6 ‘Auta’ Popular Tentang Takaful

Ramai lagi di kalangan rakyat Malaysia yang masih kurang ambil peduli tentang kepentingan memiliki pelan Takaful. Bagi mereka cukuplah sekadar mempunyai simpanan bagi mengharungi hari-hari yang mendatang.

Menurut data, Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful. Jadi, kita perlu risau atau tidak?

Berikut merupakan 6 mitos popular berkenaan Takaful seperti berikut:

1. Buat Apa Ambil Takaful Kalau Badan Masih Sihat

Image by Steve Buissinne from Pixabay

Kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan. Kita tak dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku pada 10 tahun yang akan datang. Jadi bagi yang mempunyai keluarga terutamanya, lebih baik ambil pelan Takaful secepat mungkin.

Ini kerana jika usia kita semakin meningkat, potensi untuk mendapat penyakit lebih tinggi. Jadi agak sukar untuk kita mengambil pelan Takaful yang bersesuaian.

2. Tak Boleh Ambil Takaful Sekiranya Sudah Ada Masalah Kesihatan

Jika kita mempunyai masalah kesihatan, ia tidak bermaksud tidak boleh langsung mengambil mana-mana pelan Takaful. Sekiranya berminat untuk mendapat Takaful, kita boleh berhubung terus dengan ejen Takaful dan ceritakan tentang masalah kesihatan yang dihadapi.

Jadi mereka dapat menasihati kita pelan Takaful manakah yang sesuai dengan keadaan semasa.

3. Saya Masih Bujang, Jadi Tak Perlukan Takaful

Image by Steve Buissinne from Pixabay

Ramai yang masih bujang tidak berminat untuk mengambil Takaful kerana beranggapan mereka tidak mempunyai sebarang tanggungan sekiranya mereka tiada kelak.

Tetapi tahukah anda? Dengan adanya Takaful ini, ia dapat membantu meringankan beban ahli keluarga untuk menguruskan kos pengurusan jenazah sekiranya kita pergi tanpa diduga.

4. Lebih Baik Melabur Dalam Pelan Persaraan

Masih ramai yang lebih menumpukan untuk mengumpul dana persaraan apabila sudah tua. Sanggup kerja kuat dan melabur ke dalam pelan persaraan.

Tapi apa pula akan terjadi, sekiranya kita ditimpa musibah yang tidak diingini? Dengan adanya Takaful, ia dapat melindungi punca pendapatan sekiranya kita tidak lagi berupaya untuk kerja.

5. Takaful Mahal!

Image by Tumisu from Pixabay

Sebenarnya, harga bagi setiap pelan Takaful ini bergantung kepada beberapa faktor seperti umur, pekerjaan, gaya hidup dan sebagainya. Jadi instalment bulanan kita mungkin lebih tinggi daripada rakan yang sebaya umur.

Sebelum mengambil mana-mana pelan Takaful, boleh lakukan sedikit research dan minta quotation daripada beberapa syarikat Takaful yang berbeza. Boleh juga buat perbandingan dan pilih pelan yang terbaik dengan cara ini.

6. Kad Perubatan Saja Dah Cukup

Pelan Takaful yang berbeza pastinya memberikan benefits yang berbeza bukan? Sebagai contoh, kad perubatan (medical card) hanya akan membantu kita menanggung kos hospital. Tetapi pelan hibah pula dapat membantu tanggungan kita pada masa akan datang.

Bayangkan jika kita mempunyai anak-anak yang masih kecil, dan terpaksa ‘pergi’ lebih awal. Dengan duti hibah inilah yang akan dapat membantu untuk membayar kos persekolahan dan yuran pengajian mereka nanti.

Sumber Rujukan: Ringgit Plus

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penjagaan Kesihatan: Program Rintis MediAsas Bakal Bermula Akhir Julai

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Program perintis untuk MediAsas, iaitu Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT), dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Walaupun senarai hospital yang menyertai program ini masih belum diumumkan, kami menjangka pengendalipengendali fasiliti perubatan yang kami kaji akan menyertainya, walaupun secara pilihan. Premium bulanan indikatif berlingkungan antara MYR60 dan MYR550, manakala harga muktamad akan ditetapkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Apa itu MediAsas?

Ia merupakan produk asas MHIT yang direka untuk menambah baik tahap kemampuan sambil bertindak sebagai batu loncatan ke arah pelaksanaan berperingkat sistem bayaran mengikut diagnosis pesakit (DRG). Dua produknya iaitu Medi Asas Teras (pelan biasa) dan MediAsas Fleksi (pelan tambahan), akan dilancarkan secara rintis di Lembah Klang sepanjang tempoh tiga bulan sehingga Okt 2026.

Program rintis ini melibatkan enam syarikat insurans dan takaful, iaitu AIA, Allianz Malaysia (ALLZ MK, BELI, TP: MYR23.90), Great Eastern Malaysia, Prudential BSN Takaful, Etiqa, dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga (STMB MK, NEUTRAL, TP: MYR3.60), dan hospital-hospital terpilih. Premium bulanan indikatif dijangka berlingkungan antara MYR60 dan MYR550 untuk individu yang menyertai pelan tersebut sehingga usia 70, dengan liputan dilanjutkan sehingga usia 85. Harga akhir akan disahkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Ciri-ciri utama dan bakal implikasi.

Kertas Putih untuk pelan MHIT Asas yang diterbitkan sebelum ini menggariskan potongan MYR500 di samping mekanisme bayaran bersama (co-payment) dua tahap, dengan tiada bayaran bersama untuk hospital Tahap 1 (rangkaian dalaman) dan bayaran bersama sebanyak 20% (terhad padaMYR3,000 bagi setiap kecacatan) untuk hospital Tahap 2 (luar rangkaian).

Dua kesan penting:

i) Hospital yang tidak terpilih sebagai hospital panel pilihan mungkin akan mengalami tekanan terhadap bilangan pesakit (kesan terhadap pengendali premium seharusnya kecil memandangkan tumpuan mereka pada kes-kes yang lebih serius

ii) penetapan harga yang dibandingkan dengan hospital swasta bertahap lebih rendah hingga sederhana mungkin memerlukan pengendali premium untuk menawarkan pakej yang lebih seragam dan cekap kos, sekali gus membataskan keupayaan mereka untuk mengewangkan nilai jenama premium untuk segmen M40.

Menyentuh hal tersebut, kami berpendapat bahawa KPJ Healthcare berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pelaksanaan MHIT dan DRG kelak, khususnya menerusi rangkaian luas hospital sekunder/komuniti miliknya yang beroperasi dengan asas kos yang lebih rendah, dengan ruang untuk menampung lebih banyak bilangan pesakit dan seterusnya mungkin memelihara margin bawah struktur pembayaran balik berasaskan DRG.

Risiko-risiko negatif utama, kos mengurus lebih mahal daripada anggaran, kunjungan pesakit dan pertumbuhan intensiti hasil lebih rendah berbanding jangkaan, dan perubahan dasar yang buruk. Sekiranya nilai USD melemah dengan ketara, IHH Healthcare mungkin mengalami kesan FX yang buruk terhadap perolehannya di luar negara manakala Duopharma mungkin meraih manfaat daripada pelepasan kos terhadap bahan farmaseutikal aktif (API) diimport.