Strategi Febreze Untuk Bangkit Dari Kegagalan

Kalau kita tengok hari ini, hampir setiap rumah mempunyai Febreze kan?

Tapi dahulunya jualan Febreze adalah tidak begitu berjaya, sehinggakan Drake Stimson dan dari P&G (Procter & Gamble) mengupah kumpulan profesional dan penyelidik dari Universiti Harvard Business School untuk membuat kajian mendalam mengenainya.

Apakah kumpulan pakar ini buat sampai jualan Febreze ini naik 2 kali ganda selepas hanya 2 bulan?

Mereka mencari suri rumah untuk mencuba produk Febreze secara percuma dan mereka meminta izin untuk merakam aktiviti harian suri rumah ini menggunakan produk Febreze.

Strategi pihak Febreze sebelum ini adalah mensasarkan mereka yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah. Malangnya, mereka sudah kalis bau tersebut dan Febreze tidak mempunyai kesan dalam kehidupan mereka.

Disebabkan itulah, mereka terlupa untuk menggunakan Febreze sebagai produk yang membantu menghilangkan bau.

Kumpulan pakar penyelidik tersebut kemudiannya meneliti beberapa video yang telah diterima dan mendapati terdapat satu sikap yang sama  berulang kali dilakukan. Mereka akan kemas rumah, vakum, mengemas katil, menyapu, mengemop dan akhir sekali akan sembur Febreze di kawasan seperti langsir, cadar, sofa dan kawasan ruang tamu dan bilik. Ia umpama rutin terakhir yang dilakukan apabila selesai mengemas.

Oleh itu, mereka melancarkan kembali produk Febreze dengan nama baru yang sebelum ini dipanggil Fabreeze. Strategi lain adalah dengan mengubah bentuk botol yang kurang berbucu dan mempunyai corak serta warna yang lebih menarik.

Ini merupakan iklan komersial mereka pada tahun 1998:

Dari penulis buku ‘ The Power Of Habit’, Charles Duhigg memberitahu bahawa salah satu kejayaan Febreze adalah berjaya mewujudkan ‘habit’ kepada pengguna yang akan menggunakan Febreze hampir setiap hari.

Bagaiamana ia dilakukan? Dengan 3 proses iaitu:

Isyarat – Rutin – Ganjaran

Isyarat apabila seseorang ingin menjalankan proses pembersihan rumah, ianya dijadikan sebagai rutin harian. Dan sebagai ganjaran selepas habis mengemas, rumah akan kelihatan bersih dan sebagai meraikan proses terakhir, pengguna akan menyembur Febreze kerana ia ada kaitan dengan hormon endorfin, iaitu hormon yang membuatkan seseorang berasa gembira.

Jadi, tidak susah sebenarnya nak gembirakan ibu, isteri, kakak dan adik di rumah. Belikan saja 2 botol Febreze sebulan dan beri kepada mereka.

Mereka akan rajin kemas rumah dan akan sembur Febreze setiap hari.

“Happy Women, Happy World”

Hasil usaha Drake Stimson itu berjaya membuatkan beliau menerima kenaikan pangkat, pasukan beliau menerima bonus dan jualan Febreze pada hari ini meningkat kepada lebih USD1 bilion setahun.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu.

Dan tahukah anda bahawa syarikat induk (parent company) Febreze adalah Proctor & Gamble (P&G), dan ianya disenaraikan di pasaran saham Amerika Syarikat?

Kredit: Trading View

Harga saham P&G telah meningkat sebanyak 15% sepanjang tahun ini.

Tapi malangnya, kedua-dua saham Walmart dan Amazon adalah tak patuh syariah.

Dah lama pendam perasaan nak beli saham terkemuka dunia seperti Facebook, Google, Apple dan McDonalds yang patuh syariah? Jangan lepaskan peluang ini.

SEKEJAP, INI FAKTA KENA TAHU

1. Harga saham Tesla milik Elon Musk, dah naik lebih daripada 700% dalam masa setahun ni.

2. Tak perlu mula dengan modal besar. Ramai kata saham-saham dekat Wall Street tu mahal tetapi mereka semua tak tahu minimum kena beli 1 unit sahaja. Jadi contohnya kalau nak beli saham Twitter modal yang kena keluar hanyalah RM185.

3. Kalau nak tahu, market US ada hampir 10,000 saham, 519 daripadanya adalah patuh syariah.

4. Pasaran saham dekat Bursa Malaysia tak sama dengan Wall Street. Tetapi yang confirm sama adalah dua-dua boleh buat untung atau rugi.

WEBINAR SAHAM WALL STREET
24-25 Oktober 2020 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Speaker: Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA)

Alhamdulillah seminar ini mendapat kerjasama Islamicly dan CGS-CIMB Securities. Belajar secara santai dari rumah untuk 2 hari berturut-turut melalui aplikasi Zoom.

Cepat rebut harga promosi. Klik >>SINI untuk maklumat lanjut.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.