Bagaimana Duit Boleh Beli Bahagia

[ba.ha.gia] | بهاݢيا

Definisi : 1. Suasana senang dan aman, aman damai serta gembira: maka hiduplah mereka berdua dgn aman ~; 2. = berbahagia beruntung: moga-moga ~lah engkau kelak; membahagiakan membuat bahagia, mendatangkan bahagia: tidak sanggup ia ~ suaminya; kebahagiaan perasaan bahagia, kesenangan hidup, kemujuran, keberuntungan: membanting tulang kerana hendak memberi ~ kpd isterinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Itulah definisi bahagia menurut kamus dewan. Namun setiap dari kita mempunyai maksud bahagia tersendiri. Bahagia penulis pastinya tidak sama dengan bahagia pembaca sekalian.

Ada orang:

  • Bahagia miliki duit
  • Bahagia miliki kerjaya
  • Bahagia miliki anak-anak
  • Bahagia miliki kesihatan yang baik
  • Bahagia miliki saham Tesla

Bahagia itu adalah rezeki. Malah bahagia adalah antara rezeki yang termahal dalam hidup.

Duit Tidak Boleh Beli Bahagia?

Bagi penulis, mereka yang berkeras dengan idea “duit tidak boleh beli bahagia” adalah kelompok yang hidup dalam dunia mereka sendiri.

“Alaa..Orang kaya ada duit banyak pun tidur tak lena sebab takut rumah kena masuk pencuri”

Old school sesangat.

Zaman sekarang kalau orang tu betul-betul berduit, awal-awal lagi sudah dilaburkan supaya duit tu berkembang. Mereka tak simpan dalam rumah macam orang dulu-dulu.

Izinkan penulis berkongsi pandangan di mana sebenarnya duit juga mampu untuk membeli bahagia. Nikmat bahagia daripada duit itu bukan terletak pada jumlahnya tetapi pada cara kita menggunakannya.

Contoh jangan diikut: Harun bergaji besar, RM10,000 sebulan tetapi setiap bulan struggle bayar hutang kad kredit, akhirnya tak dapat simpan walau RM100. Rasa-rasa bahagia tak hidup si Harun?

Contoh lain: Ada duit dan kemudian beli iphone baru hanyalah memuaskan nafsu sementara, itu bukanlah bahagia. Lebih kepada puas hati dapat beli. Lepas seminggu beli pasti terasa biasa-biasa saja.

Memetik kata-kata seorang Professor di Harvard, Michael Norton yang pakar dalam mengkaji kesan faktor-faktor sosial terhadap tingkah laku manusia.

Jika anda fikir duit tidak boleh membeli kebahagiaan, itu maknanya anda tidak membelanjakannya dengan betul…

BELILAH MASA

Benda yang sangat berharga dan sebenarnya boleh dibeli jika ada duit. Tak perlu jadi jutawan untuk membelinya.

Ia dipanggil masa.

Wow, macam mana nak beli masa?

Kalau kita ada duit kita boleh bayar orang lain untuk melakukan benda yang kita tidak perlu buat sendiri. Bayar saja servis yang akan memberi kita lebih banyak masa.

Contoh mudah; Setiap hari kita sibuk bekerja, malam pula pastinya penat dan tak sempat nak habiskan masa dengan keluarga. Hujung minggu pula sibuk nak kemas rumah, nak basuh baju, nak memasak, nak cuci kereta, nak kena pergi kedai beli barang dapur dan sebagainya.

Jangan buang masa untuk buat sesuatu yang tidak mendatangkan kebahagiaan. Zaman sudah berubah, kita boleh bayar orang lain untuk tolong buat semua tugasan rutin ini.

  1. Nak kemas rumah, atau gosok baju bayarlah servis Maideasy.
  2. Nak basuh baju, bayarlah servis DobiQueen.
  3. Nak beli barang dapur, bayarlah servis Tesco Online.
  4. Nak beli sayur fresh, gunalah servis Kebun Kita.
  5. Nak makan, bayarlah servis GrabFood atau FoodPanda.
  6. Nak pindah rumah, gunalah servis TheLorry.

Jika kita pilih yang menjimatkan masa, ia akan membuatkan kita lebih gembira dan mengurangkan stress.

Bukankah lebih baik masa dan tenaga yang ada tadi kita gunakan untuk mengajar anak kecil kita mengeja, membaca ataupun mengaji Al-Quran? Bukankah pengalaman sebegini adalah lebih berharga dan akan membuat kita berasa lebih bahagia?

Tetapi kalau tak ada duit, macam mana nak ada lebih masa tadi?

BELILAH KENANGAN

Setiap kejadian yang telah berlalu akan meninggalkan bekas di dalam hati dan fikiran kita. Ada yang indah untuk dikenang tetapi ada juga yang mungkin sakit untuk dikenang.

Percutian di luar negara bersama insan tercinta pastinya meninggalkan kenangan manis yang akan kekal lama di ingatan.

Jika anda peminat setia Manchester United dari kecil dan betul-betul teringin jejakkan kaki ke Stadium Old Trafford – tolonglah pergi. Gunakanlah duit tadi untuk terbang ke sana. Kenangan terindah di Old Trafford pastinya akan selamanya bersama anda. Bukankah ini namanya bahagia?

Tak perlu dengar dan ikut sama cerita orang lain yang seronok bercuti di Krabi atau Pulau Jeju. Ciptalah kenangan anda sendiri.

Tetapi kalau tak ada duit, macam mana nak beli kenangan?

GUNAKAN DUIT KITA UNTUK ORANG LAIN

Cara terbaik untuk membeli kebahagiaan adalah dengan membelanjakan duit kita untuk orang lain.

Berilah sebahagian duit gaji setiap bulan kepada yang memerlukan. Zakat dan sedekah bukan hanya bermusim di bulan Ramadan. Beri juga kepada orang yang anda sayang. Beri kepada mak ayah. Beri kepada adik beradik.

Carilah beberapa keluarga yang susah, hadiahkan mereka barang-barang dapur. Bila kita dapat lihat muka mereka yang gembira, pasti akan tersedar yang money can actually buy happiness.

Kalau nak bahagia tahap maksimum, belilah iPhone yang anda idamkan selama ini dan hadiahkannya kepada isteri atau suami. Insha-Allah, terasa bahagia itu mengalir laju dalam darah.

Tetapi kalau tak ada duit, macam mana nak gunakannya untuk orang lain?

Alhamdulillah, penulis sudah berjaya buat semua di atas.

Mungkin sesetengah orang tidak perlukan duit untuk bahagia, namun jangan dicemburui mereka yang gunakan duit untuk bahagia. Apa pun, ingatlah bahawa Allah hantar bahagia sebab nak suruh kita bersyukur.

Dah fahamkan bagaimana duit boleh beli bahagia? Apabila kita ada ilmu, lebih mudah untuk kita mensyukuri.

 

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

2 Comments

  1. Assalamualaikum tuan..saya suka sangat berkunjung ke blog tuan..banyak ilmu yang bermanfaat tuan kongsikan..terima kasih tuan kerana tuan tidak berkira dalam menyampaikan ilmu..saya teringin sangat nak berjumpa dan belajar sendiri dengan tuan tentang ilmu saham yang betul..😊

    1. Terima kasih Tuan Mamat. Semoga ilmu yang diperolehi di sini disampaikan kepada orang lain juga. Jika nak belajar kami sarankan tuan belajar dengan guru-guru saham seperti Tuan Hj Mohd Asri, Dato Dr Nazri Khan dan lain-lain yang lebih pakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.”National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.