lebih rendah daripada harga sebenar.

Begitu pula sebaliknya bagi saham overvalue. Saham overvalue adalah saham yang mempunyai harga terlebih dan lebih mahal berbanding nilainya.

Selain daripada entry price yang betul, prestasi syarikat juga perlu kita ambil kira.

Baca juga Buffett Indicator, Petunjuk Untuk Mengetahui Pasaran Saham Sesebuah Negara Undervalued Atau Overvalued

Nak tahu cara mudah tentukan sesuatu saham itu Undervalue atau Overvalue? Jom sama-sama kita lihat video kali ini dan share kan pada rakan-rakan lain.

Previous ArticleNext Article

3,033 Kerusi Urut, RM40 Juta Setahun: Cerita IPO RNG Tech

Sumber : https://restngo.com.my/

Syarikat di sebalik jenama ‘Rest N Go’, RNG Tech Berhad, kini bersedia untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia. Menurut laporan daripada The Edge dan Bernama, RNG Tech telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia untuk penyenaraian awam awal (IPO).

RNG Tech mengendalikan rangkaian terbesar kerusi urut automatik di Malaysia di bawah jenama ‘Rest N Go’. Walaupun ramai yang anggap kerusi urut ini nampak jarang digunakan, model perniagaan mereka sebenarnya menghasilkan pendapatan yang konsisten dan margin keuntungan yang tinggi.

Para suami mesti biasa nampak kerusi urut “Rest N Go” ni dekat mall. Port wajib bila isteri tengah shopping 3 jam. RM10 untuk 10 minit. Kadang-kadang baru nak lena, isteri dah call: “Abang, tolong pegang beg kejap.”

3,033 Kerusi Urut, RM40 Juta Setahun

RNG Tech mengendalikan 3,033 kerusi urut automatik di seluruh Malaysia, dari pusat beli-belah hingga lapangan terbang. Setiap kerusi nampak tak sibuk, tapi secara purata hasilkan kira-kira RM36 sehari bersamaan lebih kurang 36 minit penggunaan sehari.

Kalau dikumpul semua, hasil keseluruhan cecah RM40.3 juta setahun, dengan margin untung bersih 36%. Maknanya setiap RM100, syarikat untung RM36.

Kenapa RNG Tech Nak IPO?

Secara ringkasnya, dana akan digunakan untuk :

  • Menambah lagi kerusi urut baharu di lokasi strategik : R&R, lapangan terbang, hospital dan universiti.
  • Modal kerja untuk menyokong pertumbuhan, penyelenggaraan, deposit sewaan tapak, dan operasi.
  • Menaik taraf sistem pengurusan mesin (MRS & SPI) supaya proses kutipan, penyelenggaraan dan data lebih automatik.
  • Pembayaran balik pinjaman / kurangkan liabiliti bagi memperkemas struktur kewangan.
  • Membina kredibiliti & jenama antarabangsa — sebab penyenaraian IPO beri kepercayaan pada rakan niaga dan pelabur asing.

Bisnes Skala, Bukan Sekadar Satu Kerusi

Model bisnes RNG Tech bukan bergantung pada satu lokasi. Ia bergantung pada kuantiti dan capaian. Walaupun setiap kerusi tak digunakan lama, syarikat masih boleh buat untung sebab ribuan kerusi beroperasi secara serentak. Sama konsep macam vending machine atau ATM. Setiap satu sumbang sedikit, tapi bila dikali beribu unit, jumlahnya menjadi luar biasa.

Kesimpulan: Bisnes Senyap, Duit Banyak

Kadang-kadang bisnes yang nampak kecil, senyap atau ‘tak glamor’ inilah yang kukuh. Tak perlu hype, tak perlu viral. Cukup dengan model automatik, margin tinggi dan aliran tunai stabil.

Kerusi urut ni nampak kosong dari jauh, tapi dalam senyap… dia tengah buat duit.

Baca lagi prospektus RNG Tech di laman web Bursa Malaysia.

Bila boleh mohon IPO RNG? Buat masa ini, RNG Tech telah memfailkan prospektus exposure untuk penyenaraian di Pasaran ACE. Tarikh rasmi belum diumumkan.

Penafian (Disclaimer) : Maklumat dalam artikel ini bertujuan untuk pendidikan umum dan bukan nasihat pelaburan. Semua angka (contoh: hasil, margin, bilangan kerusi) adalah berdasarkan dokumen prospektus dan laporan media yang diyakini dan boleh berubah dari semasa ke semasa. MajalahLabur dan penulis tidak menerima sebarang imbuhan/penajaan untuk artikel ini dan tidak mempunyai kepentingan langsung dalam sekuriti yang disebut, melainkan dinyatakan.