Ulangkaji : Apa Dia ‘Bull Market’ Dan ‘Bear Market’ Dalam Pasaran Saham?

Dalam dunia pasaran saham mesti kita pernah terdenagar istilah Bull Market dan Bear Market bukan? Atau pernah melihat karikatur seekor lembu dan seekor beruang sedang berlawan? Apakah maksud di sebaliknya?

Biasanya apabila seekor lembu hendak menyerang, ianya akan membuat aksi menanduk dari bawah ke atas. Ini menggambarkan pasaran saham yang sedang menaik.

Sebaliknya apabila seekor beruang hendak menyerang, ianya akan berdiri tegak dan menyerang musuhnya dari atas. Ini menggambarkan pasaran saham sedang menurun.

Jika kita nak ceburkan diri dalam dunia pelaburan saham, kita harus bersiap sedia dengan ‘Bull Market’ dan ‘Bear Market’ ini. Kerana pasaran saham akan ada pasang surutnya, maka buatlah persiapan yang sebaiknya.

Ada kala kita untung, ada kala kita rugi. Itulah lumrah dalam pelaburan saham.

Apa Yang Menyebabkan ‘Bull Market’ Dan ‘Bear Market’?

Seperti yang sudah dikatakan tadi, ‘Bull Market’ menggambarkan situasi pasaran saham yang sedang meningkat secara keseluruhannya. Manakala ‘Bear Market’ pula menggambarkan keadaan pasaran saham yang sedang menurun.

Biasanya pasaran saham akan naik apabila ekonomi dunia berada dalam keadaan baik. Orang ramai mempunyai pekerjaan dan banyak berbelanja dan kemakmuran dirasai semua. Secara lumrahnya, pasaran saham akan turut naik.

Sebaliknya yang berlaku apabila kegawatan ekonomi berlaku. Ramai orang kehilangan pekerjaan dan terjejas sumber pendapatan, rakyat kurang berbelanja dan ramai yang menjadi susah. Apabila ini berlaku, pasaran saham akan turut merudum.

Ekonomi Gawat Setiap 10-12 Tahun

Jika dilihat kepada sejarah, ekonomi akan mengalami kegawatan setiap 10-12 tahun sekali. Masih ingatkan anda semua dengan Krisis Kewangan Asia yang berlaku pada tahun 1997? Pada ketika itu, pasaran saham Asia mengalami kejatuhan yang sangat dahsyat.

Seterusnya kita ada Krisis Subprime yang berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 2008. Kesannya sampai satu dunia dapat merasai, sehinggakan ada beberapa bank yang terpaksa gulung tikar.

Begitu juga halnya apabila Pandemik Covid-19 melanda dunia pada awal tahun 2020. Pasaran saham sedunia mula memasuki ‘Bear Market’ apabila indeks jatuh 20% daripada paras tertinggi yang dicatatkan.

Rebut Peluang Yang Ada

Dan setiap kali berlakunya ‘Bear Market’, biasanya ia tidak akan kekal lama. Setahun dua selepas itu, ekonomi kembali pulih dan pasaran saham naik semula.

Apabila vaksin Covid-19 mula diedarkan ke seluruh dunia, sempadan negara mula dibuka, orang ramai boleh keluar rumah seperti biasa; maka tunggulah kemunculan ‘Bull Market’ semula.

Persoalannya sekarang, adakah anda sudah bersedia? Akaun CDS dah ada?

Pernah dengar tentang buku Malaysia Melabur Saham? Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Beli Buku Ini?

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Tempah sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

Terima kasih lagi sekali kepada semua followers kami, semoga kita menjadi pelabur yang kaya dan berjaya.

Previous ArticleNext Article

Verdant Solar Holdings Berhad Bersiap Sedia Untuk Debut Di Pasaran ACE, Lancar Prospektus IPO

KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2025 – Verdant Solar Holdings Berhad (“Verdant” atau “Syarikat”), penyedia perkhidmatan Kejuruteraan, Pemerolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (“EPCC”) serta Operasi dan Penyelenggaraan (“O&M”) untuk sistem fotovoltaik (“PV”) solar di Malaysia, hari ini telah melancarkan prospektus Tawaran Awam Permulaan (“IPO”). Acara ini menandakan langkah penting ke arah penyenaraian Syarikat yang dicadangkan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) pada 22 Oktober 2025.

Dengan potensi pertumbuhan kukuh di tengah pasaran hartanah kediaman yang sedang rancak, disokong oleh program solar yang dimulakan kerajaan serta rekod pencapaian terbukti lebih daripada sedekad, Verdant menyasarkan untuk mengumpul hasil kasar dianggarkan sebanyak RM44.02 juta melalui terbitan 142,000,000 saham biasa baharu pada harga IPO RM0.31 sesaham. Berdasarkan modal saham terbitan diperbesarkan Syarikat sebanyak 817,618,243 saham dan harga IPO, permodalan pasaran Verdant dianggarkan berjumlah kira-kira RM253.46 juta.

Hasil daripada IPO akan disalurkan bagi menyokong pengembangan perniagaan Verdant. Daripada jumlah tersebut, 31.80% telah diperuntukkan untuk membiayai penubuhan pejabat cawangan bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan; 22.72% akan diperuntukkan untuk pengembangan melalui pelaburan strategik, peluang penggabungan dan pengambilalihan; dan 8.63% akan digunakan untuk meningkatkan infrastruktur digital Syarikat bagi memperkukuh kecemerlangan operasi. Baki selebihnya akan digunakan untuk modal kerja umum dan perbelanjaan berkaitan penyenaraian.

Sebagai kontraktor EPCC, Verdant terlibat secara utama dalam penyampaian menyeluruh projek solar PV turnkey, meliputi reka bentuk dan kejuruteraan awal, pemerolehan peralatan, pemasangan di tapak, ujian dan pentauliahan, serta perkhidmatan selepas jualan O&M melalui aplikasi Verdant Home App. Syarikat juga menjalankan perdagangan produk solar, termasuk jenama sendiri bagi sistem pengudaraan solar, Verdant Star.

Lim Tzer Haur, Pengarah Urusan Verdant Solar Holdings Berhad berkata, “Penyenaraian kami yang dicadangkan di Pasaran ACE bukan sahaja menandakan satu pencapaian tetapi juga bukti hampir sedekad dedikasi dan kepakaran. Dari permulaan kami pada 2015 hingga menjadi penyedia penyelesaian dan perkhidmatan solar menyeluruh yang dipercayai, IPO ini akan menyediakan platform untuk Verdant Solar mengekalkan dan mempercepatkan pertumbuhan kami. Dipandu oleh tujuan kami untuk ‘Mengubah Cara Orang Mendapatkan Tenaga’, kami kekal komited untuk menjadikan penyelesaian solar dapat diakses oleh semua.”

“Dengan hasil yang diperoleh, kami merancang untuk memperkukuh kehadiran pasaran melalui pejabat cawangan baharu di Melaka, Kuantan, dan Ipoh, berkembang melalui pelaburan strategik serta penggabungan dan pengambilalihan, dan meningkatkan infrastruktur digital kami, termasuk sistem ERP dan CRM serta aplikasi Verdant Home App. Dengan Program Solar ATAP yang bakal memacu permintaan pemasangan solar pada 2026, kami percaya inisiatif ini akan menempatkan kami untuk memanfaatkan peluang ini di Malaysia dan memastikan nilai jangka panjang kepada para pemegang kepentingan,” tambahnya lagi.

Bersempena pelancaran ini, tempoh permohonan untuk IPO Verdant Solar Holdings Berhad akan bermula hari ini (29 September) dan berakhir pada 7 Oktober 2025 jam 5.00 petang. Mercury Securities Sdn Bhd merupakan Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal, dan Ejen Penempatan Tunggal bagi IPO ini.