Pelaburan Saham & Hukum Beberapa Bentuk Urusniaganya

Dalam pelaburan saham, banyak kriteria yang perlu dipatuhi bagi memastikan urusan jual beli saham tersebut adalah halal. Ikuti kupasan Dr. Zaharuddin Abd Rahman semasa di Shariah Investing Fair 2017. Beliau seorang tokoh kewangan Islam di Malaysia yang tidak asing lagi. Kami juga telah menyenaraikan beliau dalam Senarai Tokoh dan Pakar Kewangan Islam di Malaysia.

6 Kriteria Dunia Pelaburan Saham

Bagi memastikan sesuatu pelaburan itu halal, terdapat 6 kriteria yang perlu dipenuhi seperti berikut:

  1. Perniagaan Yang Dijalankan Halal
  2. Pengurusan dan Pentadbiran Syarikat Halal
  3. Hutang dan Pinjaman Syarikat Halal
  4. Aqad Halal
  5. Implementasi Halal
  6. Pembahagian Untung dan Rugi Halal

Persoalannya, bolehkah kita jumpa 100% yang halal seperti di atas?

Jom kita perhalusi dengan lebih mendalam setiap daripada point di atas untuk pemahaman semua pihak:

1. Perniagaan Yang Dijalankan Halal

Selain daripada syarikat tersebut tidak terlibat dalam perjudian, arak, rokok yang jelas haram; yang lebih penting adalah memastikan syarikat yang disenaraikan itu dalam kategori patuh Syariah.

Nak tahu saham syarikat mana yang patuh Syariah, boleh rujuk di laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Senarai ini akan dikemas kini dua kali setahun.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Sehingga 20 November 2017, 686 atau sebanyak 76% saham syarikat di Bursa Malaysia kini boleh dibeli oleh orang Islam setelah ia disahkan patuh Syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

2. Pengurusan dan Pentadbiran Syarikat Halal

Untuk ini, OIC International Fiqh Academy menerima dua konsep iaitu:

  1. Legal or Artificial Personality – ia boleh berurusan seperti kapasiti manusia.
  2. Limited Liability – seseorang itu punya liabiliti kewangan TERHAD kepada jumlah tertentu yang dilaburkan, walau sebagai pemegang saham dia tidak boleh dipertanggungjawabkan jika syarikat disaman dan tidak menanggung hutang sedia ada syarikat sewaktu menyertainya.

Selain daripada itu, syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia mempunyai ciri-ciri berikut:

ModenTradisi
Perkongsian tanpa jelas pihak identiti lain, hanya jelas siapa paling utama dan syarikatJelas identiti semua pihak yang bersyarikat
Tidak mampu dilakukan kerana setiap hari bertukar rakan kongsi dan keluarnya juga secara auto apabila dia menjual bahagiannya. Valuasi dilakuakn melihat kepada ‘prevailing market prices of shares’Sebarang keluarnya partner perlu liquidasi dan penilaian pemilikan syarikat secara lengkap bagi mendapatkan valuasi terkini pemilikannya.
Masuknya rakan kongsi yang baru sudah diberi ‘in advance’Masuk rakan kongsi baru perlu persetujuan yang lain
Dividen dibayar berdasarkan par value setahun. Dividng the annual dividens per share with price per shareDividen berdasarkan untung lengkap satu cycle bisnes berdasarkan profit sharing ratio
Rugi ditanggung berdasarkan nominal par value, bukan berdasarkan harga semasa saham dibeli. Diharuskan berdasarkan istihsan oleh sebahagian ulama kerana kesukaran mengetahui actual cost bagi setiap pemegang sahamApabila rugi, mesti ditanggung berdasarkan jumlah capital yang disuntik oleh masing-masing
Biasanya pemegang saham dianggap infinite life selagi syarikat wujudBiasanya wujud tarikh tertentu kerjasama namun perpetual jua tidak asing
Dapat untung hasil pembahagian dividen yang diistiharkan sahaja.Rakan kongsi mendapat untung dari share dalam syarikat
Hanya sebahagian kecil majoriti mewakili semua sudah mencukupiPersetujuan semua rakan kongsi diperlukan untuk membuat hutang baru dan sebagainya
Juga ada hak mengundi dalam penentuan kepimpinan syarikatSemua ada hak mengundi

3. Hutang dan Pinjaman Syarikat Halal

Sekali lagi, kita haruslah berserah kepada panel Syariah yang lebih pakar bagi menentukan status patuh Syariah sesebuah syarikat itu. Bukan senang-senang nak dapat status patuh Syariah, kerana perlu mematuhi Tanda Aras Aktiviti Perniagaan 5% dan 20% serta Tanda Aras Nisbah Kewangan.

Jom berkenalan pula dengan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia:

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Majlis Penasihat Syariah mengadaptasi pendekatan kuantitatif dua peringkat yang mengguna pakai tanda aras aktiviti perniagaan dan tanda aras nisbah kewangan, dalam menentukan dan mengklasifikasikan status Syariah sekuriti-sekuriti tersenarai.

Oleh yang demikian, sekuriti-sekuriti akan diklasifikasikan sebagai patuh Syariah sekiranya nisbah aktiviti perniagaan dan nisbah kewangan mereka berada dibawah tanda aras tersebut.

Senang cerita, kita serahkan kepada yang pakar untuk mengaudit dan menentukannya.

4. Aqad Halal

Kebanyakan ulama kontemporari berpendapat apabila anda membeli saham sesuatu syarikat, anda sebenarnya telah memiliki sebahagian daripada kepentingan ekuiti syarikat tersebut. Dalam erti kata lain, sebagai pemegang saham, anda juga dikira sebagai rakan kongsi daripada sudut pandangan Islam.

Justeru, sebagai rakan kongsi, anda terdedah kepada risiko mendapat kerugian atapun kelebihan keuntungan. Hal ini menjelaskan bahawa hukum asal pembelian saham adalah halal kerana ia berdasarkan kepada aqad ‘Musyarakah’.

5. Implementasi Halal

Apabila point #1-#4 dah halal, di sinilah ramai di antara kita yang gagal sehingga menyebabkan implementasi jatuh menjadi haram hukumnya.

Hukum Berkongsi Dengan Bukan Islam

Tidak dinafikan terdapat perbincangan dan pertikaian berkenaan keharusan membeli saham patuh Syariah yang majoriti pemilikannya dimiliki oleh individu bukan Islam.

Terdapat sebahagian ulama yang tidak membenarkannya dan ada juga yang menganggapnya sebagai makruh.

Ia berdasarkan riwayat Ibn Abbas r.a لربا لا يحل او ن لانهم يربو للا مجوسيا قلت لم قا و نيا اp لا و يا دكن يهو ر • لا تشا

Ertinya : Berkata Ibnu Abbas, “Jangan kamu bersyarikat dengan Yahudi, Nasrani atau Majusi” , maka aku ( Ibn Hamzah) bertanya ” Mengapa tidak?” Jawab Ibn Abbas : “Kerana mereka melakukan riba dan riba tidak halal” ( Al-Mughni, Ibn Quddamah, 5/3 ; Al-Muhazzab, 1/345 )

Hadith di atas menjadikan Imam As-Syafie menganggap ber’musharakah’ dengan bukan Islam adalah makruh. Manakala Imam Ahmad, Awzaie dan Hasan al-basri menganggapnya harus. Imam Ibn Qudamah juga mengatakan kata-kata Ibn Abbas tadi hanyalah pandangan seorang sahabat dan tidak pula tersebar di kalangan sahabat lain.

Manakala Khalifah Umar al-Khattab berpandangan harusnya dengan iktikad ianya dari pendapatan mereka yang halal sebagaimana Nabi SAW diriwayatkan membeli makanan dari Yahudi dan mencagarkan baju besi baginda SAW. (Al- Mughni, Ibn Qudamah).

Pandangan mengharuskan dengan melihat kepada perincian aktiviti syarikat ini disokong kuat oleh ulama besar kontemporari seperti Syeikh Mustafa Az-Zarqa. Beliau menolak pengharaman umum ke atas penyertaan di bursa saham. ( Al- Muamalat Al-Maliah, Syabir, hlm 210 )

Justeru selagi mana urusniaga syarikat adalah menepati Shariah, ia adalah sah walaupun terdapat rakan kongsi bukan Islam yang samada diketahui atau tidak bahawa modalnya dari yang haram.

Ia juga dikuatkan oleh riwayat berikut :- ءا y% ل او لبيع ا ن يكو نأ لا إ ç· اp لن او يد ليهو ا كة ر # عن مشا لسو ر ø ن ل قا ء عن عطا هد بإسنا للخلا ا ىور لمسلم ا بيد

Ertinya : Diriwayatkan oleh al-Khallal dengan sanadnya dari Ato’ berkata : Rasulullah SAW melarang dari bermusharakah dengan Yahudi dan nasrani kecuali jika jual belinya ditangan orang Islam ( menuruti Shariah)” ( Al-kafi fi Fiqh al- Hanbali, 2/257 ; Al-Mubdi’ , Ibn Mufleh, 5/4; Ibn Qayyim : Dhoif sanadnya kerana mursal : Ahkam Ahli Zimmah, 1/556 )

Hukum Broker

Sekadar menjadi wakil kepada pelanggan serta mengambil upah, ia adalah harus dalam Shariah menurut hukum ‘Al-Wakah bil Ujr’ (agen dengan upah) yang selagi mana sekuriti (saham) yang dibelinya juga adalah patuh Syariah.

Sebarang pembelian saham tidak patuh Shariah akan menyebabkan keuntungan hasil dari upah belian tadi juga adalah haram.

Sebagaimana disebutkan ثمنه م شيئا حر م حر اذإ # نأو

Ertinya : “Dan sesungguhnya Allah SWT apabila mengharamkan sesuatu maka haram jualah harga ( keuntungan dari jualannya)” ( Riwayat Ahmad dan Abu Daud, Albani : Sohih ; Ghayatul Maram, no 318 )

Justeru, sebarang upah dari pekerjaan haram adalah haram, upah wakil pembelian saham yang haram juga haram sebagaimana hadith di atas.

Fungsi broker juga adakalanya menjadi sebagai orang tengah dengan bank atau mana-mana Institusi kewangan Riba untuk memberikan pinjaman dengan ‘interest’ kepada pelanggan untuk membeli saham yang dijangka baik dan akan naik adalah haram disebabkan keterlibatan dengan Riba tadi.

Short Selling (Normal Shorting & Naked Short Selling)

Jualan singkat ialah tindakan seseorang menjual sekuriti (saham) yang tidak dimilkinya pada masa jualan.

Secara umumnya, ‘short selling’ terlibat dengan pinjaman sekuriti (saham) dan kemudian menjualnya dengan andaian ia boleh dibeli semula dengan harga yang lebih murah, hasilnya ia akan beroleh keuntungan hasil perbezaan harga tadi, dalam konteks ini, proses jualan seolah-olah telah diterbalikkan. 

Isu Shariah : sekiranya seseorang ingin mendapatkan untung dari sesuatu saham, mereka mestilah memiliki saham itu terlebih dulu.

Nabi SAW menyebut :- ك • لا تبع ما ليس عند

Ertinya : “Jangan kamu jual sesuatu yang tidak kamu miliki” 

Isu Shariah : Menjual barang pinjam? Jenis harta apa?

Isu Shariah : Naked short selling- tiada dipinjam pun stok tetapi dijual dahulu.

Justeru, para ulama berpendapat jualan ini adalah diharamkan. (Dr Ma’bad Ali Al- Jarihi, Al-Aswaq Al-Maliah, 1/134 ; Ahkam al-Aswaq Al-maliah, Dr Muhd Sabri Haron, hlm 269 )

Walaubagaimanapun, Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah membuat keputusan bahawa jika short selling dibuat secara khas dan terkawal (regulated short selling), ia adalah harus.

Rujuk Suruhanjaya Sekuriti untuk info lengkap berkenaan Regulated Short Selling yang dibuat atas konsep Ijarah dengan beberapa pengecualian berdasarkan konsep Istihsan. (Keputusan Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti, Edisi Kedua, hlm 79)

Margin Trading or Buying

Margin trading adalah membeli saham dengan menggunakan wang yang dipinjam dari broker. Kebiasaannya faedah akan dikenakan atas pinjaman ini. 

Isu Shariah : Jika ini berlaku, hukum menggunakan kaedah ini adalah haram disebabkan pinjaman Riba tadi.

Selain itu ia juga amat berisiko buat pelabur kerana jika saham yang dibelinya rugi, ia akan menanggung kerugian berganda. (Ahkam al-Aswaq Al-maliah, Dr Muhd Sabri Haron, halaman 271 ; http://en.wikipedia.org/wiki/Margin_trading)

Namun di Malaysia terdapat broker patuh Syariah yang turut menyedian Shariah Compliant Margin Trading yang mana mereka gunakan konsep pembiayaan Tawarruq. Secara peribadi, saya kurang bersetuju kecuali jika peserta terlebih dahulu menjalani program pendidikan melabur saham agar risikonya tidak sengaja ditingkatkan tanpa ilmu.

Day Trading

Day trading merujuk kepada praktis menjual sesuatu saham pada hari yang sama ia dibeli iaitu sebelum pasaran ditutup pada hari itu.

Para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukumnya, sebahagian besar berpendapat ianya harus kerana saham yang telah dibeli adalah hak milik penuh pembeli, ia boleh menjualnya pada bila-bila masa yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun, terdapat sebahagian ulama yang lain berpendapat jika ia dijual pada hari yang sama, elemen spekulasi menjadi besar dan boleh menjadikannya sebahagian dari perjudian.

Namun apapun, niat pelabur adalah sebenarnya penentu sama ada dia sebenanrya sedang berjual beli secara spekulasi berlebihan dan semakin hampir kepada judi atau benar-benar sedang berniaga aset dimiliknya secara efisyen.

Swing Trading

Swing trading bererti pembeli saham akan menyimpan sahamnya sekitar satu hingga empat hari. Kemudian akan menjualnya semula apabila didapati harga lebih tinggi dari harga beliannya.

Kejayaan ‘swing trading’ tertakluk kepada sejauh mana bijaknya pelabur memilih saham yang ingin dibeli. Biasanya para pelabur sebegini akan mengunakan analisa teknikal dan fundamental bagi memilih sebarang sekuriti (saham) yang mempunyai potensi ini.

Saya tidak melihat terdapat sebarang masalah Shariah dalam urusniaga ‘swing trading’ ini selagi ia tidak melibatkan hutang dengan faedah dan sahamnya patuh Shariah.

Range Trading

Para pelabur yang menggemari ‘range trading’ biasanya akan memerhatikan turun naiknya sesebuah saham yang sedang ditekuni. Menurut teori sebahagian pengkaji saham, setiap kali nilai sesuatu saham itu naik tinggi, ia akan jatuh kembali dan akan naik kembali. Seperti Elliot Wave teori etc.

Range itu berlaku apabila harga sesuatu saham itu jatuh ke support level setidak-tidaknya dua kali, dan mendapat resistance yang sama setiap kali. Ini akan mencipta dua titik puncak dan dua titik dasar yang selepas itu akan dijadikan sebagai rujukan analisa teknikal dalam menentukan waktu terbaik membeli saham terbabit, berdasarkan analisa separa ramalan.

Trend trader buys stocks at the lower level of support (bottom of the channel) and sells them near resistance (top of the channel)

Hukum asalnya adalah harus namun ia boleh menyeberangi batas syubhah apabila yang menjadi pokok analisa pada graph turun naik dan tabiat graph terbabit. Bagi mengelakkan syubhat, fundamental aspect sesuatu syarikat itu MESTI dinilai dengan kemas.

Loan Stock

Ia adalah samada saham biasa atau saham istimewa yang digunakan sebagai cagaran untuk sesuatu hutang dari pihak lain. Yang mana hutang tadi adalah suatu hutang yang telah ditetapkan kadar faedah tertentu.

Sesuatu hutang yang dijamin ini boleh bertukar kepada pemilikan saham dengan syarat-syarat yang tertentu dan dengan kadar pertukaran yang telah dipersetujui yang dinamakan irredeemable convertible unsecured loan stock (ICULS).

Di ketika ini, hukum ‘loan stock’ yang ada di pasaran adalah haram menurut hukum fiqh Islam JIKA ia akan memasukkan sekali jumlah faedah atau Riba dari pinjaman tadi.

Call Warrants

Warran panggilan adalah satu hak, tetapi bukan kewajiban untuk membeli sesuatu asset atau saham dengan kuantiti tertentu dengan harga tertentu dalam tempoh masa yang tertentu. Berbanding Options diterbitkan oleh trading house serta tempoh hyatnya lebih panjang berbanding options.

Ia diterbitkan oleh institusi swasta i.e banks atau securities firm.

Ia diterangkan oleh investopedia sebagai “A warrant that gives the holder the right to buy the underlying share for an agreed price, on or before a specified date”

Call warrant adalah harus menurut Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti dengan syarat saham PENDASAR yang berkait dengan waran ini ialah saham patuh Shariah. (Keputusan Majlis Penasihat Shariah, hlm 66)

Namun menurut piawaian ulama luar negara, ia menyerupai options trading yang dihukumi haram oleh Islamic Fiqh Council disebabkan elemen judi yang besar di dalamnya, iaitu sekiranya PEMBAYARAN AWAL yang menyerupai premium telah dibayar dan boleh hangus sewaktu tidak exercise hak pembelian itu. Harga call warrant harga murah berbanding harga saham pendasar.

Kontrak Opsyen

Islamic Fiqh Council No. 63 (1/7) : ‘’Option contracts – as they are known today in the global financial markets – are a new kind of contract that does not come under the heading of any kind of Shar‘i contracts.

Because the object of the contract is not a specific item or benefit, or a financial right that could be compensated with something else, this type of contract is not permissible according to Islam. As these contracts are not permissible in the first place, it is not permissible to deal in them.”

This is supported by the resolution of the seventeenth Barakah Conference on Islamic Economics, in which it says the following:

“Because options refers to the right to buy or sell a product on the basis of specific conditions in return for some compensation for that right, and the people involved in the contract have contradictory expectations regarding the fluctuation of prices, the conference, on the basis that what the two parties want and wish for is not something that can be subject to a contract, or be compensated for, reiterates the resolution of the Islamic Fiqh Council, no. 63 (1/7)”

Dr Sami Sweilem “What makes these contracts come under the heading of ambiguity is the fact that the entire function of the contract is connected to fluctuation in prices, to the extent that it does not allow both parties to win. In the case of the option to buy, the purchaser pays a specific amount (the premium) so that he will have the right to buy the share or shares for a fixed price during the option period. If the market price of these shares rises within the stated timeframe, the purchaser will go ahead and he will gain the difference between the market price and the actual price (the strike price). ”

Contra Trading

Contra is the buying or selling of stocks without having to pay for the cost of the stocks.

Once you buy the stocks on contra, you will have to sell the stocks after a period of time. Before the end of that period, you will have to either pay for the contract value or sell your shares and settle the difference between your initial buying price and selling price.

Currently, the period of time offered by the local brokerages to settle your payment and pay for the difference between the initial buying and selling price is 3 days although the period of time can be extended depending on your relationship with your broker, credit record and the frequencies of trades that you carried on with the brokerage.

Menurut kefahaman saya, pembelian saham secara kontra adalah tindakan membeli saham tanpa mempunyai wang yang cukup di dalam akaun trading. Apa yang dibuat adalah atas dasar andaian dan teka-teka bahawa harga saham yang dibelinya akan naik sebelum sampai hari wajib bayar iaitu 3 hari selepas hari beli.

6. Pembahagian Untung dan Rugi Halal

Sudah semestinya, pelaburan saham itu ada untung dan ada ruginya. Yang penting, bila dah untung tu, zakat 2.5% wajib dibayar seperti berikut.

Zakat Saham

Dianalogikan pada zakat perdagangan, baik nisab maupun kadarnya, iaitu nishabnya senilai 85 gram emas dan kadarnya 2,5 persen.

Sheikh Yusuf al-Qaradhawi memberikan contoh, jika seseorang memiliki saham senilai 1.000 dinar, kemudian di akhir tahun mendapatkan dividen atau keuntungan sebesar 200 dinar, maka ia harus mengeluarkan zakat sebesar 2,5 persen dari 1.200 dinar atau 30 dinar.

Muktamar Antarabangsa Pertama tentang zakat (Kuwait, 29 Rajab 1404 H) diputuskan bahwa jika perusahaan telah mengeluarkan zakatnya sebelum dividen dibagikan kepada para pemegang saham, maka para pemegang saham tidak perlu lagi mengeluarkan zakatnya. Jika belum mengeluarkan, maka tentu para pemegang sahamlah yang berkewajiban mengeluarkan zakatnya.

Selangor : Nilai zakat yang diwajibkan adalah 2.5% daripada nilai pelaburan di hujung Haul. Bagi pelaburan yang diniagakan, jumlah keuntungan yang ditunaikan sepanjang tahun hendaklah dicampurkan. = (nilai pelaburan di hujung Haul + keuntungan ditunaikan) x 2.5%

Nama SahamBilangan Unit (A)Harga Terendah (B)
RM
Nilai Saham (A x B)
RM
    
ABC20,000240,000
    
XYZ10,0001.515,000
JUMLAH  55,000
  1. Saham Yang Disimpan Selepas Setahun

Saham yang disimpan selepas setahun akan dikira mengikut harga terendah saham dalam tempoh setahun didarabkan dengan jumlah unit saham yang dimiliki, sebagai contoh:

Zakat Saham = Nilai Saham (dalam harga terendah) x 2.5%

= RM 55,000 x 2.5%

= RM 1,375

Nama SahamJualan Saham
(RM)
Belian Saham
(RM)
Keuntungan
(RM)
    
ABC10,0002,0008,000
XYZ15,0003,00012,000
JUMLAH  20,000
  1. Saham Yang Dijual Beli Sepanjang Tahun

Bagi saham-saham yang dijual beli sepanjang tahun, maka dikira 2.5% atas jumlah keuntungan saham setelah ditolak modal permulaannya

Zakat Saham = Jumlah Keuntungan x 2.5%

= RM 20,000 x 2.5%

= RM 500

Cari Yang Halal Itu Wajib

Semoga dengan perkongsian kami kali ini, anda dapat membezakan di antara yang halal dan yang haram dalam pelaburan saham. Dan kumpullah sebanyak mana saham dunia dan akhirat, selagi ianya halal.

Terima kasih diucapkan kepada Dr. Zaharuddin Abd Rahman di atas perkongsian beliau ini.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA