Bertambah Lagi Melayu Dalam Senarai 40 Orang Terkaya di Malaysia 2016

Top 40 Terkaya di Malaysia

Seperti biasa, setiap awal tahun media akan mengeluarkan laporan siapakah manusia terkaya di Malaysia. Biasa yang rajin menghasilkan berita ini adalah The Star Online.

40 Orang Terkaya Di Malaysia Tahun 2016

1. Robert Kuok RM36.7 bil
2. Tan Sri Lim Kok Thay RM22.2 bil
3. Tan Sri Teh Hong Piow RM20.3 bil
4. Ananda Krishnan RM19.9 bil
5. Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng RM19 bil
6. Tan Sri Lau Cho Kun RM16.4 bil
7. Tan Sri Quek Leng Chan RM13.5
8. Tan Sri Dr. Yeoh Tiong Lay RM10.2 bil
9. Tan Sri Ghanalingam RM6.6 bil
10. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary RM4.9 bil
11. Kuan Kam Hon @ Kwan Kam Onn RM4.437 bil
12. Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah Fook Ling RM4.269 bil
13. Tan Sri Lee Oi Hian & Dato’ Lee Hau Hian RM4.059 bil
14. Datuk Koon Poh Keong & Koon Poh Ming RM3.712 bil
15. Dr. Chia Song Kun & Family RM3.102 bil
16. Goh Peng Ooi RM2.851 bil
17. Tan Sri Dr. Chen Lip Keong RM2.797 bil
18. Tan Sri Desmond Lim Sie Choon & Puan Sri Tan Kewi Yong RM2.708 bil
19. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun RM2.575 bil
20. Tan Sri Dr Lim Wee Chai RM2.479 bil
21. Datuk Loh Kian Chong RM2.424 bil
22. Tan Sri Azman Hashim RM2.405 bil
23. Datuk Tan Heng Chew RM2.297 bil
24. Raja Haji Munir Shah Bin Mustapha & Wong Thean Soon RM2.185 bil
25. Datuk Lim Kuang Sia RM2.164 bil
26. Kong Chong Soon @ Chi Suim & Kong Pak Lim RM2.124 bil
27. Lim Teck Meng & Sons (Lim Peng Jin & Lim Peng Cheong) RM1.801 bil
28. Datuk Tan Chin Nam & Datuk Seri Robert Tan Chung Meng Family RM1.784 bil
29. Tan Sri Shahril Shamsuddin RM1.765 bil
30. Tan Sri Dr Ngau Boon Keat RM1.741 bil
31. Tan Sri Diong Leong Hiew King @ Tiong Hiew King RM1.460 bil
32. Datuk Leong Kok Wah RM1.392 bil
33. Goh Siang, Siblings & Family RM1.362 bil
34. Tan Sri Ong Leong Huat @ Wong Joo Hwa RM1.221 bil
35. Tan Sri Dato Sri’ Leong Hoy Kum RM1.220 bil
36. Tan Sri Mokhzani Mahathir RM1.073 bil
37. Gooi Seong Lim & Brothers (Goo Seong Gum, Gooi Seong Heen & Gooi Seong Chneh) RM1.066 bil
38. Lim Hang Weng RM1.059 bil
39. Puan Seri Chong Chook Yew RM1.055 bil
40. Tan Sri Danny Tan Chee Seng RM1.047 bil

Jika digabungkan kekayaan 40 individu ini, jumlah keseluruhan adalah RM235.68bil !

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menduduki tempat ke-10 dengan nilai kekayaan sebanyak RM4.9 bilion sekali gus terus kekal sebagai Melayu terkaya di Malaysia.

4 lagi usahawan bumiputera yang berjaya menempatkan diri dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia ialah Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim yang mengisi kedudukan ke-22 dengan nilai kekayaan RM2.4 bilion.

Pendatang baru yang masuk dalam senarai ini adalah Dato’ Raja Haji Munir Shah Bin Raja Mustapha dari MyE.G Services yang berada di tangga ke-24 bersama pemegang saham utama dalam syarikat itu, Wong Thean Soon.

Tan Sri Shahril Shamsuddin dari Sapura Kencana Petroleum berada pada kedudukan ke ke-29 dengan nilai kekayaan sebanyak RM1.76 bilion dan bersama pemegang saham utama dalam syarikat itu ialah anak bekas Perdana Menteri, Tan Sri Mokhzani Mahathir pada kedudukan ke-36 dengan kekayaan RM1.07 bilion.

Bagaimana Kekayaan Mereka Diukur?

Kekayaan mereka semua ini bukan dikira berdasarkan berapa banyak duit ada di dalam bank tetapi berapa banyak pegangan saham mereka dalam syarikat yang (listed) tersenarai di bursa saham (Bursa Malaysia) x harga saham tersebut.

Senarai ini mengambilkira harga saham syarikat pada tarikh 31 Disember, 2016.

Contoh:

 

Dato’ Raja Haji Munir Shah Bin Raja Mustapha, Pengarah Eksekutif MyE.G Services BerhadPegangan Saham MyE.G

Laporan ini diambil dari Laporan Tahunan MyE.G Services 2016

Menurut laporan ini jumlah saham dimiliki oleh Raja Haji Munir = 1,439,600 + 729,604,892 = 731,044,492 unit

Harga saham MyE.G pada 31 Disember 2016 = RM1.51

Harga Saham MyE.G

Kalau beliau jual semua saham tersebut maka :

731,044,492 x RM1.51 = RM1,103,877,182.92

 

Nah, sekarang anda dah faham macam mana caranya mengira kekayaan mereka yang tersenarai sebagai orang terkaya.

Nak Ikut Jejak Langkah Mereka?

Nak tahu macam mana orang biasa-biasa macam kita boleh terlibat sama dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia? Kalau tak dapat bilion-bilion, dapat pulangan ribu-ribu atau puluh ribu jadilah.

Contoh:
Harga saham MyE.G pada 31 Disember 2016 = RM1.51

Minima perlu beli adalah 100 unit.
Katakan anda beli 1,000 unit.

Kos = RM1.51 x 1,000 = RM1,510 (tidak termasuk kos-kos lain – brokerage fee, GST, duti setem)

Katakan bisnes MyE.G terus berkembang dan menarik pelabur-pelabur lain untuk membeli saham mereka (dan banyak faktor lain) maka harga saham mereka akan terus naik.

Sekarang harga saham mereka naik sehingga RM1.64

Maka;

RM1.64 x 1,000 unit yang dibeli tadi = RM1,640

RM1,640 – RM1,510 = RM130

Pulangan : RM130 / RM1,500 = 8.6% dalam masa 2 bulan.

Tetapi orang kita masih sibuk tunggu dividen setahun sekali.

Mesti sentap kan bila tahu harga saham MyE.G pada tahun 2011 hanyalah RM0.75 ? Kalau beli masa tu berapa agaknya pulangan yang dapat?

“Alamak….ruginya rasa…dah terlambat ke nak beli saham MyEG? “
“Aiseh….Dah terlambat ke nak belajar cara jual beli saham? “

Sebenarnya tidak ada istilah terlambat untuk terlibat dalam pelaburan saham. Juga tidak ada istilah terlambat untuk belajar.

Ini contoh sahaja.

Pasaran saham di Bursa Malaysia tak lari mana. Ia sudah wujud sebelum MERDEKA lagi tetapi orang kita tetap pilih untuk ‘melabur’ dalam skim cepat kaya. Tidak perlu terkejar-kejar sebab terdapat lebih 600 syarikat patuh syariah lain yang sedia menanti anda tersenarai di Bursa Malaysia.

Belajarlah dulu. Tak usah buang masa fikir orang ini kroni siapa, orang itu kroni siapa.

Belajar bagaimana mereka membina kekayaan. Belajar apa itu pelaburan saham di sini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.