Patut Ke Kumpul Hartanah Semasa Lockdown?

Bila pandemik berlaku, bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, maka kegawatan ekonomi pun tiba. Sektor hartanah pula terkena tempias apabila harga rumah kebanyakannya jatuh, rumah yang tak terjual pun semakin banyak.

Tapi di sebalik krisis, pasti ada peluang untuk mereka yang bersedia. Kerana dalam apa-apa pun pelaburan, kuncinya adalah ‘buy low sell high’. Iaitu beli ketika harga tengah murah atau sedang ‘diskaun’, dan menjualnya semula ketika harga meningkat naik.

Jadi persoalannya sekarang, patut ke untuk kita mengumpul harta semasa lockdown ini?

Jom dengarkan perkongsian daripada Rafizi Ramli yang merupakan bekas Ahli Parlimen mengenai isu ini.

Ini tweet pasal kumpul harta semasa lockdown, terutama kepada golongan muda dan baru bekerja. Jangan kecam dengan berkata “sekarang nak makan pun susah, bukan masanya nak kumpul harta”. Ini kerana harta ada bermacam-macam jenis dan portfolio hartanah kena betul sejak dari muda lagi.

Rezeki saya lebih baik daripada sebahagian besar orang lain, Alhamdulillah. Bergaji besar di pertengahan umur 20-an dan bebas hutang ketika awal 30-an. Perspektif saya mengenai harta sangat berbeza dengan rakan-rakan yang lain, dari zaman muda sampailah sekarang.

Kebanyakan yang ada kerjaya baik semasa muda sibuk berlumba-lumba menggayakan wang yang mereka ada. Semasa saya bergaji besar, orang lain yang gaji macam saya sibuk beli kereta BMW/Mercedes dan rumah yang berhutang juta-juta. Saya beli apartment RM200,000 lebih saja dan kereta Honda. Masih duduk di apartment yang sama.

Sebabnya bila kita ada wang lebih dan wang itu digunakan untuk menambah hutang, kita hilang peluang:

Pertama, peluang untuk bebas buat keputusan kerana terikat dengan bayaran pinjaman bulanan. Kedua, peluang untuk menggunakan wang lebihan untuk menjana harta yang ada potensi lebih baik daripada makan gaji.

Nasihat pertama saya kepada staf saya yang muda: “Be practical, buy a quality car & a decent home”. Jangan mahal tetapi memadai fungsinya dengan yang kita perlu. Simpan selebihnya sebagai cash utk beri kita ‘opportunistic investment value’.

Wang simpanan tunai saya melebihi RM1 juta menjelang umur 30 tahun. Perkiraan saya, kalau saya tidak bekerja pun ianya cukup untuk beberapa tahun. Sebab itu saya ada lebih ruang untuk mengambil risiko dalam kerjaya saya, tinggalkan makan gaji bergaji besar, kemudian buka startup.

Sebelum kecam saya pasal anak muda sekarang takde kerja, ini pandangan saya. Harta yang paling berguna dan perlu dikumpul semasa muda bukanlah wang ringgit atau kebendaan.

3 harta yang paling penting semasa muda:
1. Kematangan melalui pengalaman
2. Kemahiran
3. Nilai dan jati diri

Hanya dengan melalui pelbagai pengalaman baru kita mendapat kematangan. Belajar daripada orang yang lebih berpengalaman, belajar daripada kejayaan dan kegagalan mereka. Ikut yang baik, jauhi yang tidak baik. Jangan tolak peluang untuk menimba pengalaman tak kira apa pun kerja atau keadaan.

Bila sudah matang, kita boleh proses mana yang baik dan buruk dengan lebih pantas. Org muda yang matang boleh menilai sesuatu keadaan dengan lebih jauh melangkaui apa yang dia nampak di mata kasar. Sebab dia ada pangkalan data mengenai contoh-contoh org lain yang telah melalui keadaan itu.

Harta kemahiran ialah kebolehan teknikal dan peribadi kita. Kalau jurutera, jadilah jurutera yang sangat mahir. Kalau akauntan, jadilah seorang yang tajam angka bukan hanya auditor cabuk yang kerjanya salin kerja tahun lepas. Membina harta kemahiran paling mencabar sebab kena terus belajar.

Apabila sudah jadi disiplin kita dari muda dahagakan ilmu, kita akan terus belajar. Harta kemahiran akan terus dikumpul. Kalau majikan tak hargai, ada banyak pilihan lain sebab kita ada kemahiran yang orang lain tidak ada. Dengan kemahiran dan kematangan juga datang keyakinan.

Harta ketiga yg menjamin kebahagiaan dunia akhirat ialah harta nilai hidup dan jati diri. Hidup biarlah jujur. Jangan sesekali mengambil hak orang. Jangan nak kaya cepat atau curi tulang. Jangan pijak orang sebab nak naik. Kalau kaya harta kemahiran dan kematangan tetapi tiada nilai, rosak jadinya.

Bila dari muda kumpul harta nilai hidup dan jati diri, kita melindungi diri kita daripada penyakit minda yang akan merosakkan kita di hari tua – sama ada kaya atau miskin. Ramai orang cerdik bawa bencana kepada diri dan masyarakat kerana tiada nilai hidup.

Nasihat saya, di kala kita didatangkan ujian seperti sekarang, ianya peluang baik mengumpul harta. Mulakan dengan mengumpul harta yang kekal sampai bila-bila dan lebih berguna:

1. Kematangan melalui pengalaman
2. Kemahiran
3. Nilai hidup

In Sha Allah apabila pandemik ini sudah reda, ada banyak peluang ekonomi dan buat harta benda yang akan datang. Tetapi hanya anak muda yang matang, berkemahiran dan ada nilai hidup yang akan dapat ambil peluang buat harta sebab dirinya berada di kedudukan yang lebih baik.

Selamat mengumpul harta! Kalau ada wang lebih, simpan. Jangan berbelanja lebih-lebih.

Kredit: Twitter Rafizi Ramli

This image has an empty alt attribute; its file name is faizu-ridzuan-webinar-6.6.2021-700x394.jpg

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan Jun 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Disahkan selepas beberapa minggu oleh World Bank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam masa 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih daripada 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5. Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bull run akan tiba dalam masa 5 tahun

Terlepas nak hadiri webinar percuma Tuan Faizul Ridzuan minggu-minggu yang lalu? Jom kita sertai webinar seterusnya yang akan diadakan pada hari Ahad, 18 Julai 2021, jam 9 malam.

Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Previous ArticleNext Article

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman