Tutorial Keluarkan Duit Daripada ATM Tanpa Menggunakan Kad

“Alamak bro, wallet aku tertinggal!”

Ada masa dan ketika kita terlepas pandang atau pun terlupa nak bawa wallet sewaktu keluar rumah. Apa yang lebih mengaharukan lagi apabila kering poket terus sebab kad bank sekali tertinggal dan satu sen pun tiada dalam poket.

Kalau dah jauh perjalanan dan nak patah balik semula ke rumah,rasa macam tak berbaloi dan membuang masa. Jika anda menghadapi saat ini, cuba lakukan kaedah ini untuk keluarkan duit dari ATM tanpa menggunakan kad bank. Tutorial ini adalah perkongsian daripada Puan Nur Aliah Mohd Nor.


Tertinggal Kad Atm? Guna Je Maybank2u Untuk Keluarkan Duit Di Atm. Sangat Mudah Dan Cepat. Ni Caranya.
.
Benda paling menakutkan adalah bila keluar rumah je baru sedar tertinggal kad bank di rumah!
.
Bukan kad bank je yang tertinggal, dompet sekali tertinggal ni. Yang ada cuma handphone je. Bayangkan ketika itu anda nak belanja family makan, atau nak pergi beli barang dapur, duit langsung tak ada ni.
.
Nak U-Turn ke rumah balik mesti malaskan. Jangan risau, ada solusinya, syarat anda mesti pengguna Maybank2u, ada handpone dan line internet. Ada 3 perkara ni InshaaAllah anda boleh keluarkan duit kat mana-mana ATM tanpa menggunakan kad ATM.
.
Gambar di bawah ini Lia akan tunjukkan step by step yang anda boleh follow. Lia harap perkongsian ini sangat memberi manfaat buat anda semua ya.

1. First step, anda kena ada Maybank2u untuk teruskan cara withdraw duit tanpa guna kad ATM. Kalau dah ready jom!

Anda perlu LogIn dulu Maybank2u anda ya.

Click kat Quick Link

2. Pergi dekat “Transfers”

3. Click “Cardless Withdrawal” atau “Open Cardless Withdrawal

4. Isi maklumat yang diperlukan, boleh keluarkan duit dari RM100 hingga RM300 saja ya. Contoh Lia pilih RM100.

5. Dah settle isi, click “Continue”

6. Click “Request for TAC”, masukkan number TAC.

7. Dah settle anda click “Confirm” ya.

Wow! Dah berjaya. Oh sebelum tu, ada caj RM1.06 ya.

Next anda akan terima 2 mesej, iaitu Withdrawal Code dan Transaction ID. Jom tengok gambar seterusnya.

Mesej no 1 : TAC

Mesej no 2 : Withdrawal Code (6 digit)

Mesej no 3 : Transaction ID (16 digit)

Seterusnya, anda terus cari ATM Machine yang paling terdekat dengan anda untuk withdraw duit tadi.

8. Click Bahasa Malaysia @ English

9. Click “Pengeluaran Tanpa Kad”

10. Click “Teruskan”

11. Masukkan Transaction ID yang ada 16 digit tadi, check dekat SMS yang anda terima tu ya.

12. Click “Ya”

13. Masukkan pula “Withdrawal Code” yang ada 6 digit di SMS anda terima tadi juga

14. Click “Ya”

Tunggu ya, duit anda sedang diproses untuk keluar. Hehe.

Tadaaaa! Alhamdulillah. Berjaya juga keluarkan RM100. Macam mana, senang ke senang? Cara ni mudah je tau, lepas ni tak perlu susah hati dah kalau terlupa bawa dompet. Hehe.

Sumber: FB Nur Aliah Mohd Nor

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tiada Lagi Caj RM1 Pengeluaran Wang Di Semua Mesin ATM Mulai 1 Julai

KUALA LUMPUR: Pelanggan semua bank di Malaysia boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana mesin teler automatik (ATM) atau mesin kitar semula pintar (SRM) tanpa dikenakan caj RM1 mulai 1 Julai 2026.

Pengumuman itu dibuat Persatuan-Persatuan Bank di Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.

Menurut ketiga-tiga pihak itu, inisiatif berkenaan membolehkan pemegang kad debit di Malaysia mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM di seluruh negara, tanpa mengira bank pengeluar kad mereka, dengan pengeluaran tunai percuma tanpa had.

“Pengecualian caj itu terpakai bagi ATM dan SRM yang dikendalikan oleh bank-bank di Malaysia,” menurut kenyataan bersama itu.

ABM, AIBIM dan ADFIM berkata, inisiatif itu yang dilaksanakan dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mencerminkan komitmen berterusan industri perbankan untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses, insklusif dan berpatutan kepada pelanggan.

Ia berkata, industri perbankan mengiktiraf bahawa wang tunai masih kaedah pembayaran yang penting dan asas bagi ramai rakyat Malaysia dalam mengurus kehidupan harian mereka.

Justeru, katanya, pemansuhan caj pengeluaran tunai ATM antara bank mencerminkan komitmen industri dalam memastikan akses yang boleh dipercayai, mudah dan berpatutan, di samping membantu meringankan beban kewangan harian rakyat.

Inisiatif itu menegaskan usaha berterusan sektor perbankan untuk menyokong semua lapisan masyarakat dengan memastikan pelanggan mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan yang praktikal, insklusif dan berfokuskan pelanggan.

Walaupun wang tunai masih merupakan pilihan penting bagi banyak komuniti, industri turut mengalu-alukan peningkatan penggunaan pembayaran digital dan tanpa tunai di seluruh negara.

ABM, AIBIM dan ADFIM berkata, seiring dengan kemajuan Malaysia ke arah ekonomi yang lebih digital, bank akan terus memperkukuh dan mempromosikan penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang selamat, lancar dan mudah sebagai alternatif yang sesuai untuk transaksi harian.

Katanya, industri kekal komited untuk memperkasakan pelanggan dengan kebebasan memilih kaedah pembayaran yang paling sesuai dengan keperluan mereka, di samping memajukan keterangkuman kewangan dan meningkatkan pengalaman perbankan secara keseluruhan untuk semua rakyat Malaysia.

— Berita Harian