Masih ramai lagi ke yang memandang ringan isu insurans konvensional ini? Masih ramai lagi ke yang merasakan bahawa Takaful dan insurans konvensional ini sama saja?
Jom kita fahamkan dulu apa itu insurans dan apa pula Takaful.
Insurans berkait rapat dengan konsep pemindahan risiko (risk transfer) atau kadang-kala disebut juga sebagai perkongsian risiko (risk sharing). Ini bermakna selepas kita membayar bayaran insurans, risiko kerugian akan ditanggung oleh syarikat insurans.
Berbeza pula dengan Takaful, yang lebih kepada tolong-menolong di antara pemegang polisi takaful itu sendiri.
Pemegang polisi takaful akan menyumbang bayaran polisi yang akan dikumpul bersama ke dalam satu tabung kewangan yang besar. Sekiranya ada ahli yang memerlukan bantuan, wang akan disumbangkan dari tabung kewangan itu.
Mungkin objektif insurans dan Takaful nampak macam sama, tetapi konsepnya adalah jauh berbeza. Sebab itulah insurans konvensional haram, manakala Takaful adalah halal.
Dan untuk pengetahuan anda juga, negeri Selangor telah mengeluarkan fatwa mengenai hukum status pampasan polisi insurans konvensional selepas kematian pembeli polisi.
Keputusan yang dibuat pada 14 Jun 2021 ini telah menetapkan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh Syariah.
Hanya jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja yang dikategorikan sebagai harta pusaka si mati yang perlu diagihkan secara faraid. Manakala pampasan tersebut wajib dilupuskan untuk menyucikan harta tersebut.
Sumber: Facebook Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Bukan saja insurans adalah haram, ianya seolah-olah sia-sia sekiranya kita bayar setiap bulan, tetapi tak dapat manfaatnya bila kita meninggal dunia nanti. Kita ingatkan kita boleh dapat sejumlah wang pampasan bila kita dah tiada nanti, namun sebaliknya yang berlaku.
Kita kerja penat-penat, bayar duit bulan-bulan dan ingatkan keluarga kita boleh nikmati pampasan RM1 juta nanti; rupa-rupanya hanya dapat jumlah yang kita bayar bulan-bulan itu saja. Mungkin dalam RM30,000.
Cukup ke tu nak setelkan hutang rumah? Cukup ke duit untuk anak-anak habiskan pengajian?
Oleh itu, bertukarlah ke Takaful hari ini juga.
Untuk pembacaan yang lebih lanjut: